Tips melegakan masalah sembelit selepas melahirkan anak

TIPS MELEGAKAN MASALAH SEMBELIT SELEPAS MELAHIRKAN ANAK.

 

 

Wanita yang baru melahirkan anak, kerap mengalami masalah sembelit untuk beberapa hari. Selalunya ketika masih berada di hospital, doctor akan memberikan enema bagi mengurangkan masalah ini.

 

 

“Enema adalah bahan selalunya berbentuk cecair yang dimasukkan ke dalam rectum (usus besar) untuk mengeluarkan najis”.

 

 

 

Jika semasa proses melahirkan anak, seorang wanita diberikan ubat tahan sakit atau suntikan bius pada tulang belakang, usus akan berfungsi dengan lebih perlahan dan ini menyebabkan lebih mudah mendapat masalah sembelit.

 

Begitu juga jika mengambil pil zat besi (untuk menambahkan sel-sel darah merah) semasa hamil, ia boleh menyebabkan sembelit untuk beberapa lama. Koyakan yang teruk semasa melahirkan anak juga menyebabkan masalah ini.

 

Ini kerana  selalunya koyakan berlaku pada Kawasan yang dinamakan perineum  yang berada di antara faraj dan dubur. Semasa kepala bayi keluar dari saluran peranakan, Kawasan ini meregang atau digunting atau mengalami koyakan secara tidak sengaja. Ini menyebabkan saraf-saraf di situ menjadi kebas dan akhirnya menyebabkan wanita yang baru melahirkan anak tidak berasa untuk membuang air besar.

 

Apabila saraf-saraf di dalam kawasan perineum mulai sembuh, kita akan mula berasa lebih sakit ketika membuang air besar. Namun Kawasan ini menjadi bengkak dan merah, mungkin bermakna jangkitan kuman. Perlu mendapat pemeriksaan doctor.

 

Keadaan ini diburukkan lagi dengan rasa takut berasa sakit apabila membuang air besar. Ketakutan ini akan menyebabkan otot-otot di sekeliling lubang dubur (anus) menjadi lebih ketat dan sukar bagi najis untuk keluar. Begitu juga jika ada perasaan takut ‘jahitan akan terbuka jika membuang air besar’.

 

Saya mencadangkan beberapa cara untuk melegakan masalah ini.

 

  1. Selalunya doctor akan memberikan ubat julap atau pelembut najis. Saya mencadangkan pengambilan satu atau dia sudu tiga kali sehari minyak zaitun atau minyak kelapa dara bagi memudahkan najis yang keras untuk keluar.

 

 

 

  1. Minum air secukupnya. Secara amnya bagi wanita yang baru melahirkan anak, mereka memerlukan lebih banyak air dari sumber makanan dan minuman. Mereka mudah mengalami dehidrasi kerana kebanyakan air digunakan sebagai sumber susu ibu. Secara amnya saya mencadangkan paling kurang 3 L air kosong setiap hari untuk meredakan dan mengelakkan masalah sembelit.

 

  1. Ambil sumber serat dari sayur-sayuran, beras tinggi serat seperti beras perang atau beras rebus dan buah-buahan. Tinggalkan beras putih kerana ia tidak memberikan serat yang mencukupi.

 

Meneran untuk memaksa najis keluar tidak akan membantu melegakan sembelit, dan mungkin menyebabkan kesakitan. Ia juga boleh menyebabkan terjadinya buasir.

 

  1. Banyakkan pergerakan terutama berjalan di sekeliling katil untuk menguruskan keperluan diri seperti membasuh muka, menggosok gigi dan membersihkan diri. Peregrakan fizikal akan merangsangkan pergerakan usus besar dalam abdomen dan ini mengelakkan sembelit yang berpanjangan.

 

  1. Bagi mereka yang masih tidak selesa menggunakan tandas cangkung, saya mencadangkan agar duduk di tandas duduk tetapi memastikan posisi lutut lebih tinggi daripada paha. Ia boleh dilakukan dengan meletakkan kaki di atas bangku yang rendah di hadapan tandas duduk ini. Ini akan menyebabkan posisi lutut akan menjadi lebih tinggi.

 

 

  1. Ketika duduk di tandas, boleh cuba keraskan otot-otot perut secara perlahan-lahan. Jangan paksa. Ia boleh menyebabkan rasa sakit terutama bagi wanita yang menjalani pembedahan caesarean. Cuba keraskan otot-otot perut perlahan-lahan bagi merangsangkan pergerakan usus dalam abdomen.

 

  1. Cara lain untuk menggalakkan pergerakan usus perut agar najis mudah dikeluarkan ialah dengan cara mengurut otot perut semasa berada di tandas. Ia boleh dilakukan oleh wanita yang tidak menjalani pembedahan Cesarean kerana ada luka pada bahagian abdomen.

 

 

 

Caranya ialah dengan meletakkan tangan pada bahagian abdomen. Tarik otot perut ke bahagian dalam. Tarik otot perut bahagian atas dan bawah ke bahagian tengah. Tarik  otor perut di bahagian sisi  (kanan dan kiri) ke bahagian tengah. Teknik ini dinamakan “menyangga“.

 

Selepas itu cuba ‘mencungkil’ empat bahagian otot perut ke luar. Tekan dan cungkil otot-otot ini satu persatu. Ia membantu merangsangkan pergerakan usus besar ketika berada di tandas. Teknik ini dinamakan “membonjol“.

 

Lakukan sekurang-kurang 10 kali Teknik sangga dan bonjol dan kemudian akhiri dengan satu Teknik bonjol yang panjang, berlangsung lebih kurang tiga hingga lima saat.

 

  1. Jika tidak berjaya, jangan paksa atau meneran. Keluar dari bilik air. Cuba minum segelas air kosong atau jus buah-buahan selepas melakukan teknik mengurut tadi. Ia membantu untuk lebih mudah mengeluarkan najis.

 

  1. Selepas makan atau minum, jangan duduk atau berbaring. Sebaliknya, pergilah berjalan-jalan. Ini membantu merangsangkan pergerakan usus besar.

 

  1. Jika kaedah-kaedah ini tidak membantu dan masih mengalami masalah sembelit selama tiga hari, saya mencadangkan pergi berjumpa doktor. Doktor akan memberikan ubat julap (contohnya dulcolax) yang memaksa pergerakan usus dan memudahkan membuang air besar. Ia selamat diambil untuk kegunaan jangka pendek. Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah menyebabkan perut rasa memulas.

 

Jangan beli ubatan ini terus dari farmasi kerana berkemungkinan masalah sembelit ini disebabkan oleh masalah yang lebih besar. Oleh itu pemeriksaan doctor sangat penting. Pembelian ubatan di farmasi selalunya boleh dilakukan selepas mendapat perskipsi doctor.

 

Rujukan: Bannister T. 2009. Physical Therapy Management of Pelvic Floor Dyssynergia, Journal of Women’s Health Physical Therapy 33(3):6-21

 

Saya juga mencadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah dan Vitamin C dan E sebagai rawatan sepanjang tempuh berpantang.

 

 

 

 

 

Semoga bermanfaat.

 

#tempuhberpantangdrzubaidi

 

Lawati facebook kami dengan klik

–> NEEDS VENUE SDN BHD

–> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD

MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD

 

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!