Advertorial
Home » Herba » Tip untuk ulser mulut dan lidah

Tip untuk ulser mulut dan lidah

TIP UNTUK ULSER MULUT DAN LIDAH 
mouth ulcer
Ulser mulut memang menyakitkan dan adakalanya agak sukar untuk sembuh. Ia bergantung kepada lokasi ulser mulut dalam rongga mulut ini, dan sering mengganggu keupayaan kita untuk makan dan bercakap.
Bagi yang mahu mencuba bahan-bahan natural, saya mencadangkan menggunakan madu dan minyak kelapa.
Madu adalah sebagai pelembap semula jadi. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah dehidrasi. Ia juga membantu mengurangkan parut dan mempercepatkan proses pertumbuhan tisu baru. Ia jika berkebolehan sebagai anti-mikrob yang dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut dengan lebih cepat. Caranya ialah sapukan sedikit madu pada ulser mulut atau campurkan sedikit dengan kunyit yang ditumbuk, agar ia dapat dijadikan pes yang boleh digunakan pada kawasan yang terjejas.
Minyak kelapa dan air kelapa adalah produk pokok kelapa yang sangat berguna dalam merawat ulser mulut. Caranya kumurkan dengan air kelapa kemudian sapukan sedikit minyak kelapa terus pada ulser mulut.
Walaupun tidak dirawat, ulser mulut biasanya akan hilang dalam masa seminggu atau dua minggu. Jika ulser ia tidak sembuh dalam masa tersebut, ia mungkin tanda masalah yang lebih bahaya.
Wallahu a’lam

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: