Advertorial
Home » Doktor, Adakah Saya Hamil? » tanda seorang wanita itu subur

tanda seorang wanita itu subur

TANDA SEORANG WANITA ITU SUBUR

 

 

Kesuburan seorang wanita dan lelaki apabila seorang lelaki (suami) dapat menghamilkan seorang wanita (isteri) tanpa mendapat bantuan perubatan.

 

Ada wanita yang sekali saja melakukan hubungan intim dengan suami, terus hamil. Ada yang berkali-kali (dan bertahun-tahun) tetapi masih belum dapat menghamilkan isteri. Ada yang pula yang berjaya hamil, tetapi tidak berjaya meneruskan kehamilan akibat kekguguran.

 

Untuk menentukan seorang lelaki itu subur atau tidak, pemeriksaan air mani harus dilakukan. Jika bilangan sperma, bentuk sperma, pergerakan sperma dan tiada kecacatan DNA sperma, seorang lelaki itu dikatakan lelaki yang subur.

 

Bagi wanita, agak sukar untuk menentukan tahap kesuburan mereka. Pemeriksaan hormone, pemeriksaan struktur anatomi sistem peranakan (saluran fallopian, ovari dan rahem), pemeriksaan menentukan beliau tidak ada masalah kesihatan yang kronik seperti diabetis,dan tekanan darah tinggi atau pun masalah kesihatan yang berkaitan dengan sistem peranakan seperti endometriosis, ovarian cyst, Polycystic Ovarian Cyst (PCOS) dan pelbagai masalah lain.

 

Jadi agak rumit sedikit, jika dibandingkan dengan lelaki.

 

Ada beberapa tips bagi menentukan seorang wanita itu subur. Namun ia sangat subjektif, kerana pada setengah wanita ciri-ciri ini memang tepat dan ada pula yang tidak berapa tepat.

 

Antara tips tersebut adalah:

 

       1.Kitaran haid yang tetap pada setiap bulan

Kitaran haid yang teratur dan tetap adalah tanda seorang wanita itu berada dalam tahap kesuburan yang tinggi. Kitaran haid yang normal selalunya antara 21-35 hari.

Kitaran haid yang normal mungkin bermakna seorang wanita tidak mempunyai masalah ketidakseimbangan hormone. Namun begitu masalah kesuburan wanita bukan berkaitan dengan hormone saja. Ia juga melibatkan struktur dalam pelvis seperti saluran fallopian yang bengkok atau tersumbat  yang menjadi punca seseorang wanita mengalami masalah ketidaksuburan.

 

 

  1. Mengeluarkan lendiran jernih dari faraj dengan banyak

Ramai yang keliru berkaitan lendiran faraj. Lendiran yang normal adalah apabila lendiran yang keluar adalah berwarna jernih (bukan berwara kuning), tidak berbau busuk dan tidak menyebabkan kegatalan. Ia menunjukkan tahap kesuburan yang tinggi apabila ovari telah mengeluarkan telur (berlakukanya ovulasi) dan wanita itu sedia untuk hamil.

 

 

  1. Darah haid keluar tidak terlalu banyak

Pendarahan haid yang tidak terlalu banyak di awal kitaran haid, menunjukkan seorang wanita ini mungkin tidak mengalami masalah keseimbangan hormone. Ada wanita yang mengalami darah yang haid yang terlalu banyak pada 2-3 hari pertama dan seterusnya hanya sedikit tetapi berpanjangan melebihi 14 hari.

 

Ini menunjukkan seorang wanita mungkin mengalami masalah ketidakseimbangan hormone. Ia menyebabkan masalah sukar hamil.

 

 

  1. Mempunyai bentuk payudara yang baik

Pembentukan payudara seorang wanita semenjak kecil sangat dipengaruhi oleh hormone. Oleh itu jika seorang wanita mempunyai bentuk payudara yang besar dan menarik, ia dikatakan mempunyai tahap kesuburan yang tinggi. Sementara wanita yang mempunyai payudara yang kecil selalu dikatakan mempunyai tahap kesuburan yang rendah.

 

Pada saya ia sangat subjektif, kecuali seorang wanita yang mempunyai payudara kecil juga menunjukkan beberapa ciri kekurangan hormone wanita yang lain. Antaranya lambat mencapai usia baligh (keluar darah haid).

 

Ramai wanita yang mempnyai saiz payudara yang kecil atau sederhana tetapi tiada masalah untuk hamil.

 

 

  1. Tiada masalah senggugut yang kuat semasa kedatangan haid.

Setiap wanita mengalami ketidakselesaan pada hari pertama ketika kedatangan haid. Ia adalah normal. Namun jika rasa sakit ini ini terlalu kuat, sehingga berlangsung beberapa hari dan menyebabkan seorang wanita itu tidak boleh menjalankan tugas seperti biasa, kemungkinan beliau mengalami masalah yang lebih serius.

 

Masalah senggugut yang terlalu kuat mungkin menandakan beliau mengalami masalah lain seperti fibroid, endometriosis atau ovarian cyst. Oleh itu pemeriksaan doctor harus dilakukan bagi mengesan masalah ini.  Wanita yang subur selalunya tidak mengalami sakit di kawasan pelvis.

 

 

  1. Tiada masalah kesihatan yang kronik.

Masalah penyakit kronik seperti diabetis, tekanan darah yang tinggi atau masalah auto-immune disease selalunya menyebabkan seorang wanita sukar untuk hamil. Namun ada juga wanita yang ada masalah ini yang mudah hamil.

 

Jadi ia bukanlah tanda yang utama menunjukkan seseorang wanita tidak berada dalam tahap kesuburan yang tinggi.

 

Kesimpulannya adalah apa yang penting apabila seorang pasangan mengalami masalah untuk hamil, buatlah pemeriksaan doctor. Jaga pemakanan, amalkan aktiviti fizikal yang sederhana, kurangkan stress dan pastikan mendapat rehat yang mencukupi.

 

Semoga bermanfaat.

 

 

Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita yang baru melahirkan anak dicadangkan mengambil  Ekstrak Kacip Fatimah dikatakan dapat mengembalikan semula kesihatan wanita. Mereka juga digalakkan diambil makanan yang mempunyai banyak vitamin C dan vitamin E.

 

Boleh dapat dari wakil pengedar kami.

 

 

Dapatkan juga minyak zaitun OLIVIE dari Morocco. 

 

Boleh dapatkan Olivie, Ekstrak Kacip fatimah dan Vitamin E dar wakil-wakil kami.

 

Boleh klik pada bendera negeri tuan. http://needsvenue.com.my/Reseller/

 

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: