Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Ujian darah untuk mencari punca alahan

Ujian darah untuk mencari punca alahan

 

blood test

 

“Salam docter, saya mahu membuat pertanyaan. Saya mengalami kegatalan sejak bulan Feb yang lalu. Saya tidak tahu apa punca kegatalan itu. Saya memang ada alahan tetapi sebelum itu saya tidak ada makan makanan seafood dan telur. Sampai sekarang gatal bertambah teruk sehingga menjadi sampai dekat kedua-dua siku dan lutut saya. Mula-mula kegatalan itu hanya dekat celah peha saja, yang mana telah menjadi kurap. Apa sebab kegatalan ini berlaku ya dokter? Saya sudah tidak tahan setiap mlm asyik menggaru sampai menjadi luka. Apa yang bagus diamalkan untuk kurangkan rasa gatal ini ya doc? Mohon bantuan dr doc. Terima kasih.”

 

WALAIKUM MUS SALAM

 

Ramai di antara kita yang mempunyai alahan yang menyebabkan kita bersin atau rasa gatal pada kulit. Malangnya kita tidak pasti apa punca alahan yang kita alami.

 

Saya mencadangkan, jika puan berkemampuan agar melakukan ujian pemeriksaan darah untuk mengetahui punca alahan itu. Dengan ini puan pasti apakah punca alahan itu dan dapat mengelakkan diri dari terdedah pada alahan itu.

 

Selain itu ujian darah ini dapat mengukur tahap alahan puan sama ada ringan atau sudah teruk. Ini kerana ujian ini dapat dan mengukur jumlah antibodi terhadap alergen tertentu.

 

Alergen adalah bahan yang menyebabkan punca alahan pada tubuh badan kita, dan apabila masuk ke dalam tubuh, ia akan merangsangkan tubuh membentuk antibodi.

 

Antibodi ini, Imunoglobulin E ( IgE ) akan memberitahu sel-sel dalam badan anda untuk mengeluarkan bahan kimia tertentu yang menyebabkan tindak balas alahan.

 

Jadi adalam ujian darah untuk alahan ini, puan akan mengetahui punca lahan dan diukur jumlah kandungan antibodi dalam darah puan.

 

Mungkin ada doctor yang mencadangkan ujian alahan pada kulit (skin test) yang kosnya lebih murah.

 

Tetapi ujian alahan pada kulit tidak mengukur tahap antibody puan dalam darah, jadi puan tidak mengetahui sama ada masalah alahan puan sedikit atau telah pun teruk. Puan hanya mengetahui punca alahan.

 

Jika puan ada alahan yang teruk dan tidak dapat menghentikan penggunaan ubat antihistamine atau steroid untuk mengurangkan alahan puan, maka ujian alahan pada kulit tidak sesuai untuk puan.

 

Untuk ujian alahan pada kulit, puan harus menghentikan pengambilan ubat alahan 2 minggu sebelum ujian dilakukan.

 

Ujian alahan pada kulit juga tidak sesuai bagi pesakit yang tidak tahan dengan calaran jarum pada kulit.

 

Begitu juga untuk pesakit yang mempunyai jantung tidak stabil atau penyakit asthma yang teruk atau penyakit kulit eczema, dermatitis, dan psoriasis yang teruk.

 

Doktor juga tidak menjalankan ujian alahan pada kulit jika puan pernah mengalami reaksi alahan yang kuat seperti anaphylaxis yang boleh mengancam nyawa.

Berbalik pada soalan puan, cara terbaik untuk merawat masalah alahan puan ialah dengan cara memeriksa punca alahan yang puan alami dengan melakukan ujian darah.

 

Dari situ puan dapat mengelakkan punca alahan dan mengetahui tahapan masalah alahan yang puan hadapi. Doctor juga dapat memberikan rawatan yang sepatutnya.

 

Wallahu a’lam

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: