Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » TIPS MENGURANGKAN SEDU

TIPS MENGURANGKAN SEDU

TIPS MENGURANGKAN SEDU

 

SEDU berlaku secara semula jadi apabila badan cuba mengeluarkan udara yang terkumpul dalam perut.

Jika udara ini dibiarkan berkumpul, ia memberikan rasa kekembungan dalam perut.

Ia mungkin berlaku apabila kita mengambil makanan yang pedas atau masam. Makanan yang mempunyai kanji yang tinggi seperti ubi, kentang, keledek dan keladi juga boleh menyebabkan pengumpulan udara dalam perut. Begitu juga dengan kacang dan kekacang.

Makan dengan cepat juga boleh mengundang sedu.

Selamat ia berlaku untuk jangkamasa yang singkat, namun adakalanya ia berlaku pada jangkamasa yang lama.

Sedu yang tidak berhenti boleh menyebabkan rasa penat dan tidak selesa.

Saya kongsikan petua untuk mengatasi sedu.

1. Minum air

Minum segelas air kosong sambil menutup kedua belah telinga. Telan air sedikit demi sedikit.

2. Mengambil campuran madu, jus lemon, jus halia dan sedikit serbuk kayu manis dan bancuh dalam segelas cawan.

3. Tahan nafas selama yang boleh, kemudian cuba hembuskan secara perlahan-lahan.

Jika sedu masih tidak dapat dihilangkan, buat pemeriksaan doktor, bimbang masalah lain yang lebih serius.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: