Advertorial
Home » Doktor Menjawab » wanita sukar hamil, dikesan apabila hormonnya tidak seimbang

wanita sukar hamil, dikesan apabila hormonnya tidak seimbang

WANITA SUKAR HAMIL, DIKESAN APABILA HORMONNYA TIDAK SEIMBANG

 

“Salam doktor. Saya sudah tiga tahun berkahwin tetapi belum mendapat anak. Baru-baru ini saya telah berjumpa doktor. Dari pemeriksaan ultrasound, doktor memberitahu semua folikel saya dalam ovari sangat kecil dan tidak matang. Pemeriksaan darah juga menunjukkan hormon FSH saya agak tinggi. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM.

Sepanjang kehidupan seorang wanita, satu kelenjar ovari mengandungi beribu-ribu folikel, dan folikel-folikel ini ibarat kelompang air yang mengandungi telur ovum.

Bagaimana tubuh memberitahu kelenjar ovari untuk mematangkan dan mengeluarkan ovum dari ovari?

Inilah yang dinamakan keseimbangan hormon.

Kelenjar pituitari yang terdapat di otak akan mula melepaskan hormon FSH pada awal kitaran haid. Apabila hormon FSH ini semakin meningkat dan mencapai satu tahap, ia akan memberikan isyarat kepada folikel di ovari untuk matang.

Apabila folikel semakin matang, ia akan mengeluarkan hormon estrogen. Tahap estrogen yang semakin meningkat, menyebabkan kelenjar pituitari menghentikan pengeluaran hormon FSH.

Jika folikel gagal untuk matang, badan itu terus mengeluarkan FSH dan tahap FSH kekal tinggi.

Wanita dengan masalah keseimbangan hormon akan menunjukkan tahap FSH yang tinggi. Inilah sebabnya mengapa doktor melakukan ujian FSH. Jika tahap FSH terlalu tinggi, bermakna terdapat masalah fungsi ovari yang tidak dapat mematangkan folikel.
Jika folikel yang tidak matang, telur ovu, tidak akan dikeluarkan.

Pada wanita yang normal, folikel akan mengeluarkan hormon estrogen. Pada satu tahap, estrogen akan memberikan isyarat kepada kelenjar pituitari untuk melepaskan Lutenizing Hormon (LH).

LH pula akan menyebabkan folikel untuk membuka dan membebaskan telur yang matang. Ini dinamakan ovulasi.

Apabila komunikasi antara kelenjar pituitari, ovari dan folikel berlaku dengan betul, ovulasi tidak berlaku.

Sebab itu ramai wanita yang lama berkahwin tetapi gagal untuk hamil kerana tidak berlaku ovulasi.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah keseimbangan hormon, saya menasihatkan agar mendapat rawaan dari doktor.

Saya juga mencadangkan untuk mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi membantu mendapatkan emula kesimbangan hormon.

 

Info lanjut di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

http://drzubaidi.com/blog

 

 

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: