Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Tekanan darah yang tidak stabil

Tekanan darah yang tidak stabil

tekanan darah

 

“Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya soalan. Minggu lepas saya baru keluar dari hospital disebabkan tekanan darah naik dan turun. Bacaan 171/110 kadang 97/47 dalam masa seminggu. Doktor telah buat ujian CT scan, pemeriksaan jantung  dan x-ray dan mendapati saya normal. Saya mengalami masalah sakit kepala  di sebelah kanan. Saya tidak tahu apa sakit saya ?apa pendapat doktor denga masalah saya?. Mohon pencerahan”

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Saya tidak dapat memberikan komen yang terperinci kerana tidak memeriksa puan dan tidak melihat keputusan pemeriksaan yang dijalankan oleh doctor.

 

Namun saya percaya puan mengalami masalah yang agak serius kerana sakit kepala yang kerap berlaku dan tekanan darah yang tidak stabil (turun dan naik).

 

Pada kebiasaannya tekanan darah boleh menjadi turun dan naik tetapi tidak terlalu besar perbezaannya. Ia adalah normal. Dalam tubuh yang sihat,  perubahan nombor sistolik dan diastolik akan kecil sepanjang hari. Perubahan ini harus minima dan tidak ketara.

 

Ini berlaku apabila seseorang itu mengalami mengalami keseronokan, menjadi marah, minum minuman yang mengandungi kafein, tiba-tiba terdedah kepada sejuk, atau melibatkan diri dalam melakukan pekerjaan atau senaman fizikal anda tidak biasa lakukan.

 

Jika terdapat perubahan besar, berkemungkinan disebabkan oleh kesan ubat dan suplemen atau herba, sama ada yang diberikan oleh doctor, atau dibeli secara online atau kedai ubat.

 

Ubatan, suplemen dan herba adakalanya memberikan kesan pada jantung. Antara ubat doctor yang memberikan kesan ini ialah ubat untuk kemurungan, darah tinggi, atau Parkinson. Suplemen untuk menguruskan badan juga memberikan kesan yang sama.

 

Sebagi contoh ubat untuk penyakit tekanan darah tinggi akan merndahkan tekanan darah, tetapi kesannya hanya untuk beberapa jam yang tertentu. Apabila kesannya sudah berkurangan, tekanan darah akan naik semula.

 

Selain itu punca tekanan darah yang tidak stabil ialah akibat ‘keletihan’ kelenjar adrenal (adrenal fatigue).

 

Pengeluaran hormone dari kelenjar adrenal menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Ia disebabkan oleh penyakit, dan tekanan emosi yang berlebihan, sehingga menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.

 

Apabila ia telah berlaku dalam masa yang panjang, kelenjar adrenal menjadi penat melakukan kerjanya (mengeluarkan hormone), menyebabkan tajap hormone adrenal menjadi rendah.

 

Keadaan ini biasa berlaku di kalangan wargatua, tetapi orang muda yang kerap sakit, menghadapi tekanan emosi yang berat pada jangka masa yang lama juga turut mengalami masalah yang sama. Akhirnya ia akan menyebabkan kerosakan pada jantung.

 

Penggunaan suplemen pelangsing yang mengandungi bahan terlarang silbuteramine, untuk mengurangkan selera makan juga boleh menyebabkan hal yang sama. Jadi berhati-hatilah menggunakan suplemen melangsingkan badan.

 

Selain itu tekanan darah yang tidak stabil boleh disebabkan oleh pengerasan saluran darah arteri yang disebabkan oleh tahap kalsium dan kolesterol yang tinggi sehingga menyebabkan mendakan pada dalam saluran arteri. Ini menyebabkan arteri menjadi keras dan tidak boleh mengembang,mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi.

 

Jadi saya menasihatkan agar puan berbincang dengan doctor yang merawat, supaya pemeriksaan yang lebih teliti dapat dilakukan.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: