Advertorial
Home » Doktor Menjawab » UPT mulanya negatif kemudian positif. Adakah saya hamil?

UPT mulanya negatif kemudian positif. Adakah saya hamil?

UPT MULANYA NEGATIF KEMUDIAN POSITIF. ADAKAH SAYA HAMIL?

 UPT 1 UPT 2 UPT 3

“Salam doktor. Saya harap doktor dapat membalas email saya ni. Saya ingin bertanya pasal pregnancy test kit. Beberapa hari lepas saya ada  buat ujian UPT. Keputusannyanya selepas 15 minit adalah negative. Saya tidak buang kit UPT itu dan masih menyimpannya. Bila saya tengok semula test kit tersebut setelah 7 jam, ia berubah. Satu jalur pada C merah pekat dan jalur pada  T warna putih pekat, tapi tiada warna. Tetap nampak jelas jalurnya. Soalan saya, adakah saya hamil. Saya harap doktor balas ye..tq doctor”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya sebenarnya tertanya-tanya bilakah tarikh hari pertama haid puan, supaya saya dapat mengira ‘usia kehamilan’ puan  jika puan hamil.

 

Ujian UPT adalah ujian saringan. Ia bukanlah pengesahan pada suatu kehamilan. Pemeriksaan UPT, walaupun memberikan keputusan negatif atau positif, pengesahan kehamilan haruslah dilakukan dengan pemeriksaan ultrasound.

 

Dalam kit UPT, ada dua jalur, satu pada bahagian C yang bermakna control dan satu pada bahagian T yang bermakna test.

 

Apabila kit UPT diletakkan sedikit sampel air kencing, setelah beberapa minit, air kencing akan mengalir ke kit UPT dan memberikan tanda jalur merah pada bahagian C.

 

Oleh kerana ia sebagai tanda kawalan (control), ia tidak membawa apa-apa makna. Jalur pada bahagian T yang akan menetukan sama ada ujian UPT positif atau negative.

 

Sebarang tanda (jika ada) pada jalur pada bahagian T haruslah serupa dibandingkan dengan jalur pada bahagian C.

 

Dalam masalah puan, jalur di bahagian C berwarna merah, sementara jalur di bahagian T berwarna putih yang terang. Ini sudah jelas menunjukkan keduanya tidak menunjukkan tanda yang serupa, bermakna keputusan UPT puan adalah negative dan puan tidak hamil.

 

Walau bagaimana pun, seperti yang saya katakan tadi bahawa ujian UPT adalah ujian saringan. Keputusan negative tidak bermakna puan tidak hamil.

 

Cara terbaik ialah dengan mengulang semula ujian UPT setelah dua minggu puan tidak kedatangan haid. Contohnya hari pertama haid puan sebelum ini ialah 1hb Jan dan puan mempunyai kitaran haid selama 28 hari. Hari pertama haid puan pada kitaran berikutnya, sepatutnya pada 29 hb Jan. Jadi puan boleh mengujinya semula setelah dua minggu dari tarikh hari pertama haid puan yang sepatutnya, iaitu pada 12hb Feb.

 

Menunda pemeriksaan ujian UPT untuk dua minggu ini akan memberikan peluang untuk UPT mengesan hormone hCG dalam tubuh dengan lebih baik kerana selepas dua minggu hamil, kepekatan hormone hCG semakin tinggi dalam tubuh dan mudah dikesan melalui ujian UPT.

 

Jadi kesimpulan ini, ujian yang puan lakukan kali ini adalah negative. Saya menasihatkan puan untuk melakukan ujian UPT semula setelah dua minggu puan tidak kedatagan haid pada tarikh yang sepatutnya.

 

Wallahu a’lam

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: