Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Vitamin E membantu pesakit jantung

Vitamin E membantu pesakit jantung

BAGAIMANA VITAMIN E MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA PESAKIT JANTUNG?

 

“Doktor, bagaimana vitamin E membantu pesakit jantung? Adakah ia dapat merawat pesakit seperti ini. Maksudnya adakah vitamin E dapat menggantikan ubat-ubat doktor?”

 

Sebagai doctor (pengamal perubatan) yang banyak menghadiri seminar, konferen dan kelas-kelas berkaitan dengan pemakanan dan nutrisi, saya percaya bahawa kita mendapat manfaat dari nutrisi yang kita makan. Malah sesetengah dari kita harus mengambil suplemen nutrisi tertentu bagi membolehkan tubuh berfungsi dengan lebih baik.

 

Oleh itu pengamalan diet yang diet yang betul sangat membantu. Kita perlu tahu apa makanan yang harus ditambah dan makanan mana yang harus dielakkan. Jika kita tidak mampu mendapat nutrisi yang diperlukan, kita perlulah mendapatkiannya dari suplemen.

 

Mengambil suplemen tidak memberikan kesan seperti mana kita mengambil ubat sintetik yang diberikan oleh doctor dalam merawat pelbagai jenis penyakit, tetapi saya percaya ia sangat membantu dalam merawat pesakit. Ia dianggap sebagai rawatan sampingan (adjuvant treatment) selain dari rawatan yang diberikan oleh doctor. Oleh itu jangan mudah meningkatkan rawatan yang diberikan oleh doctor. Pesakit harus berbincang dengan doctor yang faham tentang nutirisi dan kepentingan nutrisi.

 

Dalam pada masa yang sama, kita harus mengambil suplemen yang bersesuai dengan tubuh kita. Harus tahu dos yang sesuai. Harus tahu jenis suplemen yang memberikan manfaat. Ini akan menyebabkan tubuh kita akan berfungsi dengan lebih baik.

 

“Doktor, benarkah vitamin E memudaratkan pesakit jantung seperti mana yang disebut dalam beberapa kajian?”

 

Ya benar ada beberapa kajian yang membuat kesimpulan seolah-olah vitamin E memberikan kemudaratan pada pesakit jantung. Ini adalah anggapan yang silap. Jika benar ia memberikan kemudaratan, sudah tentu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menghalang penjualan vitamin E di seluruh Malaysia.

 

Namun hingga hari ini, tiada notifikasi yang mengatakan bahawa vitamin E memudaratkan pesakit jantung atau mana-mana pesakit. Tiada laporan yang vitamin E dirampas dari mana-mana farmasi di Malaysia.

 

Ini adalah perbezaan pendapat di kalanganh saintis di seluruh dunia. Ia bukan ketetapan. Perbezaan pendapat ini berlaku apabila ada kajian yang menghasilkan keputusan yang berlainan.

 

“Jadi benarlah vitamin E tidak memudaratkan pesakit jantung?”

 

Tidak sama sekali. Malah ia memberikan manfaat.

 

Jika kita ikuti sejarah perubatan, pada tahun 1990an, vitamin E dianggap sebagai vitamin yang sangat penting untuk kesihatan jantung. Malah American Heart Association juga mengiktiraf penemuan ini apabila pada tahun 1996, dalam satu kajian yang melibatkan 2000 pesakit yang mempunyai masalah sakit jantung, menunjukkan pesakit-pesakit tersebut mendapat manfaat dari pengambilan vitamin E. Mereka hidup lebih lama dari yang dijangkakan dan kualiti hidup mereka menjadi lebih baik.

 

Dalam kajian ini dos yang diberikan kepada pesakit adalah dos yang sederhana, tidak terlalu tinggi. Banyak kajian menunjukkan pengambilan vitamin E melalui suplemen haruslah diambil dalam dos antara 100mg-200mg bagi mereka yang mengalami masalah jantung, seperti pesakit yang pernah mengalami serangan sakit jantung atau pesakit yang sedang mengalami masalah keggagalan fungsi jantung (selalu disebut sebagai penyakit lemah jantung).

 

Dos 50 mg juga memberikan manfaat untuk mereka yang sihat tetapi ingin mengekalkan kesihatan jantung.

 

Walau bagaimana pun ada kajian yang mengkritik bahawa penggunaan vitamin E sebagai suplemen tidak mendatangkan manfaat, malah ia berbahaya.

 

Banyak pakar nutrisi yang  melihat kritikan kajian ini sebagai kritikan yang berat sebelah. Pertama dos yang digunakan tidak menepati dos yang dicadangkan. Penggunaan dos melebihi 400mg  adalah dos yang berlebihan. Ada kajian yang menggunakan dos yang kurang dari 50mg. Dos ini terlalu rendah. Ia mungkin sesuai untuk mereka tidak mempunyai masalah penyakit jantung.

 

Selain itu vitamin E yang digunakan adalah vitamin E yang sintetik (menggunakan dl-alpha tocopherol). Bukan vitamin E yang natural (mengandungi keseluruhan jenis vitamin E iaitu alpha, beta, delta dan gamma). Sudah tentu ia tidak memberikan kesan yang optimum. Jadi kajian yang dilakukan telah memberikan keputusan yang tidak memuaskan.

 

“Bolehkah kita mendapat bekalan vitamin E dari makanan?”

 

Saya memang mencadangkan bahawa cara terbaik bagi mendapatkan manfaat bagi vitamin E ini adalah dengan mendapatkan dari sumber makanan seperti biji bunga matahari, biji badam (almond), biji gandum, aprikot kering dan biji dan minyak zaitun. Namun begitu setiap sumber vitamin ini tidak memberikan dos yang diperlukan (tidak mencukupi). Kita harus mengambil makanan-makan ini dalam kuantiti yang agak tinggi.

 

Bagi mereka yang sihat, mungkin dos vitamin E dari makanan mencukupi. Tetapi bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan, ia tidak mencukupi.

 

 

Image result for heart attack hospital

 

“Bagaimana vitamin E dapat membantu pesakit jantung?”

 

Seperti mana yang saya beritahu bahawa pengambilan vitamin E sebagai suplemen adalah penting bagi kesihatan jantung. Fakta ini telah diterima oleh banyak organisasi perubatan professional seperti American Heart Association.

 

Vitamin E adalah sumber antioksidan yang tinggi yang menghalang kerosakan selaput sel.  Selaput sel sangat penting dalam mengekalkan kesihatan kita. Ia ibarat pertahan kita. Jika selaput sel ini ‘bocor’ akibat serangan radikal bebas, ia akan menyebabkan kerosakan pada sel-sel jantung ini.

Dengan adanya vitamin E, ia ibarat askar yang menghalang kerosakan sel-sel otot jantung yang sediakala lemah (setelah serangan jantung) agar kerosakan pada sel-sel jantung ini tidak berlanjutan. Oleh itu mereka yang mengamalkan vitamin E yang natural mendapat manfaat agar kerosakan sel-sel jantung ini dapat diperlahankan, jika tidak dihentikan.

 

Bukan setakat itu saja, pada tahun 2011 dalam kajian yang dijalankan di  Queen’s University Belfast, mendapati bahawa vitamin E dapat melindungi very low-density lipoprotein (VLDL) dan low-density lipoprotein (LDL)  daripada mengalami proses pengoksidaan. Ini bermakna, tanpa proses pengoksidaan terhadap VLDL dan LDL ini, pembentukan plak (atau disebut artherosclerosis) tidak akan berlaku. Selanjutnya ini bermakna, bagi seseorang yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi terumanaya VLDL dan LDL, pengambilan vitamin E dari sumber yang natural, mengelakkan penyumbatan saluran darah dan akhirnya mengelakkan serangan sakit jantung kali kedua atau ketiga.

 

Oleh itu saya percaya pengambilan vitamin E yang natural sebanyak antara 100-200 mg bagi pesakit yang pernah diserang sakit jantung atau individu yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi (terutamanya LDL) sangat memberikan manfaat.

 

 

References:

  1. Nadeem N, Woodside AV, et al. The two faces of α- and γ-tocopherols: an in vitro and ex vivo investigation into VLDL, LDL and HDL oxidation. J Nutr Biochem, 2011.
  2. Miller ER 3rd, Pastor Barriuso R, et al. Meta-analysis: high-dosage vitamin E supplementation may increase all-cause mortality. Ann Intern Med. 2005;142(1):37-46.

 

 

Lawati facebook kami dengan klik

–> NEEDS VENUE SDN BHD

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: