TUBUH KITA MEMERLUKAN AIR

TUBUH KITA MEMERLUKAN AIR
 
 
“Doktor saya bukan tidak suka minum air. Saya tidak suka pergi bilik air banyak kali” tanya seorang peserta dalam sebuah perkongsian yang dianjurkan oleh Olive House.
 
Kita semua sedar, kita memerlukan air untuk tubuh kita. Namun masalah buang kecil yang terlalu kerap akibat minum iar yang menyebabkan kita terpaksa menghadkan pengambilan air seharian, sehinggakan kadang kala tidak mencukupi.
 
Secara amnya tubuh kehilangan antara 5-8 gelas air setiap hari. Ia perlu diganti dengan minum air kosong secukupnya.
 
“Makcik suka banyak kali pergi ke bilik air atau pergi banyak kali ke hospital ?” saya tanya semula sambil berjenaka.
 
“Kalau boleh makcik tak mahulah ke hospital, doktor”
 
“Makcik, minum air ini membantu kita lebih sihat. Ia dapat mengawal penyakit kita yang lebih ada dengan lebih baik. Kita membuang toksin dalam tubuh dengan lebih murah” jawab saya memberikan semangat untuk mengamalkan minum iar kosong.
 
 
Kita semua mengetahui bahawa setiap tubuh kita memerlukan air kerana besar organ dalam tubuh merangkumi air. Otot, darah dan otak mengandungi lebih tujuh puluh peratus air.
 
 
Air mengawal suhu tubuh, pembawa nutrien dan oksigen, menyahkan toksin (bahan buangan dari ginjal dan hati, melarutkan vitamin dan mineral dan mempercepatkan penyembuhan bagi tisu-tisu yang cedera.
 
 
Bagi kanak-kanak pula dengan minum air secukupnya akan menyebabkan mereka aktif dan mudah dalam pembelajaran.
 
 
Dalam kajian ringkas mendapati lebih 65 peratus pelajar (di sekolah rendah dan menengah) sekolah tidak minum enam hingga lapan gelas sehari seperti yang disyorkan. Mereka minum minuman yang manis dan ini akan membawa kepada masalah seperti kerosakan gigi, diabetes serta obesiti.
 
 
Galakkan anak-anak kita mengambil buah-buahan kerana ia juga mengandungi air. Sebagai contoh tembikai, strawberi, timun dan saleri mengandungi lebih 90 peratus air.
 
 
Doktor bagaimana kita nak tahu kita minum air secukupnya?” tanya peserta itu lagi.
 
 
“Air kencing yang normal dan menunjukkan kita minum iar secukupnya berwarna sedikit kuning kerana ia mengandungi pigmen urokrom. Jika berlebihan air, warna air kencing berwarna terlalu jernih. Air kencing yang keruh menandakan kita tidak minum air secukupnya. Selain itu jika kita tidak cukup minum air, air kencing akan menjadi pekat, berbau hancing yang kuat dan berbuih
 
 
Apabila kita tidak cukup minum air, air kencing yang dihasilkan akan menjadi kurang dan tubuh akan menyerap air dari najis tahi dan air kencing. Dengan perkataan lain, jika kita tidak cukup minum air, tubuh kita akan ‘minum semula iar dari najis kita’.
 
Sebagai latihan, galakkan anak kita minum air di rumah. Dan kita juga harus minum air kosong sebagai contoh tauladan anak-anak.
 
 
Semoga bermanfaat.
 
===============================================
 
Saya sendiri semenjak mengamalkan Gaya Hidup Aafiyat, saya memastikan saya meminum air secukupnya. Selain itu saya juga mengambil minyak zaitun OLIVIE sebagai sumber ‘minyak sihat’. Alhamdulillah saya rasa lebih sihat dan bertenaga.
 
 
Boleh dapatkan OLIVIE dan OPU dari staf saya.
 
Puan Zaiha 01110040154
Puan Zurina 0193389668
Puan Hasnah 0126733955
Cik Fizah 0137046851
Puan Raudhah 0199800764
 
#oliviedrzubaidi
#dietdrzubaidi
#nutrisidrzubaidi
#mediterraneandietdrzubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!