Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Tekanan darah rendah semasa hamil

Tekanan darah rendah semasa hamil

pregnant blood pressure

 

 

“Assalamualaikum doktor, saya hendak bertanya, bagaimana hendak mengatasi tekanan darah yang rendah semasa hamil. Baru-baru ini saya hamil, dan di akhir kehamilan, doctor memberitahu saya bahawa saya mengalami masalah tekanan darah yang rendah. Pada  masa itu saya kerap mengalami masalah pitam. Saya risau jika keadaan berulang pada kehamilan akan datang. Terima kasih”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Sebenarnya jarang sekali berlakukanya tekanan darah rendah pada wanita yang hamil. Namun begitu ia masih boleh berlaku kerana hormone yang dikeluarkan ketika hamil boleh menyebabkan saluran darah menjadi kembang, secara tidak langsung  menyebabkan tekanan darah seorang wanita hamil akan menjadi rendah.

 

Tekanan darah akan mulai menurun apabila seorang wanita mula hamil, dan mencapai tahap paling rendah pada pertengahan trimester kedua, iaitu sekitar minggu ke 20an.

 

Pada masa ini, dalam kehamilan yang normal, tekanan darah boleh turun sehingga 10 mmHg pada bacaan atas (sistolic) dan turun sehingga 15 mmHg pada bacaan bawah (diastolik) . Bacaan ini kemudiannya akan menjadi normal semula setelah melahirkan anak.

 

Namun begitu, tekanan darah yang rendah tidak hanya didefinasikan hanya dengan bacaan yang diambil, kecuali wanita hamil itu juga menunjukkan tanda-tanda tertentu.

 

Selalunya tanda yang menunjukkan seorang wanita yang mengalami tekanan rendah yang berbahaya ialah apabila beliau mengalami pening dan malahan pitam. Wanita itu juga akan mengadu merasa ‘pusing kepala’ apabila berdiri dari keadaan duduk atau duduk dari keadaan berbaring.

 

Nasihat saya ialah agar puan lebih berhati-hati. Ini kerana tekanan darah puan  yang rendah boleh memudaratkan puan.

 

Antara cadangan saya ialah:

 

1. Duduk atau baring jika merasa pening untuk mengelakkan terjatuh.

2. Elakkan mengubah posisi duduk atau berdiri dengan pantas.

3. Berbaring ke sebelah kanan boleh membantu peredaran darah ke jantung.

 

Jika puan mengalami rasa pening, berpusing dan mahu pitam, segeralah mendapatkan bantuan kecemasan dari hospital berdekatan.

 

Jangan buang masa lagi jika puan sedang hamil dan mempunyai tekanan darah rendah, terutama jika puan mengalami tanda-tanda pendarahan, pemandangan berkabur, sakit kepala yang kuat, sakit dada, sukar bernafas dan rasa lemah pada anggota badan.

 

Tanda-tanda ini mungkin menunjukkan puan mengalami masalah yang lebih serius.

 

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: