Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Tidak datang haid selepas pembedahan hamil luar rahim

Tidak datang haid selepas pembedahan hamil luar rahim

TIDAK DATANG HAID SELEPAS PEMBEDAHAN HAMIL LUAR RAHIM

 

“Assalam mu alaikum doktor, saya ada pertanyaan sikit. Pada  bulan 5 lepas saya baru menjalani pembedahan laparoscopy d sebabkan kehamilan luar rahim. Tiub falllophian  saya dipotong sebelah kanan. Sekarang sudah 2 bulan saya tidak datang haid. Bila saya lakukan pemeriksaan UPT, ia negatif. Boleh saya tahu kenapa saya lambat datang haid, adakah sebab ubat antibiotic yg saya makan selepas operation. Mohon pencerahan , saya sangat risau. Terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya ucapkan simpati atas ujian yang melanda puan. Semoga ALLAH menggantikan kehilangan puan dengan sesuatu yang lebih baik.

 

Puan masih lagi boleh hamil kerana saluran fallopian sebelah kiri masih lagi berfungsi dan telur (ovum) yang dilepaskan dari kelenjar ovari sebelah kiri pada setiap masih boleh disenyawakan.

 

Jika puan  tidak mengamalkan pencegahan kehamilan sama ada menggunakan pil, suntikan atau secara semulajadi, puan mempunyai kemungkinan untuk hamil.

 

Oleh kerana puan telah melakukan pemeriksaan UPT, dan keputusannya negative, mungkin puan tidak hamil. Pemeriksaan UPT ada kalanya mengelirukan dan boleh menjadi positif, terutamanya jika dilakukan terlalu awal.

 

Kitaran haid tidak terjejas oleh masalah saluran fallopian yang tersumbat, dipotong atau diikat. Oleh itu, seorang wanita boleh mempunyai kitaran normal walaupun dia tidak mempunyai saluran fallopian langsung, selagi beliau mempunyai kelenjar ovary yang normal.

 

Kitaran haid dikawal oleh hormon, yang bergerak melalui aliran darah dan bukan melalui tiub fallopio. Oleh itu masalah haid puan mungkin disebabkan oleh gangguan hormone, sama ada bersifat sementara atau lebih kekal.

 

Selalunya wanita yang baru melahirkan anak, atau keguguran akan mengalami ketidakseimbangan hormone yang bersifat sementara. Kehamilan di luar rahem dan pembedahan mengeluarkan janin ini juga dianggap sebagai keguguran.

 

Semasa hamil, tahap hormone progesterone wanita yang hamil adalah tinggi.  Walaupun keguguran, tahap hormone progesterone ini masih tinggi dan menyebabkan mereka lambat untuk datang haid.

 

Gangguan hormone bersifat sementara yang lain, mungkin disebabkan tubuh yang stress selepas pembedahan, kurang berat badan yang mendadak, pemakanan yang tidak seimbang dan perasaan yang terlalu bimbang.

 

Saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan UPT semula selepas dua minggu atau melakukan pemeriksaan ultrasound bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat.

 

Jika puan masih lagi tidak datang haid selepas 3 bulan, puan boleh melakukan ujian pemeriksaan hormone dalam darah.

 

Saya harap jawapan dan cadangan saya mencukupi dan membantu.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: