Advertorial
Home » Tanya Dr Zubaidi

Tanya Dr Zubaidi

mesejfb

Keterangan gambar:

Jumlah soalan yang ditanya di FB page Dr Zubaidi Hj Ahmad setakat 15 Julai 2013 iaitu sebanyak 4,658 soalan

(UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS, SILA KLIK PADA RAJAH)

 

Apakah TANYA DR ZUBAIDI?

Ini adalah sebuah program khas kepada anda yang benar-benar ingin mendapatkan penjelasan berkenaan masalah peribadi dan kesihatan. Dalam program ini anda disarankan memberikan sumbangan sebanyak RM100 untuk memastikan kelangsungan blog ini yang disediakan percuma kepada khalayak ramai. Sebagai balasan atas sumbangan anda, Dr Zubaidi akan mengutamakan soalan anda untuk dijawab dahulu berbanding ribuan soalan lain.

Untuk Siapa Program Ini?

Anda disarankan menyertai program ini jika:

  • anda tidak mahu menunggu lama untuk mendapatkan jawapan Dr Zubaidi bersama penjelasan yang baik,
  • soalan anda bersifat sensitif atau peribadi, di mana anda mahu Dr Zubaidi memberi perhatian khusus untuk menjawab persoalan anda
  • Anda telah berjumpa doktor namun tidak  faham dengan penjelasan doktor tersebut mengenai simptom atau penyakit anda. Jadi anda ingin Dr Zubaidi menjelaskan dalam bahasa yang lebih mudah
  • anda telah disyorkan oleh doktor yang merawat anda untuk menjalani sebarang prosedur pembedahan atau disarankan mengambil ubat-ubatan tertentu, tetapi anda mahukan pendapat Dr Zubaidi sebagai pendapat kedua (second opinion)

 

Kelebihan Program Ini

  • Soalan anda bakal dijawab dalam tempoh kurang dari 7 hari bekerja
  • Dr Zubaidi akan menjelaskan segala alternatif yang ada bersama kelebihan dan risiko bagi setiap alternatif yang bakal anda pilih

TERMA DAN SYARAT

  1. Anda digalakkan bertanya beberapa soalan namun soalan-soalan ini TERHAD KEPADA SATU KES atau PERMASALAHAN sahaja. Contohnya jika anda ingin bertanya tentang masalah kehamilan, maka soalan-soalan yang ditanyakan hendaklah berkisar pada masalah kehamilan sahaja, bukan masalah anak anda yang sedang sakit dan seumpamanya.
  2. Sila gunakan BAHASA STANDARD DAN LENGKAP. Penggunaan perkataan singkatan yang keterlaluan boleh menjejaskan pemahaman dan jawapan tepat untuk anda. Rujuk contoh soalan di bawah halaman ini di mana bahasa yang digunakan adalah bahasa tinggi dan jelas satu-persatu.
  3. Pihak kami berhak menerbitkan semula jawapan untuk anda dalam bentuk artikel blog (sekiranya perlu), setelah diubahsuai untuk merahsiakan biodata anda.
  4. Sumbangan/Transaksi kewangan bermakna anda:
  • bersetuju dengan syarat-syarat yang kami tetapkan
  • faham akan penafian yang dinyatakan di bawah.

PENAFIAN:

  1. Perkhidmatan ini adalah untuk makluman dan panduan sahaja, tidak bermaksud untuk menggantikan penilaian Perubatan Professional.
  2. Pihak pentadbir blog www.drzubaidi.com dan Dr Zubaidi sendiri tidak bertanggungjawab atas sebab akibat dari nasihat yang diberikan. Anda haruslah mengakui bahawa terdapat limitasi terhadap pengetahuan dan kepakaran dengan had persoalan bagi setiap jawapan dan tanpa penilaian secara bersemuka.
  3. Nasihat yang diberikan hanyalah sebagai panduan untuk membantu pihak yang bertanya mendapatkan penjelasan atau nama ubat yang difikirkan sesuai.
  4. Untuk mendapatkan ubat yang disyorkan, sila dapatkan preskripsi dari doktor yang merawat. Dr Zubaidi hanya mencadangkan nama ubat dan seterusnya berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi yang berdekatan.
  5. Ini bukan satu perkhidmatan rujukan. Kami tidak akan menyarankan sebarang fasiliti kesihatan atau kemudahan penjagaan kesihatan yang spesifik.

Panduan Untuk Menghantar Soalan adalah seperti di bawah

(UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS, SILA KLIK PADA RAJAH)


 td flow

CONTOH SOALAN DARI PENYUMBANG BLOG

Assalamu’alaikum Dr Zubaidi


Terima kasih kerana menyediakan ruangan pertanyaan di dalam talian untuk rujukan sebagai panduan.

Isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki yang belum pun diberikan nama seberat 4.4KG pada jam 12:35am 26hb November 2012
Disini saya ingin mengemukakan persoalan bagi pihak isteri saya yang mana berlaku kepada beliau dan mohon penjelasan berdasarkan kepakaran Dr Zubaidi.

1. Follow up setiap bulan bermula dari bulan pertama kehamilan di klinik kesihatan kerajaan berhampiran tanpa gagal dan setelah kandungannya mencecah 5-6 bulan telah dimaklumkan bahawa air ketuban terlalu banyak dan perlu diberi perhatian khusus agar tidak mengalami masalah ketikan proses kelahiran kelak.

2. Diberi suntikan “Steroid” 2 kali dengan selang 12 Jam di klinik kerajaan berhampiran dengan alasan bagi mematangkan paru-paru bayi sekiranya berlaku kelahiran awal diluar jangkaan, ingin dimaklumkan bahawa isteri saya tidak mengalami masalah darah tinggi atau kencing manis.

3. Di rujuk kepada klinik pakar di hospital kerajaan sebanyak lebih kurang 3 kali setelah kandungan mencecah 8-9 bulan dan pernah dinasihatkan supaya berehat di wad disebabkan isteri saya kadangkala mengalami sesak nafas tapi ditolak atas alasan isteri saya masih boleh bertahan cuma ianyan berlaku sekali-sekala sahaja.

4. Pada hari due kelahiran iaitu pada 21/11/2012, rutin check di klinik kesihatan berhampiran dan dinasihatkan merujuk pada pakar di hospital kerajaan pada jam 2:45PM pada hari yang sama, setelah menghadirkan diri isteri saya diwajibkan admitted atas alasan keselamatan kandungan.

5. Pada 26/11/2012 jam 2;45PM isteri saya dimasukkan ke labour room dan diberikan indius sehingga jam 10:00PM, proses meneran sehingga lebih kurang Jam 11:00PM
dan sehingga Jam 10:45PM doktor masih mengatakan isteri saya tidak pandai meneran sehingga terbalik menjadi proses kemutan.

6. Pada Jam 11:00PM seorang doktor pakar datang dan membuat pemeriksaan setelah itu mengesahkan bahawa isteri saya tidak berdaya lagi lagi untuk meneran (push), setelah itu proses seterusnya saya dan isteri diberi penerangan bahawa isteri saya akan dibawa ke OT untuk pembedahan. sehingga jam 12:35AM pada 26hb November 2012 bayi selamat dikeluarkan dengan proses pembedahan.

7. Pada hari ke 2 setelah kelahiran saya telah berjumpa dengan pihak hospital dan mohon penerangan bagaimana isteri saya tidak dapat diketahui bahawa bayi yang dikandung adalah berat melebihi 4.0Kilogram dan sepatutnya setelah 6 hari berada dibawah jagaan pihak hospital sepatutnya indius tidak perlu dilakukan dan isteri saya tidak sepatutnya mengalami pembengkakan salur peranakan yang septutnya tidak melalui pengalaman sedemikian.

8. setelah dirujuk kepada doktor biasa dan jawapan masih tidak memuaskan hati saya, saya dan isteri dibawa berjumpa dengan pengurusan hospital dan juga doktor pakar, beliau menerangkan kepada saya bahawa isteri saya dirujuk kepada klinik pakar atas sebab lebihan air ketuban dan mengesahkan sememangnya mengalami lebihan air ketuban sebab itu semasa dimasukkan ke labour room pada 26/11 proses pertama yang dilakukan adalah memecahkan air ketuban dan didapati sebanyak 2 liter yang keluar, doktor pakar tersebut memklumkan adalah kebiasaan prosedur tersebut untuk mengelakkan komplikasi semasa lahir, pihak hospital merawat dan bertindak keatas pesakit melalui bukti-bukti yang ada, saya juga dimaklumkan ujian scanning pada lawatan ke klinik pakar lebih kurang seminggu sebelum kemasukan ke wad mendapati berat bayi dalam kandungan isteri adalah 3.4KG dan ini adalah biasa scanning akan mengalami error sebanyak lebih kurang 10% dengan berat sebenar walau pun di klinik swasta.proses meneran sejam adalah perkara biasa setelah selepas setengah jam tidak berjaya dan doktor yang lebih senior dirujuk selepas 30minit pertama tiada kejayaan.untuk proses beranak secara normal dilakukan adalah disebabkan pihak hospital tidak dapat memastikan berat sebenar bayi yang dikandung,

Dr Zubaidi,
Adalah diharapkan doktor dapat memberi penerangan diatas kekeliruan saya terhadap apa yang berlaku terhadap isteri saya seperti penerangan saya di atas. saya tidak dapat menerima alasan yang tersebut yang mana pada hemat saya isteri saya sepatutnya tidak melakukan proses melahirkan secara indius dari awal lagi.sementelah beliau berada di bawah pengawasan pihak hospital selama 6 hari sebelum kelahiran. dan sekiranya pada waktu proses meneran tersebut bayi telah mengeluarkan kepala apakah risiko terhadap isteri dan anak saya.

 

 

JAWAPAN DARI DR ZUBAIDI

Wa alikum mus salam

Saya telah membaca email saudara dan bersimpati dengan kejadian yang menimpa isteri saudara.

Saya mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana isteri saudara selamat melahirkan anak, walaupun dengan keadaan yang susah dan payah.

Sebagai kesimpulan, saya menulis semula fakta-fakta yang telah diberitahu.

1. Isteri saudara telah melahirkan bayi lelaki seberat 4.4kg. Ia dikira sebagai bayi yang besar ketika dilahirkan (macrosomia) walaupun ibu (isteri saudara) tidak mengalami diabetes atau hypertension.

2. Pemeriksaan ultrasound gagal mengesan ‘bayi besar’ dalam rahem tetapi langkah berjaga-jaga telah diambil dengan memberikan suntikan steroid agar pembentukan paru-paru yang matang lebih cepat berlaku (kerana bayi besar boleh menyebabkan kelahira pramatang).

3. Oleh kerana tidak menyedari bahawa bayi dalam rahem adalah macrosomia yang besar, lalu isteri saudara telah menjalani proses ‘induction for delivery’ yang sangat bahaya untuk bayi yang besar. Ia boleh menyebabkan ‘shoulder dystocia’ iaitu patah tulang selangka bayi dan merosakan saraf yang berada di kawasan bahu. Yang paling malang ialah kerosakan kecacatan otak apabila terlalu lama proses kelahiran sehingga menyebabkan bayi tidak mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Selain itu ibu yang melahirkan bayi pula boleh mengalami kepenatan yang amat sangat kerana tidak mampu lagi meneran membantu bayi keluar dari rahem, atau menyebabkan koyakan besar pada faraj.

4. Proses induksi kelahiran hanya berlaku 45 minit, satu tempuh percubaan yang tidak terlalu lama, sebelum isteri saudara dihantar ke bilik bedah untuk pembedahan Ceserean. (Walaubagaimana induksi kelahiran dapat dielakkan jika doctor telah mendiagnosa isteri saudara mempunyai anak yang besar dalam rahem)

5. Isteri saudara telah selamat melahirkan anak di bilik bedah pada 12:35AM, 26hb November 2012.

6. Alasan yang diberikan oleh doctor bahawa pemeriksaan ultrasound awal menunjukkan bahawa bayi dalam rehem hanya seberat 3.4kg, pada hal berat setelah dilahirkan ialah 4.3kg. (ia melebihi 10% yang dianggarkan)

 

Saya berpendapat bahawa ada sedikit kecuaian di pihak doctor kerana gagal mendiagnosa anak saudara sebagai macrosomia.

Dalam kes sebegini iaitu apabila seorang wanita hamil mempunyai abdomen yang besar tidak sepadan dengan usia kehamilan (‘large for the date’) , selalunya pemeriksaan ultrasound dilakukan beberapa kali bagi mengesahkan bahawa bayi dalam rahem bukanlah macrosomia.

Namun begitu, saudara bernasib baik kerana ada doctor yang telah memberikan suntikan steroid untuk mempercepatkan proses kematangan paru-paru, dan menghantar segera isteri saudara ke bilik bedah setelah 45 minit mencuba.

Jadi sebagai insan yang bertanggungjawab, sauadara telah melaorkan kejadian itu pada pihak yang sepatutnya, agar kecuaian ini tidak berlaku lagi dan memberikan pengajaran kepada pihak hospital agar lebih berhati-hati.

Saya juga berpendapat bahawa saudara juga harus banyak mengucapkan kesyukuran kerana walaupun isteri saudara telah menjalani proses kelahiran yang sukar, namun ALLAH SWT telah menyelamatkan beliau dan anak saudara. Banyak ibu dan anak yang mengalami komplikasi yang teruk ketika proses kelahiran secara normal (melalui faraj).

ALLAH SWT yang telah mentakdirkan perjalanan hidup ini sebagai satu ujian pada kita dan doctor yang terlibat. Jika saudara memaafkan mereka, ia adalah amalan yang mulia. Bukan untuk mereka, tetapi untuk melapang dan memberikan ketenangan jiwa pada saudara dan isteri.

Pandanglah kehadapan…, dan tiada apa yang boleh kita lakukan atas perkara yang telah berlaku dan banyakkan berdoa agar anak saudara yang baru dilahirkan ini menjadi anak soleh yang sihat.

Saudara telah menjalankan tanggungjawab. Biarlah ALLAH SWT yang menentukan balasan setiap perbuatan baik dan buruk hamba-hambaNYA.

Saya tidak mencadangkan saudara mengambil tindakan mahkamah kerana walaupun ada bukti kecuaian, namun anak saudara selamat dilahirkan. Mahkamah hanya akan mendengar aduan jika terdapat kerosakan (damage) dan ada bukti kecuaian.

Saya doakan agar ALLAH memberikan banyak pahala dan keberkatan hidup pada sauadara sekeluraga atas kesabaran yang saudara dan isteri telah tunjukkan.

 

Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan z, Rasulullah bersabda:

عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ، إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ لَهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلاَّ لِلْمُؤْمِنِ، إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرٌ لَهُ، وَإِذَا أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرٌ لَهُ

“Sungguh menakjubkan urusan orang yang beriman. Sesungguhnya semua urusannya baik baginya, dan sikap ini tidak dimiliki kecuali oleh orang yang mukmin. Apabila kelapangan hidup dia dapatkan, dia bersyukur, maka hal itu kebaikan baginya. Apabila kesempitan hidup menimpanya, dia bersabar, maka hal itu juga baik baginya.” (HR. Muslim)

Wallahu a’lam.


 

–Nur Hanira Hamzah

Pentadbir/Editor, www.drzubaidi.com

6 comments

  1. salam doc…bleh sy tau kebaikan berbekam

  2. sabariah binti hj mokkeri

    salam Doc,saya nak tanya adakah pgambilan ubat clomid nier boleh mempercepatkan kehamilan dan saya sdh 1 bln tidak dtg haid..masalahnya sekarang saya sdh periksa air kencing tp 1st saya periksa tdpt 2line,lepas tuer pada awal pagi saya periksa sekali lagi tp tdpt 1 line sahaja.boleh Doc tolong jelaskan tak?

  3. FARIDHATUL Ain BAHRUDIN

    salam,,sy fully BF,,sy merancang utk ambil pil,,so pil ape yg sesuai utk fully BF n xnak gemuk

  4. W.Harisun B.Hj.W.Sulaiman

    Askm Dr..Saya W.Harisun telah mengidap penyakit kerosakan buah pinggang di tahak 3.Saya baru mengetahuinya melalui pemeriksaan doktor pakar di Hosp.besar Kuantan.Saya ingin cuba berikhtiar berubat melalui perubatan modem atau perubatan hemoapathy.Dimanakah saya boleh dapatkan rawatan yang terbaik.Terima kasih banyak atas perhatian ini.Wasallam.

  5. salam doc,
    saya nak tanya berkenaan dgn pil colmid, adakah semua org bole ambil pil ini?

Scroll To Top