Vaksin untuk URTI?

VAKSIN UNTUK URTI?

baby URTI

 

“Salam dr. Vaksin pneumococcal utk kanak2 bole ambil dr umur brape ye? Ada vaksin lain x yg bagus utk elakkn ank slalu dapat URTI? Mohon pencerahan”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Vaksin pneumococcal ada dua jenis.

 

1. Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV13)  adalah disyorkan untuk semua kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun, semua wargatua berumur 65 tahun atau kanak-kanak dan orang dewasa yang berumur  6 tahun ke atas dan mempunyai faktor-faktor risiko tertentu.

 

 

2, Pneumococcal polysaccharide vaccine (PPSV23)  adalah disyorkan untuk wargatua berusia 65 tahun ke atas, Tetapi boleh juga diberikan pada kanak-kanak yang berusia  2 tahun ke atas jika mempunyai  berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan penyakit pneumoccocus.

 

Untuk makluman puan ia bukanlah rawatan untuk mengelakkan URTI.

 

Bagi kanak-kanak yang selalu mengalami, saya mencadangkan puan memastikan anak puan sihat. Anataranya dengan memastikan anak puan mempunyai berat badan yang seimbang dengan usianya,

 

Berikan pemakanan yang bernutrisi dan susu ibu antara makanan terbaik untuk anak puan yang berusia 2 tahun ke bawah.

 

Pastikan apabila menghantar anak-anak ke TASKA, tiada anak-anak yang belum divaksin (seperti mana yang dicadangkan oleh KKM).

 

Keadaan yang kotor dan berhabuk juga menyebabkan masalah anak puan mengalami masalah selsema, batuk dan demam yang berulang.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!