Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » Ubat “viagra untuk wanita” diluluskan oleh FDA

Ubat “viagra untuk wanita” diluluskan oleh FDA

UBAT “VIAGRA UNTUK WANITA” DILULUSKAN OLEH FDA

 

Hubungan intim antara suami isteri adalah suatu perkara yang penting. Boleh dikatakan hamper 30% punca penceraian berlaku apabila suami atau isteri atau kedua-duanya tidak lagi menikmati hubungan intim ini.

 

Sebab itu, apabila dalam hubungan suami isteri tiada lagi “chemistry” atau rasa seronok ingin bersama, selalunya nasib rumahtangga itu tidak bertahan lama, kecuali ada usaha untuk menyelamatkannya.

 

Tanpa rasa ingin bersama dengan suami atau isteri masing-masing, maka perasaan ini akan dikogsikan dengan orang lain.

 

Lelaki selalunya mengalami masalah ketegangan alat kelamin (erectile dysfunction) yang mana alat kelamin tidak mampu tegang secara maksima sehinggakan kemasukkannya dalam faraj tidak dapat dirasakan oleh siisteri, menjadikan hubungan itu menjadi hambar.

 

Bagi wanita, masalah utama mereka ialah tiada nafsu atau keinginan untuk melakukan hubungan intim. Ini menyebabkan mereka tidak dirangsang menyebabkan tubuh mereka tidak bersedia untuk kemasukan alat kelamin suami.

 

Kemasukan alat kelamin suami menyebabkan rasa sakit akibat luka, menyebabkan mereka takut dan tidak berminat melakukan hubungan intim pada masa akan datang.

Baru-baru ini, satu ubat yang dinamakan Addyi (atau nama generiknya flibanserin), telah direka untuk meningkatkan perasaan syahwat (libido) di kalangan wanita yang berusia 40an atau mencapai fasa premenopausal.

 

Ubat ini telah mendapat kelulusan FDA minggu ini (18/8/2015) selepas dua kali ditolak oleh agensi itu dalam percubaan awal.

 

Ubat ini hanya sesuai untuk wanita yang mengalami masalah “hypoactive  hypoactive sexual desire disorder” (HDSS) iaitu wanita yang mengalami gangguan keinginan seksual.

 

Masalah ini selalunya dihadapi oleh wanita yang tiada berkeinginan untuk melakukan hubungan intim bersama suami kerana tiada rangsangan fantasi dan rasa keinginan untuk bersama. Ia tidak sesuai untuk wanita yang mengalami masalah berkaitan dengan psikiatri (contohnya, kemurungan), atau keadaan seksual yang lain.

 

Ubat ini sering diberi gelaran sebagai ” Viagra Wanita,” walaupun kedua-dua ubat ini mempunyai mekanisme yang berbeza.  Viagra bertindak meningkatkan aliran darah ke alamat kelamin (zakar) dan sementara flibanserin bertindak dalam otak untuk meningkatkan rasa syahwat (libido).

 

Walau bagaimana pun masalah HDSS ini sebaiknya diuruskan dengan psikoterapi, keranasebenarnya wanita yang mengalami libido yang rendah biasanya diakibatkan oleh hubungan yang bermasalah antara suami dan isteri, atau masalah yang berkaitan dengan kebimbangan, dan kesedihan.

 

Selain itu, ubat ini mempunyai interaksi yang serius dengan alkohol, yang menyebabkan tekanan darah menjadi terlalu rendah sehingga menyebabkan pitam dan pengsan. Selain itu ia juga menyebabkan rasa pening dan mual di kalangan wanita yang mengambilnya.

 

Oleh itu ubat ini hanya boleh didapati melalui preskripsi dari doctor atau ahli farmasi yang berdaftar.

 

Wallahu a’lam

 

 

IKLAN

 

 

Bagi lelaki yang sering mengalami sering keletihan, sering mengantuk, tiada stamina dan mudah penat walaupun melakukan kerja ringan, saya mencadangkan suplemen Ekstrak Tongkat Ali keluaran UTM, selain mineral Zink dan Selenium. Info lanjut di     https://www.facebook.com/EkstrakTongkatAli?fref=ts

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM, selain dari vitamin C dan E.  Info lanjut dhttps://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah 

 

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut i https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

 

 

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/pages/Labicea-Revitalizing-Moisturizer/486696818067490

Bagi yang mempunyai kolestrole yang tinggi boleh mendapatkan Grapeseed Oil di https://www.facebook.com/pages/Grapeseed-Oil/1452586131735293?fref=ts

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: