Advertorial
Home » Diabetes Mellitus » Tip merendahkan gula pada tahap normal dengan menjaga pemakanan

Tip merendahkan gula pada tahap normal dengan menjaga pemakanan

TIP MERENDAHKAN GULA PADA TAHAP NORMAL DENGAN MENJAGA PEMAKANAN

 

glucometer

“Salam doktor. Saya pesakit diabetes. Bacaan gula saya tidak begitu cantik. Selalunya antara 10-15. Saya telah cuba makan makanan berkhasiat. Namun ada kalanya ia menyebabkan saya mengalami kandungan gula yang rendah. saya pernah beberapa kali pengsan. Mohon pencerahan doktor. Terima kasih”

 

W ALAIKUM MUS SALAM

Memang sukar untuk pesakit diabetes mendapat bacaan gula dalam darah yang normal. Semakin lama semakin sukar untuk dia mendapat bacaan yang normal, disebabkan faktor umur di mana tubuh tidak dapat lagi bertindakbalas dengan baik terhadap ubat-ubatan yang diberikan.

 

Ini menyebabkan dos ubat-ubat yang diberikan semakin dinaikkan, atau doktor akan menukar kepada ubat yang lebih baik, akhirnya terpaksa bertukar kepada rawatan suntikan insulin pula.

 

Apa yang dapat saya cadangkan ialah makanlah makanan yang terdiri daripada karbohidrate kompleks.
Sumber makanan karbohidrat kompleks ialah makanan yang tidak menjalani pemprosesan seperti ubi kentang, beras merah, tepung rye, kacang peas, bijirin seperti barli, oats dan jagung. (namun ada juga makanan siap diproses yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti pasta dan empingan bijirin penuh)

Sementara sumber makanan karbohidrat yang tidak sihat adalah makanan yang telah menjalani pemprosesan dan pengubahsuaian seperti roti putih, biskut, kek, manisan, minuman bergas dan lain-lain yang mengandungi gula ringkas (simple carbohidrates) yang mudah diserap oleh tubuh sekaligus dapat meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: