Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Tidak hamil akibat air mani meleleh selepas hubungan intim

Tidak hamil akibat air mani meleleh selepas hubungan intim

TIDAK HAMIL AKIBAT AIRMANI SUAMI MELELEH SELEPAS HUBUNGAN INTIM

 

“Assalammualaikum Dr..saya sudah 4tahun berkahwin masih belom dikurniakan zuriat. Saya ada kemushkilan, setiap kali saya bersama suami. Selepas sesi tersebut, tekak saya pasti gatal disertai dengan batuk. Disebabkan tekanan dari batuk, saya anggarkan air mani yang berkualiti serta pekat keluar disebabkan tekanan ketika batuk. Pada mulanya saya menganggap perkara ini biasa. Setelah 4tahun saya perhatikan, keadaan sebegini sentiasa berlaku. Saya agak kuatir dan rasa perkara ini tidak boleh di ambil mudah lagi.

Dr, adakah ini normal? Perlukah saya bimbang dengan situasi ini? Adakah ini juga penyebab peluang untuk saya mengandung berkurangan?”

 

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ramai yang menyangka air mani yang menyebabkan seseorang wanita hamil. Sebenarnya air mani atau dalam bahasa Inggerisnya disebut semen dan istilah perubatannya ialah seminal fluid tidak menyebabkan kehamilan. Kehamilan disebabkan oleh benih lelaki, iaitu sperma yang disenyawakan dengan benih perempuan, ovum.

 

Air mani hanya sebagai medium yang membawa sperma yang halus ke dalam saluran faraj. Ia ibarat pembalut hadiah, yang penting ialah hadiah (sperma), bukan pembalutnya (air mani).

 

Menghalang air mani yang keluar dari faraj selepas jima’ bukan jalan penyelesaian bagi masalah ketidaksuburan lelaki dan ketidakhamilan seorang wanita.

 

Banyak laman-laman blog yang bukan dibuat oleh doktor atau ahli perubatan yang pakar memberikan nasihat yang pelbagai untuk menghalang fenomena ini. Tidak salah untuk mengamalkan, tetapi itu bukan isunya.

 

Masalah ketidaksuburan lelaki berpunca pada sperma itu sendiri. Bukannya air mani yang keluar semula selepas jima’.

 

 

Air mani adalah cecair yang keluar dari zakar yang dihasilkan oleh organ seminal vesicle dan prostate. Ia mengandungi sperma yang dihasilkan oleh testis di kerandut zakar (scrotum).

 

Jumlah kuantiti sperma hanyalah 5% dari keseluruhan air mani. Air mani juga mengandungi enzyme proteolytic yang berfungsi sebagai ‘penebuk’ dinding ovum semasa sperma cuba memasukinya dan fructose iaitu gula yang memberikan sperma tenaga untuk berenang dan hidup selama 3 hari jika tidak disenyawakan.

 

Selain itu air mani bersifat alkali sementara lendiran vagina bersifat asid. Para saintis memberitahu bahawa sifat alkali-asid inilah yang membentuk jantina bayi.

 

 

Sementara sperma adalah benih lelaki yang berada dalam air mani. Selalunya masalah kesuburan berpunca dari sperma, sama ada bentuknya yang tidak normal atau bilangan sperma yang sedikit.

 

 

Saya mencadangkan agar suami puan menjalani pemeriksaan air mani.

 

Jika sperma suami puan mengalami masalah, saya mencadangkan beliau menggunakan suplemen Proxeed Plus. Boleh rujuk di  https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

 

wallahu a’lam

 

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: