Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Motivasi » “The Kung Fu Panda”

“The Kung Fu Panda”

 

Kungfupanda

 

Apa yang saya belajar dari video “The Kung Fu Panda”…

 

Video “Kung Fu Panda” mempunyai banyak pengajaran yang tersirat dan tersurat, sesuai ditontoni oleh kanak-kanak dan orang dewasa yang ingin mencari inspirasi dalam kehidupan. Ia mengajar erti takdir (destiny) dan percaya pada kebolehan sendiri (the power of self-belief).

 

Ia adalah suatu kisah “dari zero kepada hero” apabila seekor Panda bernama Po yang membantu ayahnya di restoren akhirnya menjadi pahlawan lagenda Dragon Warrior.

 

Po sangat meminati pahlawan ‘Furious Five’ iaitu Tigress, Crane, Mantis, Viper dan Monkey dan berangan-angan untuk menjadi seperti mereka. Tetapi hasratnya dihalang oleh bapanya yang mahukan dia mengambil alih restoren yang diusahakannya. Apatah lagi bentuk tubuh Po tidak sesuai untuk menjadi pahlawan lagenda Dragon Warrior.

 

Po berkeras untuk sendiri upacara pemilihan pahlawan lagenda Dragon Warrior yang berlangsung di istana ‘Jade Palace’ yang berada di atas gunung.

 

Po terpaksa bersusah payah membawa troli yang penuh dengan mee ketika memanjat tangga di kaki bukit. Apabila Po sampai di depan istana, pintu itu telah tertutup kerana Po lewat tiba. Namun Po tidak mudah menyerah kalah. Po berusaha menggunakan pelbagai cara untuk masuk ke dalam istana. Perbuatan ini mengajar kita supaya bersungguh-sungguh  berusaha dengan pelbagai cara dan tetap pada satu matlamat yang ditetapkan.

 

Ketika itu Master Oogway  sedang memilih pahlawan lagenda Dragon Warrior di kalangan pahlawan-pahlawan Furious Five yang mempunyai kualiti diri yang hebat seperti kelajuan, kemahiran bersilat, dan kelicikan. Namun ibarat pepeatah Inggeris “do not judging a book by its covers”, naluri (instinct) Master  Oogway mengatakan bahawa Po adalah pahlawan lagenda Dragon Warrior walaupun ciri-ciri fizikal Po tidak begitu menyakinkan.

 

Pahlawan-pahlawan Furious Five dan Shifu sendiri tidak gembira dengan pemilihan itu dan menganggap ia adalah keputusan yang salah. Pengajaran di sini ialah, ‘kita harus mengubah kriteria yang sesuai apabila menilai sesuatu atau seseorang, supaya kita menjadi seorang yang lebih terbuka, agar kita tidak menjadi kecewa kelak’.

 

Po tidak mempunyai bakat dalam persilatan Kung-fu dan semua orang menjangkakan bahawa beliau akan mengalah dan menghasut beliau suapaya berhenti. Po sendiri akhirnya merasa curiga pada kebolehan diri sendiri dan mula merasa untuk mengalah.

 

Apabila hal ini disuarakan kepada Master Oogway, akhirnya dia menyedari bahawa dalam kehidupan, sesuatu yang menarik boleh berlaku pada sesuatu atau seseorang yang kita tidak menjangkakan ia akan berlaku.

 

Po melihat ‘Sacred Peach Tree of Heavenly Wisdom’ sebagai pokok yang biasa, tanpa menjangka ia adalah pokok yang amat luar biasa.

 

Master Oogway juga mengajarkan Po supaya menghargai masa kini. Katanya, semalam adalah sejarah, esok adalah misteri dan hari ini adalah hadiah” ( “Yesterday’s history, tomorrow’s a mistery, but today is a gift, that is why it is called a present”).

 

Master Oogway memberitahu Shifu supaya mempercayai naluri (instincts) sendiri dan mempercayai kebolehan Po menjadi pahlawan lagenda Dragon Warrior. Setelah meyakin diri untuk melatih Po, Shifu memdapati cara terbaik untuk memotivasikan Po ialah dengan mengunakan makanan kerana Po membuat apa saja untuk mendapatkan makanan yang disukainya. Akhirnya Po dapat dilatih menjadi seorang pesilat Kung-fu, walaupun bakatnya tidak setaraf pahlawan Furious Five.

 

Berita Tai Lung telah melepaskan diri dari penjara telah menyebabkan pahlawan Furious Five rasa bertanggungjawab untuk mengalahkan Tai Lung. Pengajarannya ialah jika kita bukan ditakdirkan memegang sesuatu jawatan, maka kita sudah pasti tidak dapat melaksanakan tanggungjawab kita sempurna dan berjaya. Oleh itu pahlawan-pahlawan Furious Five gagal mengalahkan Tai Lung kerana mereka bukanlah pahlawan lagenda Dragon Warrior.

 

Ketika Shifu membenarkan Po menerima kuasa sakti dari ‘Dragon Scroll’, kedua-dua Shifu dan Po terperanjat bahawa ia tidak mengandung apa-apa, ia adalah suatu kertas kosong. Oleh kerana menyedari bahawa Po tidak mendapat kuasa sakti maka Shifu mengambil keputusan untuk menentang Tai Lung dan menyuruh anak-anak muridnya yang lain meninggalkan perkampungan mereka ke suatu tempat yang selamat.

 

Po menjadi penjual mee semula dan kecewa. Apabila bapanya mendedahkan bahawa tiada ramuan rahsia dalam sop mereka yang terkenal itu, barulah Po menyedari bahawa ‘sesuatu itu akan menjadi istimea apabila kita percaya ia istimewa ( “you only have to believe is special, so it becomes special”).

 

Ini bermakna bahawa suatu jawapan atau penyelesaian hanya akan datang dari minda bawah sedar (subconscious mind). Akhirnya dia membina semula minda bawah sedarnya, bahawa dialah pahlawan lagenda Dragon Warrior, dan kembali ke istana untuk menentang Tai Lung.

 

Sementara itu di istana, perlawanan hebat berlaku antara bekas guru dan bekas anak muridnya. Namun kata-kata Tai Lung sangat berbekas, iaitu, “Not your fault? Who filled my head with dreams? Who drove me to train until my bones cracked? Who denied me my destiny?”

 

Menjanjikan  “false destiny” dan berlatih untuk mencapai sesuatu yang bukan ditakdirkan akan menyebabkan kekecewaan yang hebat. Inilah yang menyebabkan Tai Lung menjadi seorang yang ganas dan jahat, sedang Tai Lung berasa bahawa perbuatannya untuk menentang bekas gurunya adalah benar kerana dia berasa berhak.

 

Kemudian Po muncul dan dengan penuh keyakinan menentang Tai Lung. Tai Lung menjadi kecewa dan hilang keyakinan diri apabila dia mendapati bahawa ‘Dragon Scroll’ tidak memberikan kuasa sakti. Akhirnya dia dikalahkan.

 

Kejayaan Po menyebabkan pahlawan-pahlawan Furious Five menerima Po sebagai ketua mereka, bapa Po menjadi bangga dengan takdir (destiny) Po yang baru dan Shifu akhirnya mencari ketenangan jiwanya (inner peace).

 

Akhirnya, ingatlah kata-kata Master Oogway, “Dalam kehidupan, tiada sesuatu kebetulan” (“In life, there are no accidents”). Jadi sama-samalah kita mengejar destini (takdir) kita..

 

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: