Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » TIPS PENJAGAAN PESAKIT YANG BARU DIBENARKAN KELUAR DARI WAD

TIPS PENJAGAAN PESAKIT YANG BARU DIBENARKAN KELUAR DARI WAD

TIPS PENJAGAAN PESAKIT YANG BARU DIBENARKAN KELUAR DARI WAD

 

 

Bagi pesakit yang baru dikeluarkan dari wad, berkemungkinan pesakit masih belum berkeadaan betul-betul sihat. Pesakit mungkin masih dalam lemah walaupun keadaan mereka bertambah baik.

Mereka terpaksa dikeluarkan dari wad kerana kesesakan dalam wad dan memberikan peluang kepada pesakit lain untuk diberikan rawatan.

Keadaan ini mungkin berlaku pada masa-masa tertentu akibat musim jangkitan virus sepertinya jangkitan virus influenza.

Bagi ahli keluarga yang menjaga kesihatan pesakit di rumah terutamanya pesakit kanak-kanak, wargatua atau pesakit kronik, ada beberapa tip yang boleh saya kongsikan ketika menjaga mereka di rumah.

1. Perhatikan keadaan demam kerana pesakit mungkin mengalami demam boleh yang berulang. Dapatkan alat pengukur suhu badan dan periksa tiga kali sehari. Pagi, petang dan malam. Tanda-tanda tidak baik ialah demam tinggi yang berterusan atau demam tinggi yang datang dan pergi. Bawa semula untuk pemeriksaan doktor.

2. Selalunya pesakit masih lagi keadaan lemah, terutama kanak-kanak dan orang tua. Perhatikan keadaan mereka. Jika masih lagi tidak bermaya untuk 2-3 hari, ia adalah tanda yang tidak baik. Sepatutnya apabila direhatkan di rumah, keadaan mereka bertambah baik. Tanda keadaan mereka semakin sembuh adalah mereka boleh bangun, pergi ke ruang tamu dan ke dapur dengan sendiri.

3. Pastikan pesakit boleh makan dan minum. Galakkan minum air kosong atau jus buah-buahan (bukan kordial). Makan makanan yang lembut tetapi penuh bernutrisi. Jangan berikan bubur nasi kosong saja. Masukkan sedikit daging dan sayur yang dipotong halus. Berikan sedikit telur. Campurkan sedikit minyak zaitun.

4. Masalah yang sering dihadapi oleh pesakit yang sentiasa berbaring di atas katil di wad ialah masalah sembelit. Ini menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa. Pastikan makan makan yang banyak serat, atau letakkan sedikit minyak zaitun dalam makanan untuk melegakan sembelit.

5. Pastikan bilik bersih dan ada pengudaraan. Jangan letakkan pesakit dalam bilik yang berselerak, kotor dan tiada pengudaraan.

6. Jika pesakit semakin pulih, galakkan mereka bergerak di sekitar dalam rumah. Ini akan membantu mereka mempercepatkan perjalanan darah dalam tubuh.

7. Minum, minum dan minum lagi. Jika pesakit tiada selera makan, pastikan mereka minum air kosong. Elakkan minuman yang berkafein, manis dan banyak pewarna/perasa. Pastikan air kencing mereka tidak pekat, berbau dan sedikit. Ini menunjukkan pesakit mengalami dehidrasi yang melambatkan proses penyembuhan.

Saya berdoa agar pesakit yang telah dibenarkan keluar wad, agar segera benar-benar sembuh.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: