Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Wanita hamil dan kafeine

Wanita hamil dan kafeine

pregnant woman coffee

 

“Salam doktor. Saya hendak bertanya. Bolehkah wanita hamil minum kopi kerana saya amat meminati kopi. Terima kasih atas pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Semua wanita  yang hamil tidak digalakkan meminum kopi ketika hamil. Namun ia dibenarkan dalam kuantiti yang sederhana.

 

Ini kerana kafein yang terdapat dalam air kopi yang diminum adalah satu bahan perangsang dan diuretic (yang menyebabkan mudah rasa mahu kencing akibat pundi kencing yang cepat penuh).

 

Kesan kafein sebagai perangsang, akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung.

 

Kafein juga menyebabkan kerap membuang air kecil, akhirnya menyebabkan pengurangan di dalam cecair badan dan akhirnya menyebabkan dehidrasi.

 

Kafein melintasi masuk ke dalam uri dan seterusnya akan memberi kesan kepada corak tidur dan pergerakan bayi dalam rahem kerana akan menyebabkan bayi akan terus berjaga.

 

Kopi bukanlah satu-satunya sumber kepada kafein. Minuman lain seperti teh , soda, coklat, dan beberapa ubat yang boleh dibeli di farmasi bagi melegakan sakit kepala juga mungkin mengandungi kafein.

 

Banyak kajian menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan kecacatan pada bayi yang dilahirkan, kelahiran pramatang, masalah kesuburan dan risiko melahirkan anak mempunyai berat yang kurang 2.5kg.

 

Walau pun belum ada kajian yang lebih sahih mengenai hal ini, saya lebih suka menasihati pesakit saya agar mengelakkan pengambilan kafein ketika mereka sedang hamil.

 

Berdasarkan dalam kajian mengenai kesan kafein terhadap keguguran, terdapat dua kajian yang menunjukkan keputusan yang berbeza.

 

Dalam satu kajian yang dikeluarkan oleh American Journal of Obstetric and Gynaekocogy, mendapati bahawa wanita yang hamil mengambil 200mg atau lebih kafein setiap hari mempunyai risiko keguguran dua kali ganda dari wanita yang hamil tidak mengambil kafein.

 

Manakala dalam satu lagi kajian yang dikeluarkan oleh satu lagi journal perubatan, Epidemiology, mendapati tiada peningkatan risiko keguguran pada wanita yang jumlah kafein sebanyak 200-350mg sehari.

 

Oleh kerana terdapat kesimpulan yang bercanggah, maka ramai pakar perubatan yang mencadangkan agar wanita yang hamil tidak harus mengambil kafein melebihi 200 mg sehari.

 

Wallahu a’lam

 

Rujukan:

Maternal caffeine consumption during pregnancy and the risk of miscarriage: A prospective cohort study. Weng, X., Odouli, R. & Li, D.K. (2008). American Journal of Obstetrics and Gynecology, 198.

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: