Advertorial
Home » Tag Archives: zinc

Tag Archives: zinc

Thyroid dan suplemen

  “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya tentang penyakit thyroid. Saya mengalami penyakit hyperthyroid sejak tahun lepas. Harap doktor dapat memberi nasihat kepada saya dan manfaat pada yang lain. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Masalah hyperthyroidisme agak kompleks dan saya hanya memberikan pandangan saja. Puan harus berbincang dengan doctor yang merawat.   Terdapat beberapa rawatan untuk hipertiroidisme yang diberikan oleh doctor, bergantung kepada umur, keadaan fizikal dan keterukan penyakit puan.   Selalunya doctor akan memberikan ubat anti- tiroid. Ubat-ubatan ini secara beransur-ansur mengurangkan tanda-tanda hipertiroidisme seperti berdebar-debar, dan rasa mudah panas badan dengan menghalang kelenjar tiroid daripada menghasilkan hormone secara berlebihan.   Antara ubat yang diberikan ialah propylthiouracil dan carbimazole. Gejala penyakit akan bertambah baik pada enam hingga 12 minggu, tetapi ... Read More »

Vitamin tambahan untuk bayi dan kanak-kanak

      “Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Saya ingin bertanya adakah anak saya perlu diberikan sebarang vitamin tambahan untuk kecerdasan otak. Ramai kawan-kawan di tempat kerja mencadangkan pengambilan vitamin tambah bagi membantu peningkatan IQ anak saya. Mereka telah memberikan dan mengatakan bahawa anak mereka bertambah cerdik. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam.   Ramai ibubapa yang mahu melihat anak-anak mereka sihat dan menjadi orang bijak.   Lebih-lebih lagi banyak produk-produk kesihatan  yang dijual dan dikatakan mampu meningkatkan IQ kanak-kanak. Produk-produk ini dikatakan mengandungi vitamin-vitamin dan mineral yang sangat berguna.   Saya tidak menghalang mana-mana ibubapa yang membeli produk-produk itu, namun ingin memberitahu bahawa majoriti pakar-pakar pemakanan mengatakan bahawa kanak-kanak tidak memerlukan vitamin tambahan untuk tumbesaran yang sihat, samada tumbesaran fizikal ataupun ... Read More »

Bolehkah lelaki yang mempunyai sperma yang cacat mempunyai anak?

  Semakin saya dedahkan permasalaah ketidaksuburan yang dihadapi oleh para lelaki dalam FB, semakin rami pula yang bertanya. Pada saya ini adalah perkembangan yang baik kerana lelaki mula memberikan perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi.   Selama ini hanya sebilangan kecil lelaki yang ambil peduli tentang masalah ‘sukar mendapat anak’ dan sering menyalahkan pihak perempuan dalam hal ini. Padahal hal mendapat anak ini memerlukan usaha suami dan isteri.   Ada seorang lelaki yang bertanya kepada saya, “apakah rawatan yang terbaik untuk lelaki yang mempunyai sperma yang cacat..”   Saya agak  keliru apabila beliau menggunakan istilah ‘’cacat”. Rupanya doctor yang merawat beliau yang memberikan istilah itu bagi menggambarkan struktur morfologi spermanya tidak normal. Bentuknya berbeza, tidak serupa dengan sperma yang normal.   Sebenarnya istilah yang biasa dalam dunia perubatan digunakan ialah ... Read More »

Panduan untuk hamil selepas usia 35 tahun

    Lelaki dan wanita yang baru mendapat jodoh dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka harus melakukan lebih banyak usaha. Ini kerana tahap kesuburan mereka semakin menurun dan memerlukan lebih banyak suplemen untuk mengekalkan kesuburan mereka.   Kesuburan yang rendah akan menyebabkan kehamilan semakin sukar dan mengambil lebih banyak masa.   Ramai pasangan yang sudah berumur 35 tahun ke atas yang berputus harap. Padahal kebanyakan mereka masih berpeluang untuk menimang cahaya mata sendiri asalkan terus berusaha dan berdoa kepada ALLAH.   Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.   “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya  mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah Asy-Syura: 50)   Selagi belum cukup usaha kita, ALLAH akan menangguhkan kurniaanNYA. Inilah ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!