Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Ujian kehamilan menggunakan jenama clearblue digital

Ujian kehamilan menggunakan jenama clearblue digital

UJIAN KEHAMILAN MENGGUNAKAN CLEARBLUE DIGITAL

UPT 4

 

“Salam doktor, sya telah lewat haid 3 hari dan keputusannya ialah seperti dalam gambar. Saya nak tahu, bila masa sesuai untuk saya ke klinik buat ujian kehamilan untuk memastikan saya betul-betul hamil. Terima kasih ?”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ujian kehamilan jenama Clearblue Digital mempunyai satu kelebihan apabila dapat mengirakan usia kehamilan wanita yang menggunakannya.

 

Pihak pengeluar mendakwa usia kehamilan yang dikirakan dengan alat ini adalah tepat dan menyamai ketepatan pemeriksaan menggunakan mesin ultrasound.

 

Dia menggunakan teknik  Dual Smart Sensor ™ seperti ujian dua dalam satu yang bukan sahaja memberitahu sama ada seorang wanita itu ‘Hamil’ atau ‘Tidak hamil’, tetapi juga memberitahu wanita itu usia kehamilannya unit  ‘minggu’.

 

Maksudnya jika ia menunjukkan  1-2,  kehamilan antara 1-2 minggu. 2- 3 pula bermakna kehamilan antara 2-3 minggu . Sementara 3+ bermakna kehamilan melebihi 3 minggu ke atas.

 

Satu lagi kelebihan ialah, ia sangat sensitif sehingga seorang wanita itu boleh menguji kehamilan seawal 4 hari sebelum tempoh sepatutnya haid.

 

Maknya jika tarikh haid bulan ini ialah 20hb November, boleh guna pada 16 hb November untuk menguji sama ada hamil atau tidak.

 

Walau bagaimana pun masa terbaik dan lebih tepat ialah pada tarikh sepetutnya haid, jika masih tiada tanda-tanda untuk haid.

 

Bagi tujuan pengesahan di Pusat Kesihatan, saya mencadangkan agar menunggu 2 minggu dari tarikh sepatutnya haid kerana kebanyakan alat ujian kehamilan di sana tidak begitu sensitive.

 

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: