Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Tanda seorang wanita mengalami endometriosis

Tanda seorang wanita mengalami endometriosis

TANDA SEORANG WANITA MENGALAMI ENDOMETRIOSIS

 

woman abdomen pain

“Salam doctor, boleh beritahu saya tanda-tanda seseorang itu mungkin mengalami masalah endometriosis?”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang  belum dikenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Terdapat teori yang memberikan penjelasan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahem melalui faraj, telah berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium, masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen).

 

Ini  menyebabkan membesar saiznya dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen.

 

Tanda-tanda seorang wanita itu mungkin mengalami endometriosis ialah apabila mereka yang mengalami masalah gangguan haid, seperti senggugut, haid yang berpanjangan dan berlebihan, atau haid yang tidak tentu masa .

 

Ini menyebabkan masalah keputihan yang mungkin akan menyebabkan:

  1. jangkitan kuman pada pangkal rahem
  2. kesukaran untuk hamil
  3. keguguran yang berulang,

 

Oleh itu apabila seorang wanita mengalami sakit senggugut yang keterlaluan pada usia muda 20an, elok menjalani pemeriksaan.

 

Antara tanda senggugut yang kuat ialah:

  1. rasa sakit yang luar biasa ketika haid dan semakin lama rasa sakit akan menjadi semakin kuat
  2. rasa sakit pada kawasan punggung terutama sekitar tulang ekor
  3. rasa sakit di bahagian bawah perut
  4. rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual atau selepas melakukannya.
  5. Rasa sakit seperti ada pergerakan usus atau rasa mahu buang air besar ketika datang haid
  6. Berlaku pendarahan yang tidak normal  di antara kitaran haid.
  7. Rasa letih dan mudah penat ketika dating haid

 

 

Selalunya rasa sakit ini berulang-ulang setiap kali haid dating dan ubat-ubat yang dibeli dari farmasi selalunya berkesan untuk seketika saja.

 

Wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: