Advertorial
Home » Diet Sihat » telur berwarna putih atau perang

telur berwarna putih atau perang

TELUR BERWARNA PUTIH ATAU PERANG ?

 

telur ayam

 

 

 

Telur ayam mempunyai pelbagai warna. Sesetengah orang percaya telur perang lebih sihat atau lebih semula jadi, manakala yang lain merasakan bahawa telur putih bersih atau hanya rasa lebih baik.

 

Pigmen utama dalam kulit telur perang dipanggil protoporphyrin IX. Ia diperbuat daripada heme, sebatian yang memberikan darah warna merah. Warna telur bergantung kepada baka ayam. Ayam akan menghasilkan pigmen-pigmen ini berdasarkan kod genetik yang dimilikinya.

 

Warna-warna kulit telur yang berbeza datang dari pigmen ayam-ayam betina menghasilkan telur-telur tersebut. Secara mudah, baka ayam kampung biasanya mempunyai kulit telur yang berwarna putih, sementara kebanyakan ayam yang diternak di dalam reban (ayam reban) berwarna perang. Namun ada juga baka ayam kampung yang diternak dalam reban.

 

Selain itu, warna kulit telur boleh dipengaruhi oleh umur ayam yang menghasilkan telur, persekitaran kawasan ternakan, makanan yang diberikan, dan tahap tekanan (stress) ketika ayam ini diternak (disimpan dalam reban).  Namun apa yang penting ialah baka ayam tersebut.

 

 

TELUR PUTIH ATAU PERANG YANG MEMBERIKAN NUTISI YANG BAIK?

 

Selalunya kebanyakan kita lebih suka telur perang kerana kita percaya telur perang ini adalah telur yang lebih natural berbanding dengan telur putih. Selalunya bahan makanan seperti gula, beras dan tepung, berwarna putih kerana ia telah diproses dan dibersihkan sehingga telah kehilangan banyak nutrisi.

 

Walau bagaimanapun, semua telur mempunyai berkhasiat yang hampir sama, tanpa mengira saiz, gred atau warna. Kedua-dua telur perang dan telur putih adalah makanan yang sihat. Ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein yang berkualiti tinggi. Ia mengandungi lebih kurang 80 kalori bagi setiap biji.

 

Ahli-ahli sains mendapati bahawa warna kulit telur tidak mempunyai kesan yang besar ke atas kualiti telur. Terdapat faktor lain yang mempengaruhi kandungan nutrisi telur tersebut.

 

  1. Persekitaran ayam itu diternak, boleh mempunyai kesan yang besar. Sebagai contoh, telur dari ayam yang dibenarkan untuk berkeliaran di bawah sinar matahari (selalunya ayam kampong) mengandungi 3-4 kali ganda jumlah vitamin D berbanding dengan ayam yang hanya diternak dalam reban (tanpa dilepaskan).

(rujuk: Free-range farming: a natural alternative to produce vitamin D-enriched eggs.Nutrition. 2014 Apr;30(4):481-4)

 

 

  1. Jenis makanan yang diberikan. Ayam diberi makan makanan yang kaya dengan omega-3 asid lemak akan menghasilkan telur yang mengandungi tahap asid lemak omega-3 yang lebih tinggi. Kesan yang sama telah didapati dengan vitamin D apabila ayam memakan makanan yang mengandungi banyak vitamin-D.

(Rujuk: Comparative omega-3 fatty acid enrichment of egg yolks from first-cycle laying hens fed flaxseed oil or ground flaxseed. Poult Sci. 2017 Jan 20)

 

Oleh itu tidak ada perbezaan kandungan nutrisi antara telur perang dan telur putih. Pemakanan ayam betina yang menghasilkan telur dan persekitaran dalam kawasan ternakanan, yang akan memberi kesan pada nutrisi telur ini.

 

TELUR PERANG ATAU TELUR PUTIH YANG LEBIH SEDAP?

 

Walau bagaimanapun, tidak bermakna bahawa semua telur mempunyai rasa yang sama. Ia bukan disebabkan oleh factor warna kulit telur. Ia bergantung kepada faktor lain seperti jenis makanan yang diberikan, kesegaran telur dan bagaimana telur itu.

 

Sebagai contoh, jika seekor ayam diberi makan makanan tambahan yang kaya dengan minyak ikan (untuk mendapatkan telur yang kaya asid lemak omega-3) atau makanan tambahan yang terlalu banyak vitamin A atau D, boleh menghasilkan telur mempunyai rasa yang hanyir hanyir atau tidak sedap dimakan.

(Rujuk: Factors Affecting Flavor of Poultry Meat and Eggs. World’s Poultry Science Journal. Volume 25, Issue 4 October 1969, pp. 331-342.)

 

Telur yang disimpan lama juga memberikan rasa yang tidak sedap. Oleh itu telur ayam harus disimpan di tempat yang mempunyai suhu yang rendah, seperti di dalam peti sejuk.

 

Oleh itu, warna kulit telur tidak bukanlah factor yang penting. Dalam konteks di Malaysia, biasanya ayam kampong yang diternak secara free-range, iaitu dibebaskan dan tidak dikurung dalam sangkar reban untuk mencari makan sendiri mempunyai kandungan omega-3, vitamin A dan D yang lebih tinggi, dan juga rasanya juga lebih sedap berbandingkan dengan ayam yang diternnak secara disimpan dalam reban.

 

Semoga bermanfaat.  Dr Zubaidi Hj Ahmad.

 

SAKANJABEEN ADALAH MINUMAN BOTANI YANG TERBAIK, FORMULA PERMAKANAN ZAMAN SILAM. 

MENAMBAHKAN TENAGA DAN MENINGKATAN KESIHATAN DALAMAN.

SAKANJABEEN

MOHON KE FARMASI ONLINE KAMI BAGI MENDAPAT SUPLEMEN NATURAL YANG TERBAIK DI http://needsvenue.com.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top