Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Farmasi » UBAT ANTI-KOLESTROL JENIS STATIN

UBAT ANTI-KOLESTROL JENIS STATIN

UBAT ANTI-KOLESTROL JENIS STATIN

Statin adalah ubat yang biasa dipreskripsikan doktor untuk menurunkan paras kolesterol dalam darah. Ia bertindak dgn menghalang enzim yang menghasilkan kolesterol.

Antara ubat statin di pasaran :

  1. Lovastatin 20 – 80mg
  2. Pravastatin 20 – 40mg
  3. Simvastatin 20 – 80mg
  4. Atorvastatin10 – 80mg
  5. Fluvastatin 20 – 80mg
  6. Rosuvastatin10 – 40mg

Kesan sampingan ubat

Ubat antikolestrol statin boleh menyebabkan sakit kepala, sembelit, gatal dan keletihan. Pesakit boleh mengalami peningkatan enzim hati. Jadi pesakit perlu menjalani ujian darah secara berkala bagi memastikan fungsi hati berada dalam keadaan yang baik.

Pesakit juga boleh mengalami rasa sakit, keletihan atau lemah otot.
Kes yang paling teruk adalah kerosakan otot (rhabdomyolysis) yang menyebabkan kerosakan hati, kegagalan fungsi buah pinggang dan kematian. Namun ia jarang berlaku.

Jika mengalami sebarang kesan sampingan, hubungi doktor yang merawat dengan segera.

Ubat statin hendaklah diambil pada waktu malam.

Keberkesanan pengambilan ubat statin adalah berbeza bagi setiap individu. Selain pengambilan ubat statin, pesakit juga perlu mengamalkan mengubah gaya hidup terutama pemakanan dan aktiviti fizikal.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: