Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Ural Sachets

Ural Sachets

 

 

Ia adalah serbuk yang dibancuhkan ke dalam air, mengandungi Citric acid anhydrous 0.72g; tartaric acid 0.89g; sodium bicarbonate 1.76g; sodium citrate anhydrous 0.63g per 4g sachet.

 

Boleh mencubanya jika mengalami rasa sakit ketika kencing, rasa tidak puas kencing, rasa selalu mahu kencing, rasa tidak selesa di bahagian ari-ari.

Ural digunakan untuk air kencing  menjadi alkali, bagi  merawat  jangkitan kuman.

 

Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas, satu atau dua sachet boleh dicampurkan dengan segelas air mineral, dan diminum 3-4 kali sehari.

Selepas tiga hari, masih tidak sembuh berjumpalah doctor. Bagi pesakit kronik seperti diabetes mellitus, wanita hamil dan menyusukan anak harus terus berjumpa doctor sebelum menggunakannya.

 

Ketika menggunakan uabat ini elakkan meminum minuman yang mengandungi   caffeine, jus limau atau makanan yang pedas. Ini akan menyebabkan pundi kencing bertambah bengkak dan memburukkan jangkitan kuman.

 

 

One comment

  1. Doc,

    Minggu lepas, saya membuat urine test dan diberitahu kencing saya kotor tetapi saya tidak mengalami kesakitan semasa membuang air, gatal atau lain2 simptom. Bolehkan saya mengambil Ural seperti disebutkan diatas?

    Terima kasih.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: