Advertorial
Home » Catatan Peribadi » Tidak rugi membantu orang

Tidak rugi membantu orang

 

Gambar hiasan

Pagi ini saya agak lambat sedikit ke tempat kerja. Badan rasa tidak berapa sedap. Mungkin perubahan cuaca dan serangan virus yang menyebabkan tekak saya agak perit, berkahak dan rasa mahu demam.

 

Tetapi kerja macam saya mana boleh MC dengan mudah. Siapa mahu menggantikan tempat saya?

 

Jadi mahu atau tidak terpaksalah saya menguatkan semangat, bangun dan meneruskan kehidupan.

 

Selepas menghantar anak ke rumah ibubapa saya untuk dijaga, saya bergegas ke tempat kerja.

 

Memang agak lambat, tetapi masih tiada pesakit menunggu.

 

Saya bergerak ke warung di bawah pokok untuk membeli sarapan. Bungkus sahaja untuk makan di Pusat Kesihatan. Kalau berlengah-lengah di warung, bimbang nanti ada pesakit yang menunggu.

 

Saya tidak memesan roti canai kerana bimbang tahap kolestrole saya akan melonjak. Jadi saya beli karipap. Agak banyak juga supaya boleh dikongsikan dengan staf-staf saya yang lain.

Apa yang sedari ialah lelaki yang berpangkat tua sedikit dari saya tidak menebar roti canai hari ini. Hari ini roti canai ditebar oleh isteri beliau. Oleh kerana agak sibuk, saya tidak menegur.

 

Selepas membayar, terus saya cepat balik ke Pusat Kesihatan.

 

Doktor, sudah ada pesakit menunggu..” staf saya memberitahu sebaik saja saya membuka pintu.

 

Baik, panggillah masuk

 

Doktor tak sarapan dulu. Pesakit boleh tunggu

 

Tak pa lah. Mana tahu sakit dia teruk

 

Setelah pesakit dipanggil, beliau masuk sambil ditemani anak beliau.

 

Assalamu alaikum.. “ saya memulakan.

 

Wa alaikum mus salam..” jawab anaknya.

 

Bapa saya sakit perut doctor. Ceret beret semenjak malam tadi”

 

Masya ALLAH, abang yang menebar roti canai rupanya. Padanlah dia tidak menebar roti canai pagi ini.

 

Nasib baik saya menangguhkan bersarapan. Tentu beliau telah menderita menahan sakit perut sejak semalam.

 

Kadang kala kita mengambil sikap ambil mudah terhadfap keperluan orang lain. Tidak kitalah sama ada perkhidmatan kita berbayar atau percuma ditanggung kerajaan, segera menyelesaikan masalah orang adalah satu sifat yang baik.

 

“Dan bertolong-tolonglah dalam melakukan kebaikan dan takwa, dan jangan bertolong-tolong dalam perkara mungkar” ( al Maidah: 2).

 

Sebagai doctor ini kadang kala kita terpaksa mengetepikan keperluan kita.

 

Semalam saya menonton dokumentari  kehidupan Tun Dr  Mahathir Mohammad di awal kerjayanya sebagai doctor. Beliau sanggup berbasikal meredah sawah ladang dan jalan yang berbecak semata-mata untuk memenuhi panggil orang kampong yang sakit.

 

Beliau tidak mengharapkan bayaran kerana beliau tahu orang kampong yang rata-ratanya orang Melayu ketika itu sangat dhaif. Jadi tidak hairanlah kalau ramai pesakit yang berhutang dengan beliau.

 

“Perbuatanku berjalan bersama saudaraku yang Muslim untuk menunaikan hajatnya lebih aku suka daripada beriktikaf di dalam satu masjid selama 1 bulan” (Hadith Ibn Abi Dunya)

 

Bila muhasabah diri, banyak lagi yang saya perlu baiki.

 

Wallahu a’lam.

One comment

  1. Allahuakbar…motivasi juga untuk dr sndr..semoga Allah memberkarti hidup dr sekeluarga

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: