Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Tekanan darah tinggi ketika hamil

Tekanan darah tinggi ketika hamil

TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL

wanita hamil tekanan darah

 

“Salam doctor. Saya berumur 25 tahun dan hamil 24 minggu. Baru-baru saya menjalani pemeriksaan di Pusat Kesihatan Ibu dan Anak. Saya disyaki mempunyai darah tinggi. Bacaan tekanan darah saya ialah 150/90. Saya tidak pernah mnghidap penyakit ini sebelumnya. Cuma ibu dan bapa saya memang kedua-duanya pesakit darah tinggi dalam rawatan. Saya ingin bertanya, apakah punca penyakit darah tinggi dialami oleh wanita hamil? Mohon nasihat doctor. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Seorang wanita didiagnosakan sebagai mempunyai penyakit darah tinggi ketika hamil (Pregnancy Induced Hypertension) apabila bacaan tekanan darahnya melebihi 140/90 atau bacaan diastoliknya saja yang melebihi 90 mmHg.

 

Bacaan ini harus diambil sebanyak sekurang-kurangnya dua kali, sebagai pengesahan dan diambil dalam jarak 6 jam.

 

Terdapat tiga jenis penyakit darah tinggi ketika hamil.

 

  1. Gestational hypertension apabila seorang wanita mempunyai bacaan tekanan darah yang tinggi (seperti di atas) dan ujian air kencing menunjukkan tiada protein, berlaku  dalam tempuh SELEPAS usia kehamilan mencapai 20 minggu sehingga 12 minggu melahirkan anak.

 

  1. Chronic hypertension apabila seorang wanita mempunyai bacaan tekanan darah yang tinggi (seperti di atas) dan ujian air kencing menunjukkan tiada protein, berlaku  SEBELUM usia kehamilan mencapai 20 minggu atau SELEPAS 12 minggu melahirkan anak.

 

  1. Preeclampsia apabila seorang wanita disahkan sama ada mempunyai masalah chronic hypertension atau gestational hypertension dan ujian air kencing menunjukkan ada protein. Jika tidak dirawat segera ia menyebabkan kemudaratan pada bayi dan ibu.

 

 

Punca sebenar tidak diketahui dengan jelas, mungkin disebabkan oleh kesan perubahan pada saluran darah kecil di buah pinggal yang menyebabkan saluran darah itu mengecil dan menyempit.

 

Namun daripada kajian yang dijalankan, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seorang wanita mudah mengalami masalah tekanan darah tinggi ketika hamil.

 

Antaranya:

 

  1. Wanita yang berusia kurang dari 20 tahun.
  2. Wanita yang berusia lebih 40 tahun.
  3. Pertama kali hamil
  4. Mempunyai kakak atau ibu yang pernah mengalami masalah ini ketika hamil
  5. Wanita yang hamil kembar
  6. Mempunyai masalah buah pinggang sebelum hamil

 

 

Selalunya tekanan darah akan kembali normal dalam tempuh 12 minggu selepas melahirkan anak. Malah ada yang lebih awal.

 

Pada masa ini, tidak ada cara yang pasti untuk mencegah masalah tekanan darah tinggi ketika hamil. Ada beberapa faktor yang boleh dikawal dan ada yang tidak.

 

Saya menasihatkan agar melakukan pemeriksaan kehamilan secara berkala dengan betul, makan ubat yang diberikan, kerap periksa tekanan darah jika ada alat sphygmomanometer di rumah.

 

Selain itu saya sarankan tips berikut:

 

  1. Amalkan pemakanan yang sihat.
  2. Lakukan senaman ringan
  3. Kurangkan garam dalam makanan.
  4. Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari
  5. Dapatkan rehat yang cukup
  6. Cuba baring dan tinggikan kaki lebih dari aras jantung pada siang hari
  7. Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein
  8. Kurangkan tekanan di tempat kerja

 

Masalah tekanan darah tinggi ketika hamil adalah ujian ALLAH kepada wanita yang hamil bagi menguji keimanan mereka. Kerana itu kedudukan ibu sangat dihormati oleh anaknya kerana mereka telah melalui susah payah ketika hamil.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah ini, selain dari tips di atas saya ingin menasihatkan agar perbanyakkan solat hajat, doa dan sedekah. Amalan-amalan itu sangat membantu.

 

Semoga ALLAH mempermudahkan kehamilan kalian.

 

Wa llahu a’lam

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: