Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Wanita Berhalkum

Wanita Berhalkum

WANITA BERHALKUM

 

halkum

Salam Dr., adakah normal untuk wanita mempunyai benjolan di leher (menyerupai halkum lelaki)? Adakah ini mempengaruhi tahap kesuburan wanita tersebut? Ciri-ciri lain seperti berbulu lebat seperti lelaki. Walaubagaimanapun, suara, haid, dan bentuk tubuh adalah seperti wanita normal yang lain. Mohon pencerahan. Terima kasih.

WA ALAIKUM MUS SALAM

Benjolan di leher tidak semestinya halkum, tetapi ia boleh jadi beberapa masalah yang lain antaranya Thyroglossal cyst, kelenjar thyroid yang membesar, dan beberapa masalah yang lain.

Oleh itu pemeriksaan yang teliti harus dilakukan. Jika benar ia adalah halkum, puan tidak perlu risau.

Halkum terbentuk apabila tulang rawan thyroid yang menjadi membesar ketika seseorang itu menjadi dewasa.

Pada lelaki ia lebih menonjol kerana pertemuan dua bahagian tulang rawan ini membentuk sudut lebih kurang 90 °, manakala pada wanita, pertemuan dua bahagian tulang ini membuka kira-kira 120 °.

Pembentukan halkum yang menonjol ini dianggap sebagai ciri seksual sekunder lelaki. Ini bermakna bagi membesar seorang lelaki dewasa dengan wanita dewasa ialah pembentukan halkum yang jelas. Namun ia bukanlah sifat yang wajib ada bagi setiap lelaki, kerana pembentukannya dipengaruhi oleh tahap hormone testosterone yang dipunyai oleh individu tersebut.

Oleh kerana wanita juga mempunyai tahap hormone testosterone (yang sedikit), jadi hormone ini bomeh mempengaruhi bentuk halkum mereka.

Saya berpendapat bahawa ia adalah fenomena yang normal. Ada lelaki yang halkumnya tidak jelas kelihatan, sementara ada wanita yang mempunyai halkum yang lebih jelas. Ia bergantung kepada hormone testosterone yang dimiliki.

Sukar untuk mengatakan wanita yang mempunyai halkum yang jelas mempunyai masalah kesuburan. Ini kerana kesuburan seorang wanita bergantung banyak factor. Antaranya faktor keseimbangan hormone dan faktor struktur pada sistem reproduksi mereka.

Saya tertarik dengan ciri “berbulu lebat seperti lelaki”. Sekali lagi menunjukkan bahawa tahap hormone lelaki yang dimiliki oleh wanita itu agak tinggi.

Saya mencadangkan agar lakukan pemeriksaan kesuburan seperti pemeriksaan ultrasound, dan tahap hormone dalam darah bagi menentukan tahap kesuburan yang dialami.

Bagi meningkatkan kesejahteraan umum seorang wanita saya cadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM .

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: