Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Kehamilan » Wanita yang pernah keguguran boleh mendapat sakit jantung

Wanita yang pernah keguguran boleh mendapat sakit jantung

KEMATIAN BAYI DALAM RAHEM DAN KEGUGURAN BERKAITAN DENGAN PENYAKIT JANTUNG PADA MASA HADAPAN

 

women pregnant

Wanita yang pernah mengalami beberapa kali keguguran (miscarriage) dan kematian bayi dalam rahem (stillbirth) adalah penanda bagi wanita itu mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung pada masa hadapan.

 

Kajian ini telah diterbitkan dalam journal perubatan terkenal, Annals of Family Medicine.

 

Dalam kajian itu mereka mendapat risiko untuk mendapat penyakit jantung (coronary heart disease) adalah 27% lebih tinggi bagi wanita yang pernah mengalami keguguran atau kematian bayi dalam rahem berbanding dengan wanita yang tidak pernah mengalaminya.

 

Mereka juga mendapat sebanyak banyak kali mengalami keguguran dan kamtian bayi dalam rahem semakin tinggi risiko itu. Oleh itu wanita yang seperti ini harus mendapat saringan susulan setiap tahun bagi mengesan penyakit itu dengan awal.

 

Ini kerana masalah utama yang mereka alami ialah keradangan lapisan dalam saluran darah yang dikenali sebagai endothelial.

 

Ketika hamil, masalah keradangan endothelial ini akan menyebabkan saluran darah dalam uri tidak dapat berfungsi dengan baik. Banyak oksigen dan nutrient yang tidak dapat dihantar. Akhirnya menyebabkan keguguran atau kematian bayi dalam rahem.

 

Apabila wanita ini semakin berumur, lapisan endothelial pada saluran darah jantung (coronary) pula akan terjejas dan menyebabkan tersumbat. Kali ini pula menyebabkan serangan sakit jantung.

 

Dijangkakan bahawa penyakit jantung ini akan bermula selepas 7.7 tahun atau sekitar 10 tahun selepas keguguran atau kematian bayi dalam rahem.

 

Namun kajian ini bukan ingin menakut-nakutkan tetapi mahu mereka pernah mengalami masalah ini ketika hamil agar tidak melupakan untuk mendapat rawatan susulan.

 

Wallahu a’lam

 

Rujukan:

Parker DR, et al “Risk of cardiovascular disease among postmenopausal women with prior pregnancy loss: The Women’s Health Initiative” Ann Fam Med 2014; 302-309.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: