Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Motivasi » Tepislah bisikan hati yang negatif

Tepislah bisikan hati yang negatif

 

kubur

 

Apa saja pemikiran yang terlintas adakalanya akan masuk ke otak bawah sedar kita, walaupun tanpa kebenaran kita dan tanpa kita sedari. Pemikiran ini akan menguasai perasaan dan emosi kita. Apatah lagi jika kita seorang yang sangat visual, boleh membayangkan sesuatu.

 

Sebagai contoh apabila kita berjalan di sebuah perkuburan, ada pemikiran dan bisik hati bahawa terdapat hantu di kawasan itu. Pemikiran dan bisik hati ini akan masuk ke pemikiran bawah sedar, bergaul dengan emosi kita.

 

Maka kita mula merasakan satu perasan seram dan takut. Bagi orang yang mempunyai kekuatan visual pula segera membayangkan rupa bentuk hantu yang telah masuk ke pemikiran sebelum ini, dengan melihat cerita-cerita hantu.

 

Perasaan takut ini menjadi lebih parah jika kita mempercayai pemikiran atau bisik hati yang masuk ke pemikaran bawah sedar kita sebelum ini. Contohnya kita percaya ada hantu di kawasan perkuburan, hantu tinggal dan boleh bangun dari kubur, hantu boleh membunuh dengan mencekik dan sebagainya.

 

Bisikan hati/pemikiran yang baru masuk ke dalam otak bawah sedar akan merangsangkan kepercayaan yang telah ditanam sebelum ini, akan menguatkan kepercayaan tadi.

 

“Tempat ini berhantu dan saya dapat merasakannya..”

 

Perasaan takut ini terus merangsangkan pengeluaran hormone adrenaline yang menyebabkan bulu roma akan menegang secara tidak semena-mena, jantung berdegup kencang dan peluh mula menitis walaupun dalam kesejukan malam.

 

Ini adalah tindakbalas daripada hormone Adrenaline yang berguna ketika kita dalam bahaya, bertujuan untuk menambahkan tenaga sama ada untuk melawan bahaya itu dan meninggalkan kawasan itu. Keadaan dinamakan “Fight or flight”.

 

Namun bagi orang yang fizikalnya tidak berdaya, penambahan hormone adrenaline secara tiba-tiba ini akan menyebabkan seseorang akan terperanjat, terkejut dan mungkin pitam.

 

Bagi pesakit jantung pula, peningkatan hormone adrenalina akan merangsangkan otot jantung bekerja, pada hal  otot-otot jantung mereka sudah lemah. Ia ibarat memaksa orang yang demam supaya bekerja dengan lebih kuat. Akhirnya jantung berhenti bekerja dan menyebabkan kematian.

 

Tentu kita berasa hairan ada orang yang melalui kawasan kubur, tetapi tidak merasa apa-apa kerana dia tidak mengetahui bahawa dia kawasan kubur atau tidak mempercayai ada hantu di kawasan itu…

 

Bagi orang yang mempercayai kewujudan hantu di kawasan perkuburan, tetapi tidak mengetahuinya, mereka tidak mendapat bisik hati atau pemikiran yang merangsangkan pemikiran bawah sedar mereka. Jadi kepercayaan yang ditanam tidak dirangsang dan tidak menyebabkan rasa takut, seram dan panic.

 

Bagi orang yang tidak mempercayai wujudnya hantu di kawasan perkuburan, sudah tentu pemikiran bawah sedar mereka dapat membaca rangsangan bisikan hati itu.

Apabila seorang kawan berkata “Aku rasa kawasan ini ada hantu lah. Bulu roma aku sudah menegak ni..”

 

Seorang kawan lagi berkata “Ah mengarutlah.. aku tak rasa apa-apa pun

 

Sangat benar walaupun kedua-dua sahabat ini berada di tempat yang sama dan mendapat rangsangan bisikan hati yang sama, namun kedua-dua mereka mendapat dua perasaan yang berbeza. Seorang kawan berasa takut dan cemas sementara seorang lagi tidak berasa apa-apa.

 

Jadi kawal pemikiran kita terutama pemikiran atau bisik hati yang negative. Jika terlintas pemikiran sebegitu, buangkan jauh-jauh sebelum ia memasuki otak separuh sedar. Buangkan kepercayaan yang karut dan masukkan kepercayaan yang betul dan positif.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!