Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » Tidak sedar tangan masuk dalam minyak panas

Tidak sedar tangan masuk dalam minyak panas

 

air panas

 

 

“Assalamualaikum doctor, saya ingin bertanya soalan berkaitan seorang rakan saya yang sering pening dan kerap tidak sedarkan diri tetapi masih boleh berdiri. Baru-baru ini beliau telah memasukkan tangannya ke dalam minyak panas ketika sedang memasak di dapur. Tangannya melecur teruk dan telah dibawa ke klinik. Saya mohon penjelasan dari doktor berkaitan keadaan ini. Terima kasih”

Wa alaikum mus salam.

Apa yang berlaku pada rakan puan sebenarnya adalah sejenis penyakit sawan, tetapi bukanlah penyakit sawan yang biasa.

Dalam penyakit sawan biasa, selalunya pesakit akan mengalami tubuh yang kejang atau menggigil dan mata ke atas. Orang awam lebih suka menyebutnya sebagai ‘sawan gila babi’.

Dalam kes rakan puan, penyakit beliau dinamakan sebagai ‘nonepileptic seizure’ hanya melibatkan aktiviti pemikiran mental beliau saja, dan tidak melibatkan saraf pada otot anggota.

Jadi beliau tidak mengalami kejang atau menggigil, tetapi pemikiran dan ingatan beliau yang terputus dari kawalan.

Pesakit tidak mampu mengawal pergerakannya dan tidak ingat apa yang beliau dilakukan. Beliau juga tidak merasa sakit.

Beliau tidak rebah, dan masih mengekalkan posisi asal beliau sama ada dalam keadaan berdiri atau duduk, tetapi tidak menyedari perbuatan beliau, seolah-olah dipukau.

Penyakit ‘Nonepileptic seizures’ ini selalunya berlaku pada remaja dan orang dewasa, namun ia boleh berlaku juga di kalangan kanak-kanak dan orang tua.

Wanita lebih kerap menghidap penyakit ini berbanding dengan lelaki dengan ratio tiga wanita berbanding satu lelaki.

Penyakit ini sukar dikesan dan selalu dikatakan sebagai ‘rasukan’. Dalam hospital yang canggih saja, penyakit ini dapat didiagnosa dengan baik menggunakan teknik ‘video-electroencephalogram’ (video-EEG).

Jika dibandingkan pesakit sawan yang lain, pesakit seperti ini selalunya mempunyai masalah kemurungan dan keresahan yang melampau.

Oleh kerana penyakit sawan ‘nonepileptic seizure’ berbeza dengan sawan yang biasa, maka ubat dan rawatannya juga berbeza.

Ringkasnya penyakit ini harus dirawat dengan sempurna kerana ia bukan saja boleh menyebabkan kecederaan anggota dan tubuh, tetapi juga boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!