Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Ubat Herba untuk Ereksi adalah Ubat Terkawal

Ubat Herba untuk Ereksi adalah Ubat Terkawal

Baru-baru ini seorang sahabat lama  bercerita panjang dengan saya di sebuah kedai kopi 5 bintang mengenai kemajuan masing-masing. Beliau bertambah maju prestasinya kerana menyertai perniagan berasaskan makanan dan minuman.

Walaupun perniagaan dia bertambah besar dan maju, beliau memberitahu bahawa beliau mengalami masalah yang amat ditakuti oleh orang lelaki, iaitu mati pucuk. Ini semua mungkin akibat stress, penyakit kencing manis dan tahap kolestrolnya yang semakin tinggi, yang mula dihadapinya awal tahun ini.

Oleh kerana perkataan mati pucuk itu sensitif dan orang lelaki malu untuk membincangnya secara terbuka, maka beliau ia juga tidak pasti sama ada beliau mengalami keadaan itu atau tidak. Beliau hanya mengagak dan mendiagnosa dirinya sendiri. Apa yang lebih parah beliau merawat dirinya sendiri berdasarkan pengetahuan yang sedikit.

Banyak khabar-khabar angin yang diberitakan oleh masyarakat tentang ubat untuk mati pucuk. Kerana terlalu banyak khabar-khabar angin yang memburukkan ‘perubatan moden’, ramai yang beralih ke ‘perubatan herba’ yang kononnya lebih selamat. Namun ramai yang tidak menyangka, merawat dengan ‘perubatan moden’ lebih selamat jika meminta nasihat doktor dulu berbanding mengamalkan ‘perubatan herba’ atau ‘perubatan kampung’ yang tidak ada orang yang bertanggungjawab untuk mengawalnya. Apatah lagi banyak ubat-ubatan herba ini tidak lagi tulen.

Sebelum itu, elok saya terangkan sedikit masalah yang dihadapi oleh sahabat saya. Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai Erectile Dysfunction di mana seorang lelaki tidak mampu untuk mengeraskan alat kelaminnya (batang zakar) lalu tidak mampu memberi kepuasan pada pasangannya mahupun pada dirinya sendiri. 

Mungkin masalah Erectile Dysfunction ini boleh saya ceritakan di lain kali. Namun apa yang merisaukan sahabat saya ini telah mendapatkan rawatan dari tukang jual ubat di kaki lima dan kedai Cina Sengseh. Ubat yang digunakan sememangnya ’power’, boleh merawat dengan baik kelemahannya itu.

Terasa perbezaan yang dialami olehnya. Sekurang-kurangnya beliau merasakan ’kembali menjadi lelaki’ dan meningkatkan harga dirinya. Beliau menggambarkan dari ’keropok lekor’ bertukar kepada ’batang kayu’. Itu sesuatu yang menakjubkan.

Apa yang membimbangkan sahabat saya ialah ‘ubat herba’ yang dibelinya menyebabkan beliau diserang migraine yang teruk. Hidungnya pula tidak berhenti berair seperti diserang selesema dan hingus terus menjejeh keluar. Dia mula mendapat sakit pinggang. Mukanya terasa panas, badannya panas dan dia mula terasa bagaikan mahu demam.

Apabila saya menerangkan kemungkinan ‘ubat herba’ yang diambilnya adalah campuran ubat yang serupa dengan Viagra, dia menafikan bermati-matian. Katanya menurut penjual ubat, ‘ubat herba’ itu berfungsi untuk melancarkan darah. Menurutnya lagi masalah mati pucuknya disebabkan ada darah yang tersumbat di alat kelaminnya menyebabkannya tidak boleh mengeras.

Saya tersenyum dan hampir ketawa. Gelagat saya ini bukanlah sebagai mentertawakan dirinya yang malang menghidap penyakit  ‘mati pucuk’. Cuma saya gelihati melihat dia bermati-matian mempertahankan pendiriannya. Memang sah lah dia telah termakan kata-kata si penjual ’ubat herba’ itu.

Agaknya dia tidak pernah mendengar berita Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia membuat serbuan ke kedai-kedai sengseh dan jamu dan mengisytiharkan kebanyakan ubat herba yang diambil oleh kita sudah tidak tulen lagi, malah banyak yang telah dicampur dengan ubat-ubatan terkawal bagi mendapatkan kesan yang serta merta.

Saya amat yakin berdasarkan kesan-kesan sampingan yang diceritakan oleh beliau, ubat herba yang diambil oleh beliau mengandungi unsur PDE5 Inhibitor iaitu bahan terkawal yang sering terdapat dalam ubat untuk merawat masalah mati pucuk atau erectile dysfunction (ED).

Ubat ini akan menyebabkan saluran darah akan membesar sama ada ke batang zakar ataupun di saluran darah di bahagian yang lain. Ini menyebabkan lebih banyak darah akan dipam ke batang zakar dan zakar akan menjadi tegang semula.

Namun kesan sampingannya ialah banyak darah akan juga ke bahagian lain terutama muka, menyebabkan seseorang itu berasa hangat di muka, panas dalam tubuh dan selsema yang teruk. Malah apa yang membimbangkan ialah ramai yang menderita sakit kepala dan migraine akibat menggunakan ’ubat herba’ yang mengandungi bahan itu.

Bahan PDE5 Inhibitor juga berbahaya kepada pesakit darah tinggi kerana apabila dicampur dengan ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi ia boleh menyebabkan tekanan darah bertambah rendah. Pesakit akan rasa pening dan mungkin mengalami koma akibat tekanan darah yang terlalu rendah.

Jadi saya mencadangkan kepada kawan-kawan yang mempunyai masalah ereksi atau mati pucuk agar berjumpa dengan doktor yang dipercayai dapat menjaga rahasianya itu. Kepercayaan penting untuk pesakit selesa bercerita dan menjalani rawatan.

Beritahulah jika mengalami masalah kesihatan yang lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau tahap kolestrol yang tinggi. Ini membantu doktor membuat keputusan dalam merawat.

Namun bagi rakan-rakan yang tidak mempunyai masalah ereksi, tiada ubat yang boleh diberikan untuk menambahkan kekerasan zakar yang sedia keras. Ianya juga tidak memanjangkan tempoh ereksi atau memanjangkan masa persetubuhan. Ia hanya membantu mendapatkan kekerasan zakar yang diperlukan untuk penetrasi jika seseorang itu mengalami masalah ereksi.

Satu lagi, masalah ereksi haruslah dibezakan dengan masalah tiada nafsu sexual (libido). Tidak ada ubat ereksi yang boleh menaikkan nafsu, kecuali ubat-ubat yang mengandungi steroid hormon. Jadi berhati-hatilah dengan tipudaya si penjual ubat.

Banyakkan bertanya dan berbincang dengan doktor. Jika gagal mendapatkan ereksi yang sempurna pada satu dos, ini bermakna seseorang itu perlu menaikkan dos ubat itu. Namun semuanya haruslah mendapat nasihat doktor kerana menaikkan dos bermakna meningkatkan kesan sampingan ubat ereksi itu.

 

Wallahu a’lam.

 

Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (041010)

http://www.facebook.com/drzubaidi

http://drzubaidi.com/blog/

2 comments

  1. salam..
    dr. saya suami berumur 29thn, sdh 3thn berkahwin belum mempunyai cahaya mata..saya ada masalah ereksi kurang padat dan mudah hilang kekuatan serta mudah klimaks awal. adakah itu tanda2 mati pucuk. apakah ada rawatan untuk masalah seperti saya. saya mendapat masalah ini dalam 2blan akhir2 ini..harap doktor dapat membantu saya..sekian

  2. assalamualaikum…saya berumur 60th. telah menjalani pembedahan prostat (TURP).pad a bulan April 2011. Masaalah saya sekarang menghadapi masaalah fungsi kelakian saya, Zakar saya gagal berfungsi. Saya ingintahu berapa lamakah keadaan ini akan kembali normal.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: