Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Umum » TEKANAN DARAH NAIK BILA BERTEMU DOKTOR (WHITE COAT HYPERTENSION)

TEKANAN DARAH NAIK BILA BERTEMU DOKTOR (WHITE COAT HYPERTENSION)

TEKANAN DARAH NAIK BILA BERTEMU DOKTOR (WHITE COAT HYPERTENSION)

 

 

Pemeriksaan tekanan darah boleh dilakukan di klinik, atau di rumah sendiri. Seseorang yang sihat umumnya menunjukkan bacaan tekanan darah yang normal walaupun diperiksa di mana saja.

Namun, ada beberapa orang yang mengalami tekanan darah yang lebih tinggi apabila diperiksa klinik. Keadaan ini dinamakan white coat hypertension.

Mereka mungkin mengalami tekanan darah melebihi 140/90 bila berjumpa doktor atau petugas klinik. Pada hal tekanan darah di rumah adalah normal.

Keadaan ini terjadi apabila seseorang individu itu berasa cemas, gementar dan risau ketika pemeriksaan dilakukan. Ia sering berlaku di kalangan pesakit Anxiety Disorder, wanita, warga tua, wanita hamil dan pesakit yang baru didiagnosakan sebagai pesakit darah tinggi.

Apakah ini berbahaya?

Individu ini mempunyai risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi yang kekal, walaupun diperiksa di rumah setelah beberapa tahun.

Ada di antara mereka yang enggan melakukan pemeriksaan, bimbang mendapatkan bacaan yang tinggi.

Oleh itu mereka mempunyai risiko untuk mendapat pelbagai penyakit, seperti stroke, serangan jantung, kegagalan ginjal setelah beberapa tahun.

Oleh kerana itu, penting untuk mereka untuk memeriksa tekanan darah oleh dokter atau ahli kesehatan yang lain setidaknya setiap enam hingga dua belas bulan sekali jika anda mengalami masalah white coat hypertension ini.

Perlu diketahui bahawa masalah white coat hypertension ini tidak perlu mengambil ubat darah tinggi.

Oleh itu bila datang ke klinik untuk pemeriksaan tekanan darah, jangan datang dgn tergesa-gesa. Berjalan perlahan-lahan menuju ke klinik. Selepas pendaftaran duduk rehat 10-15 minit dulu. Biasakan dengan suasana klinik.

Buang pemikiran negatif. Beritahu diri, tidak semestinya perlu makan ubat darah tinggi bila bacaan tekanan tersebut menjadi tinggi.

Pemeriksaan tekanan darah harus dilakukan beberapa kali sebelum disahkan. Jadi anggap pemeriksaan ini adalah pemeriksaan biasa. Rehat dan relaks.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: