Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Tidak datang haid selepas melahirkan anak

Tidak datang haid selepas melahirkan anak

 TIDAK DATANG HAID SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

 

Salam doktor . Saya ingin bertanya, selepas melahirkan anak yang kedua pada bulan Mei 2011, saya diberikan suntikan pencegah kehamilan. Selepas suntikan itu, haid saya menjadi tidak menentu. Beberapa bulan selepas dicucuk, haid saya ada datang, tetapi selepas itu haid saya tidak datang langsung. Saya mengambil kaedah perancang kehamilan itu selama 2 tahun setengah. saya berhenti mengambilnya kerana ingin mendapatkan seorang anak lagi. Saya menunggu agak lama, iaitu setahun, sebelum saya hamil semula. Saya telah melahirkan anak pada Mei 2015 tetapi haid saya belum datang. Adakah ia normal atau disebabkan oleh kesan sampingan suntikan yang dulu. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Apa yang saya faham tentang soalan yang diajukan ialah, puan telah melahirkan anak pada bulan Mei 2015, tetapi belum kedatangan haid sehingga sekarang.

 

Untuk pengetahuan puan, apabila seorang wanita itu melahirkan anak, berlaku ketika ketidak-seimbangan hormon, di samping terdapat peningkatan hormon tertentu dalam darah yang menyebabkan kitaran haid mereka terganggu. Ini menyebabkan mereka lambat mendapat haid semula. Ada wanita yang tidak mengalami haid antara 5-12 bulan. Tetapi ada wanita yang lebih awal mengalami haid.

 

Kitaran haid yang agak lewat disebabkan oleh melahirkan anak adalah satu keadaan yang normal. Ia bergantung kepada banyak faktor, dan berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain, juga antara kehamilan dengan kehamilan yang lain pada wanita yang sama.

 

Oleh kerana ia adalah normal, saya mencadangkan puan tunggu dan lihat saja.  Jika puan tidak mendapat semula haid puan selepas setahun, puan boleh menjalani pemeriksaan hormon di mana-mana klinik. Ini memastikan bahawa masalah kitaran haid puan bukan disebabkan oleh  kelenjar hormon dan ovari yang tidak berfungsi. Jika ia berlaku, dikhuatiri puan akan mengalami masalah menopause yang lebih awal.

 

Suntikan perancang keluaraga atau pencegah kehamilan juga boleh menyebabkan kitaran haid puan terganggu. Jika puan tidak mendapat suntikan ini selepas melahirkan anak, sudah tentu ia bukanlah punca masalah ini.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

 

 

 

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: