Pengambilan vitamin C melalui sumber makanan seperti buah-buahan (oren, jambu batu, kiwi, mangga, epal) dan sayur-sayuran (sawi, bayam, kangkung, cili) adalah amat penting dan patut diamalkan setiap hari.
Pengambilan suplemen Vitamin C tambahan juga boleh diamalkan dengan dos sehingga 1000mg sehari untuk mendapat kesan yang terbaik mencegah penuaan kulit. Tiada kesan sampingan yang merbahaya dengan pengambilan vitamin C yang berlebihan kerana sifat vitamin ini yang larut air menyebabkan ianya mudah disingkirkan dari tubuh jika berlaku lebihan.
Terdapat banyak produk dan krim kecantikan menggunakan bahan-bahan anti oksidan seperti vitamin C, vitamin A, vitamin E, piknogenol, teh hijau, resveratrol, anthosianidin dan fitonutrien.
Ia boleh diambil bersama DOCLAB KOREAN AMPULES sebagai pelembap bagi mengurangkan kerosakan ini. Produk DOCLAB KOREAN AMPULES dalam bentuk ampule, untuk sapuan kulit, mengandungi hyaluronik acid, yang mesra kulit termasuk kulit yang berminyak dan sensitif. Boleh digunakan pada wanita hamil.