Tanda Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doktor. baru-baru ini anak saya berumur 5 tahun mengalami demam yang kuat. Saya telah memasukkan ubat ke dalam punggungnya bagi meredakan demam. Saya perasan ada ruam pada tapak tangannya. adakah ini yang dikatakan penyakit tangan, kaki dan mulut? Terima kasih atas pencerahan.

Wa alaikum mus salam.

Tanda-tanda jangkitan kuman virus HFMD ialah ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut.

Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD :

  • Demam Tinggi.
  • Penat dan lemah.
  • Tidak mahu makan dan kurang kencing.
  • Bernafas kencang.
  • Muntah-muntah.
  • Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
  • Sawan

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!