Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Wanita juga boleh diserang penyakit jantung

Wanita juga boleh diserang penyakit jantung

 

heart attack woman 2

 

Setiap seorang daripada tiga orang wanita di dunia dijangka akan mengalami masalah jantung dalam hidup mereka.

 

Ini bermakna bahawa pembunuh nombor satu wanita di dunia bukan lagi kanser payudara atau kanser pangkal rahim, tetapi penyakit jantung.

 

Fakta ini mungkin mengejutkan ramai orang kerana selalunya penyakit jantung hanya dialami oleh orang lelaki sahaja.

 

Namun tiada yang menyangka bahawa tanda-tanda yang dihadapi oleh orang wanita juga sebenarnya menandakan mereka serang mengalami serangan sakit jantung.

 

Simptom sakit jantung di kalangan wanita mungkin berbeza sedikit dengan lelaki. Antaranya ialah sakit atau rasa tidak selesa pada bahagian dada, dan sakit pada lengan kiri atau belakang.

 

 

Ramai wanita yang mengadu sakit di bawah dada atau rasa tidak selesa di hulu hati atau ketat pada bahagian dada,didiagnosa sebagai penyakit gastrik, padahal ia mungkin tanda-tanda serangan penyakit penyakit jantung.

 

Simptom lain seperti debaran jantung yang pantas dan tidak sekata, pening dan berpeluh yang teruk, rasa sukar bernafas, rasa loya dan keletihan.

 

Wanita juga agak lewat mengalami serang jantung, dan selaunya berlaku pada wanita yang telah mengami menopause.

 

Golongan wanita yang diserang penyakit jantung 10 hingga 15 tahun lebih lewat daripada lelaki. Ini bermakna jika lelaki mendapat sakit jantung ketika berusia 50 hingga 55 tahun, wanita pula seriang diserang penyakit jantung pada umur 65 hingga 70 tahun.

 

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!