Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Ujian tahap kesuburan suami isteri gempal

Ujian tahap kesuburan suami isteri gempal

UJIAN TAHAP KESUBURAN SUAMI ISTERI GEMPAL

 

obese

“ Salam doctor. Saya telah berkahwin selama 4 tahun. Usia perkahwinan saya sudah mencecah empat tahun. Tetapi saya lagi hamil. Adakah disebabkan saya dan suami berbadan besar menyebabkan saya sukar hamil? Bagaimana saya boleh memeriksa tahap kesuburan saya dan suami. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Lelaki dan wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan selalunya mempunyai masalah kesuburan. Ini tidak bermakna puan dan suami tidak boleh mempunyai zuriat, tetapi proses untuk hamil akan memerlukan usaha yang lebih dari pasangan yang mempunyai berat badan yang normal.

 

Selalunya wanita dan lelaki yang mempunyai bacaan BMI yang melebihi 30kg/m2 akan mengalami kesukaran untuk menghasilkan benih perempuan (ovum) dan benih lelaki (sperma).

 

Ini kerana berat badan yang berlebihan akan memberikan kesan pada keseimbangan hormone pada wanita, malah kesan pada hormone lelaki.

 

Wanita yang mengalami masalah hormone yang tidak seimbang akan mengalami kitaran haid yang tidak menentu dan menjejaskan pengeluaran ovum.

 

Sementara lelaki yang mengalami masalh hormone pula akan menganggu proses penghasilan sperma.

 

Untuk menentukan sama ada puan mengalami masalah hormone yang tidak seimbang, saya mencadangkan puan menjalani  pemeriksaan hormone dalam darah di mana-mana klinik kesuburan.

 

Pemeriksaan yang dicadangkan ialah pemeriksaan follicle stimulating hormone-FSH, luteinising hormone -LH, estradiol –E2, pada hari kedua atau ketiga selepas haid, hormone progesterone pada hari ke 21 selepas haid, dan beberapa ujian hormon lain seperti TSH, T4, T3 (untuk thyroid), dan prolactin.

 

Pemeriksaan ultrasound melalui faraj (transvaginal sonography-TVS) juga dilakukan untuk mengesan masalah pada ovari. Dan pemeriksaan hysterosalpingogram– HSG saluran untuk mengesan masalah fallopian yang tersumbat atau melekat.

 

Bagi lelaki pula pemeriksaan kesuburan lebih mudah, iaitu melakukan pemeriksaan air mani.

 

Dari situ doctor akan mengetahui punca masalah puan dan suami. Rawatan yang sesuai akan diberikan untuk masalah puan.

 

 

Wallahu a’lam

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!