Advertorial
Home » Vitamin E » vitamin E membantu kerosakan pada tulang rawan sendi lutut

vitamin E membantu kerosakan pada tulang rawan sendi lutut

VITAMIN E MEMBANTU KEROSAKAN PADA TULANG RAWAN SENDI LUTUT

 

Image result for osteoarthritis

 

Setakat hari ini, banyak kajian dan pembuktian bahawa vitamin C memainkan peranan yang besar dalam metabolisme dan juga penyembuhan tulang rawan (cartilage ) dan tisu penghubung (connective tissue) yang telah cedera.

 

Namun begitu sekarang semakin banyak kajian dan pembuktian peranan vitamin E sebagai suplemen yang baik untuk merawat kecederaan lutut dan penyakit osteoarthritis. Ini bermakna kedua-dua vitamin ini membantu pesakit tersebut.

 

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Rheumatism Disease (2009) membuat kesimpulan bahawa vitamin E memainkan peranan dalam penyembuhan kecederaan lutut atau mengurangkan kesakitan pada pesakit osteoarthritis.

 

Rujuk: Sutipornpalangkul, Morales NP, Charoencholvanich K, Harnroongroj T. Lipid peroxidation, glutathione, vitamin E, and antioxidant enzymes in synovial fluid from patients with osteoarthritis. Int J Rheum Dis. 2009 Dec;12(4):324-8. doi: 10.1111/j.1756-185X.2009.01430.x.

 

Kajian itu mendapati bahawa cecair dalam sendi (synovial fluid) pada pesakit sendi lutut  osteoarthritis mengalami kekurungan vitamin E berbanding dengan orang yang tidak mengalami masalah ini.

 

Vitamin E telah lama dikenali bersifat antioksidan yang baik, mampu menghalang kerosakan kesan pengoksidaan pada tulang rawan. Dalam satu kajian lain, yang diterbitkan dalam Iowa Orthopathogy Journal menunjukkan bahawa vitamin E dan sebatian antioksidan yang lain membantu menghalang kematian yang lebih awal sel-sel tulang rawan akibat tekanan yang kuat akibat berat badan yang berlebihan.

 

Rujuk: Beecher BR, Martin JA, Pedersen DR, Heiner AD, Buckwalter JA. Antioxidants block cyclic loading induced chondrocyte death. Iowa Orthop J. 2007;27:1-8.

 

Dalam kajian lain vitmin E dapat melindungi sel-sel tulang rawan dari kesan negative antibiotic quinalone (contohnya Cipro dan Levaquin) yang selalu diberikan kepada pesakit yang mengalami kencing kotor (jangkitan pada saluran kencing).

 

Rujuk: Pfister K, Mazur D, Vormann J, Stahlmann R. Diminished ciprofloxacin-induced chondrotoxicity by supplementation with magnesium and vitamin E in immature rats. Antimicrob Agents Chemother. 2007 Mar;51(3):1022-7.

Sebab itu pengambilan antibiotic perlukan perskripsi setelah menjalani pemeriksaan doctor dan tidak boleh dibeli terus dari farmasi agar kesan kemudaratan dapat dikawal.

 

 

Selain itu vitamin E juga dapat membantu melindungi sel dalam tubuh (termasuk sel-sel pada sendi) daripada kerosakan yang disebabkan oleh kesan negative pil-pil steroid (yang dinamakan osteonecrosis). Pengambilan pil-pil steroid juga harus mendapat preskripsi doctor.

 

Image result for osteoarthritis xray

 

Dalam kajian lain yang dilakukan pada 2007, beberapa sebatian antioksidan seperti vitamin E, omega 3 dan vitamin C dapat mengekalkan ketebalan sel-sel tulang rawan yang dikaji menggunakan pemeriksaan MRI. Dalam kes osteoarthritis, kebanyakan pesakit mengalami kenipisan sel-sel tulang rawan sehingga menyebabkan ruang dalam sendi lutut menjadi sempit dan pesakit berasa sakit dan dengan sendi berbunyi apabila digerakkan.

 

 

Kajian ini dilakukan oleh saintis dan doctor pakar di Department of Epidemiology and Preventive Medicine, Monash University, Central and Eastern Clinical School, Alfred Hospital, Melbourne,  Australia.

 

 

Secara kesimpulannya saya mencadangkan kepada pesakit sendi lutut, selepas membuat pemeriksaan doctor dan mengetahui punca sebenar masalah sakit lutut mereka, mengambil vitamin E, vitamin C dan omega 3 bagi membantu merawat kecederaan tulang rawan akibat kesan oksidan yang didapati pemakanan kita, pengambilan ubat tertentu, kecederaan sukan atau masalah penuaan.

 

Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

 

Boleh dapatkan Ekstrak Kacip fatimah dan Vitamin E dar wakil-wakil kami.

 

Boleh klik pada bendera negeri tuan. http://needsvenue.com.my/Reseller/

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!