Advertorial
Home » Tag Archives: zakar (page 9)

Tag Archives: zakar

Mudah hamil pada usia 35 tahun ke atas

MUDAH HAMIL PADA USIA 35 TAHUN KE ATAS         “Salam doctor. Saya telah berusia 35 tahun dan suami pula 40 tahun. Kami telah berkahwin selama setahun dan belum lagi dikurniakan zuriat. Mohon penjelasan doctor mengenai masalah saya. Bolehkah doctor berikan tips agar saya mudah hamil? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Seorang wanita berumur 35 tahun yang ingin hamil, bukanlah suatu perkara yang sukar. Yang paling utama ialah usaha dengan cara yang betul, banyakkan berdoa dan bersedkah. Insha ALLAH ia bukan menjadi satu yang mustahi.   Antara tips yang mungkin boleh saya kongsikan ialah:   1. KETAHUI WAKTU SUBUR   Ramai yang menyangka bahawa seorang wanita itu sentiasa subur kerana mempunyai kitaran haid yang teratur setiap bulan. Namun apa yang perlu diketahui iaitu seorang wanita ... Read More »

Bolehkah saya hamil walaupun tidak datang haid?

  BOLEHKAH SAYA HAMIL WALAUPUN TIDAK DATANG HAID?   “Assalamualaikum doctor, saya ingin tanya, adakah saya berpontensi untuk hamil walaupun saya tidak  datang haid? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ia bergantung pada punca tidak datang haid. Jika dari awal tidak pernah mengalami haid, memang terlalu sukar dan hampir mustahil untuk hamil kerana terdapat masalah dalam sistem reproduktif puan.   Tetapi jika pernah mengalami haid, tetapi kitaran haid puan sekarang tidak teratur puan masih lagi boleh hamil walaupun agak sukar sedikit.   Semakin panjang masa untuk puan tidak mengalami haid, semakin sukar peluang puan untuk hamil kerana masalah kitaran haid yang tidak teratur selalunya berkaitan dengan tidak mengalami ovulasi.   Tidada ovulasi bermakna puan tidak mengeluarkan benih perempuan, ovum setiap bulan, dan sudah tentu persenyawaan tidak ... Read More »

Pendarahan akibat ketumbuhan polyps semasa hamil

PENDARAHAN AKIBAT KETUMBUHAN POLYPS SEMASA HAMIL   “Salam doctor, saya berumur 37 tahun, hamil kali pertama. Sewaktu saya umur kehamilan saya 19 minggu saya mengalami pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan memberitahu saya bahawa uri saya berada di bahagian atas. Jadi pendarahan saya alami bukanlah disebabkan oleh masalah uri di bahagian bawah.   Semenjak itu saya kerap mengalami pendarahan dan ketika usia kehamilan saya berusia 21 minggu, doctor mendapati ada  ketumbuhan polyp yang bertangkai.   Adakah ketumbuhan polyp ini bahaya, doctor? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah yang puan alami sebenarnya jarang berlaku. Namun ia bukanlah suatu yang berbahaya pada diri dan bayi dalam rahem.   Namun begitu ia sangat merunsingkan kebanyakan ibu yang hamil kerana ia menyebabkan pendarahan ketika hamil.   Ketumbuhan polyp ... Read More »

Punca sakit belakang ketika hamil

  “Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.   Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.   Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan postur dan menyebabkan puan berasa sakit pada bahagian belakang.   Jika puan mengangkat barang yang berat, sakit belakang akan bertambah anda.  Dibimbangi posisi yang tidak seimbang menyebabkan tekanan pada ... Read More »

Fordyce Spots

  “Salam, doktor. Apakah rawatan terbaik untuk penyakit FORDYCE SPOTS pada bibir dan mulut. Mohon pencerahan. Terima kasih”   Fordyce Spot atau Fordyce Disease sebenarnya adalah kelompokan kelenjar yang mengeluarkan lendiran sebum (minyak)  yang kelihatan jelas pada penglihatan kasar.       Ia berlaku pada kulit kemaluan (batang zakar dan sekitar clitoris) dan bahagian sekitar bibir.     Ia tidak berjangkit, bahkan ianya berlaku secara semulajadi apabila kelenjar-kelenjar ini menjadi aktif mengeluarkan sebum (minyak).   Ramai yang berjumpa doctor kerana bimbang dan keliru jika ia adalah tanda kanser atau jangkitan penyakit kelamin.   Dalam beberapa keadaan, kelenjar ini membesar sehingga boleh mengeluarkan lendiran berminyak.   Oleh kerana kebanyakan doctor menganggap bahawa ia adalah berlaku secara semulajadi, maka doctor tidak memberikan rawatan kecuali jika individu itu terlalu risau dengan penampilannya.   ... Read More »

Beli katiL urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari inframerah  dan teknik chiroparactic (tulang belakang).   Teknik  urutan yang digunakan berdasarkan kepada pronsip rawatan perubatan timur Chi. Dalam tubuh manusia ada aliran chi. Jika aliran chi ini tidak disekat, ... Read More »

Sperma yang berkualiti rendah

  “Assalamu alaikum, doktor, baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan air mani. Doktor mengatakan sperma saya rendah kualitinya sehingga menyebabkan isteri saya sukar dihamilkan. saya sangat sedih dan terkejut. Apa yang dimaksudkan sebagai sperma yang berkualiti rendah?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Sperma dibentuk di dalam organ testis, iaitu telur zakar. Pembentukan sperma bermula apabila seorang remaja mencapai akhil baligh sehingga usia tua.   Pada lelaki yang sihat, sperma dihasilkan  sebanyak 300 juta sehari, dan mampu bertahan hidup selama 48 jam setelah ditempatkan di dalam vagina.   Secara amnya, isipadu  air mani seorang lelaki apabila berlakunya  ejakulasi adalah 2.5 sampai 6 ml, dan  jumlah sperma yang dipancutkan  adalah 40-100 juta per ml.   Sperma  matang masak mempunyai stuktur  :   1.  Kepala,  yang  mengandung pati  nukleus yang penuh  dengan kromosom dan ... Read More »

Rasa jantung berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit.   Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang kurang dari 60 seminit dinamakan ‘bradycardia’.   Antara punca yang tidak berbahaya ialah masalah dehidrasi (kurang minum air) menyebabkan elektrolit dalam darah yang tidak seimbang. Ketidakseimbangan ... Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

  “Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk memberikan lebih banyak buah, serat dan jus buah-buahan.   Kanak-kanak yang makan banyak makanan ringan, dan makanan yang rendah serat dan tinggi lemak, boleh mengalami masalah sembelit yang kronik. ... Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi.   Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan menggunakan air suam, karena air sejuk boleh menyebabkan bayi mengalami hipotermia. Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun ... Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya dengan kaki yang besar seperti gajah.   Penyakit untut disebabkan jangkitan cacing parasit Wuchereria bancrofti, Brugia malayi dan Brugia timori yang sangat halus, hidup dalam persekitaran panas lembap seperti negara ... Read More »

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” (Surah Al-Nahl 16:78)   Bayi itu dinamakan Rumaisa Rahman, dilahirkan oleh ibunya yang berumur 23 tahun, secara pramatang pada usia kelahiran ... Read More »

Pelembap penting untuk kulit eczema

      “Salam doctor, saya mula mengalami penyakit kulit, iaitu kulit saya menjadi kering dan gatal pada lipatan siku dan lutut. Ia mula menjadi teruk apabila saya mengambil makanan laut dan telur. Doktor hanya memberikan kream kurangkan gatal. Adakah kream ini berkesan, doctor?”     Wa alaikum mus salam.   Saya percaya puan mungkin sedang mengalami penyakit eczema.   Eczema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami radang dan kegatalan. Tiada ubat yang khas bagi merawat masalah ini. Hanya dengan meberikan penjagaan kulit yang baik akan membantu menyembuhkannya.   Apabila kulit puan menjadi kering, masalah yang berlaku ialah bukan masalah kekurangan  minyak pada lapisan kulit, tetapi mengalami kekurangan air.   Oleh itu pesakit perlu berusaha untuk mengekalkan lapisan air di bawah kulit. Ini akan mengelakkan ... Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

  “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama.   Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.   Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan  doktor. Namun saya mengucapkan syukur kerana ahli farmasi hari ini sangat prihati dan berhati-hati memberikan sebarang ubatan kepada pembeli, terutama untuk bayi.     ... Read More »

KESAN JANGKITAN KEPUTIHAN PADA SUAMI

  “ Assalamualaikum doctor. Baru-baru ini saya ada melakukan pemeriksaan papsmear dan doktor memberitahu bahawa saya mengalami jangkitan fungal candida. Beliau memberikan saya ubat antibiotik tapi saya takut ubat itu tidak berkesan.Jika fungal itu masih berada di situ, adakah ia akan membahayakan diri saya? Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam.   Jangkitan candida akan menyebabkan puan mengalami lendiran yang agak berbau busuk dan lendiran faraj itu berbentuk seperti susu basi dari faraj.   Ia menyebabkan kegatalan pada faraj dan sekitar kemaluan. Ia berpunca kerana puan telah mengalami jangkitan fungal pada faraj yang disebut sebagai Vaginal Candidiasis, atau thrush, adalah disebabkan oleh fungus jenis Candida albicans.     Lendiran yang melekit, berbau dan menyebabkan kegatalan akan menyebabkan puan akan merasa tidak selesa.   Selalunya jika puan sihat dan tidak mengalami penyakit yang ... Read More »

Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

  “Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”   Itu  adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook.   Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar.   Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.   Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar. Selain itu najis mereka kelihatan kering, keras, berbiji-biji seperti biji kacang. Kentut dan najis juga mungkin berbau lebih busuk.   Dalam ... Read More »

Kesan Positif Kacip Fatimah terhadap PCOS

  “ Saya sudah mendirikan rumahtangga selama 8 bulan. Baru-baru ini saya disahkan mengidap policycstic ovarian disease pd kedua-dua belah ovary. Bolehkah saya dirawat?”     Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah penyakit hormon melibat sistem reproduktif wanita, kerap berlaku di kalangan wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka.   Punca sebenarnya PCOS masih lagi tidak jelas, namun ramai pakar perubatan memberitahu bahawa penyakit PCOS ini berkaitan dengan penyakit keturunan yang bermula dari masalah genetic. (x-linked dominant). (Lihat: Clinical gynecologic endocrinology and infertility Speroff L, Fritz MA. 7th ed. Philadelphia: Lippincott Williams and Wilkins; 2004. pp. 470–83).   Bagaimana diagnose PCOS diberikan kepada pesakit? Pesakit yang mengalami PCOS sekurang-kurangnya mempunyai dua ciri dari tiga ciri yang berikut: 1.hyperandrogenism (lebihan hormone lelaki) 2.oligo and/or anovulation (kitaran haid yang tidak menentu dan ... Read More »

Ubat Zyrtec dan Kehamilan

“Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?”   Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya dan saya berpendapat eloklah penerangan saya dikongsikan agar dapat dimanfatakan oleh ramai wanita-wanita hamil yang mengalami masalah yang sama.   Zyrtec® (cetirizine hydrochloride) adalah ubat antihistamine yang biasa digunakan dan telah disahkan berkesan untuk merawat masalah alahan termasuk selsema. Ia dijual di farmasi tanpa preskripsi doctor. Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih mudah mengalami masalah ini kerana perubahan hormone yang menyebabkan penghasilan lebih banyak lendiran (mucous) terutama di saluran pernafasan, terutama hidung dan tekak.   Saya tidak menggalakkan pengambilan ubat ketika hamil, ... Read More »

Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

  Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku.   Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama.   “Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam”   Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar.   Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu.   Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk anak mereka yang demam dan selsema.   Sebenarnya menggunakan antibiotic bukanlah rawatan yang berkesan untuk merawat demam, selsema dan batuk akibat serangan virus. Ini kerana virus tidak dapat dikawal dan ... Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti doktor lain sebelum ini. Dr kerajaan meminta saya datang lagi untuk pemeriksaan scan pada 07.12.2012. Persoalan saya ialah mengapa ianya terjadi? Adakah saya masih di kira hamil walaupun hanya kantung ... Read More »

Kekeringan faraj ketika hubungan intim

“Assalamu alaikum. Terlebih dahula saya mohon maaf kerana soalan saya agak sensitive. Oleh kerana masalah ini agak besar, saya harap doctor dapat menjawabnya dengan lapang dada. Saya berumur 43 tahun dan mempunyai 5 orang anak. Masalah saya ialah saya tidak seronok lagi untuk melayan suami saya di ranjang. Setiap kali suami saya menghampiri saya, saya rasa trauma dan fobia. Ini kerana setiap kali beliau memasukkan batang zakarnya, saya merasai sakit. Saya telah memberitahu hal ini kepada beliau, tapi beliau agak tidak perduli dan tergopoh-gapah. Setiap kali lepas bersama saya akan merasa sakit ketika mandi membersihkan kemaluan atau sedang kencing. Bagaimana saya dapat mengatasi masalah ini, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya harap puan bersabar dengan ujian ini. Puan harus segera mencari penyelesaiannya kerana ia melibatkan hubungan suami dan isteri. Jika ... Read More »

Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tetapi Ujian UPT Negatif?

Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil). Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat  darah haids tidak datang pada waktu yang sepatutnya, mereka amat mengharap agar mereka hamil. Apatah lagi mereka mula mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, muntah dan pening. Saya selalu membaeritahu bahawa mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, letih dan ... Read More »

Prenatal Vitamin Mana Yang Perlu Dibeli?

Ramai wanita hamil yang agak keliru tentang penggunaan multivatimin yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang memberikan pelbagai pilihan kepada mereka. Saya sendiri tidak pernah mengesyorkan mana-mana jenama. Mereka boleh memilih apa saja jenama asalkan ia mengandungi vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan wanita hamil. Bekalan tambahan (suplemen) vitamin untuk wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. Ia berlainan dengan mana-mana suplemen vitamin yang biasa untuk orang dewasa yang tidak hamil, kerana dosnya berbeza. Suplemen ini boleh didapati dari beberapa pil yang berlainan atau dalam satu set multivitamin yang diformulakan khas untuk wanita hamil. Pengambilan suplemen prenatal vitamin memang digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil, kelahiran pramatang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan. Ia juga memberikan kekuatan dan membantu wanita hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang ... Read More »

Hormone Progestrone dan Kesuburan

Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi. Seorang rakan FB bertanya pada saya. “Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali” Begitu juga seorang lagi. “Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah saya boleh dikurnikan anak?” Saya sebenarnya bukanlah orang yang terbaik menjawab soalan-soalan ini, namun saya cuba membantu menjelaskan masalah yang dihadapi. Berbincanglah dengan doktor pakar kesuburan mengenainya. Di antara punca ... Read More »

Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?

Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?

“Hamil lagi..??!!” “Ish abang ni. Macam tak percaya pulak. Yang buat saya mengandung adalah abang. Abang jangan buat-buat tak percaya pulak”. Saya nak tergelak mendengar perdebatan suami-isteri itu. “Doktor, macam mana ni, anak saya baru masuk umur satu tahun. Masih lagi menyusu badan.” keluh si isteri. “Maaf puan, saya tak buat pengguguran bayi. Saya takut dosa. Lagi pun perkara ini sepatutnya boleh dielakkan kalau puan dan suami merancang. Lainlah kalau kehamilan puan mengancam nyawa..” “Habis macam mana doctor?” “Teruskan saja kehamilan ini. Jika puan rasa berat untuk membesarkannya kerana tekanan ekonomi, saya boleh bantu dengan mencari ibu bapa angkat untuk anak puan nanti” “Tapi saya masih menyusukan anak…” dia membantah. “Tidak ada masalah. Sepanjang pengetahuan saya kehamilan puan yang lepas adalah normal. Insya Allah puan boleh meneruskan penyusuan dan kehamilan ... Read More »

Penjagaan Gigi Semasa Hamil

“Doktor, saya sedang hamil. Saya mendengar dari kawan-kawan, bahawa pemeriksaan gigi tidak boleh dilakukan semasa hamil. Saya bimbang dengan ubat bius dan ubat penahan sakit yang diberikan. Harap doktor dapat memberikan komen” Saya sering mendapat pertanyaan-pertanyaan sebegini. Banyak informasi yang salah dan ada kalanya mengelirukan kerana mendengar kata kawan-kawan. Saya cuba menjernihkan kekeliruan ini dengan memberikan penerangan dalam blog ini, semoga ianya bermanfaat. Ramai wanita yang hamil mempunyai masalah gusi dan gigi kerana gusi mereka mudah menjadi bengkak, mudah berdarah dan makanan yang dimakan mudah terselit di antara gigi dan gusi. Ini semua disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Oleh itu lakukanlah pembersihan gigi dan pemeriksaan dental setiap tahun walaupun sedang hamil. Ia selamat, malah digalakkan. Ada beberapa kajian yang mengaitkan jangkitan di dalam mulut dan gusi pada wanita hamil ... Read More »

Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda

“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat pada dinding dalam rahem. Uri disambungkan kepada bayi melalui satu bukaan pada abdomen bayi melalui tali pusat. Itulah perlambangan hubungan erat antara ibu dan anak. Apabila telah melahirkan, seorang ibu ... Read More »

Kegatalan Kulit Semasa Hamil

Saya merasa kasihan pada ibu yang hamil apabila mereka mengalami alahan teruk ketika hamil. Ada kalanya kulit mereka menjadi kering, beruam merah dan adakalanya terdapat bekas-bekas cakaran dan garu akibat kegatalan yang mengganggu. Ramai juga yang berasa agak bimbang untuk memakan ubat yang diberikan kerana sayangkan kesihatan anak yang dikandung. ”Teruk dugaan saya pada kehamilan yang lalu. Kulit saya tumbuh biji-biji gatal. Sepanjang malam saya menggarunya” keluh seorang wanita yang hamil. ”Saya sudah kurangkan makan seafood, kacang dan telur.Tapi masih lagi gatal, doc” Bagi yang menghidap masalah alahan kulit, tentu keadaan mereka menjadi bertambah teruk. Rajin-rajinlah menyapu pelembap jika kulit telah menjadi kering dan merasa gatal. ”Kenapa adik perempuan saya tidak mempunyai masalah kegatalan semasa hamil?” Kegatalan kulit ketika kehamilan adalah sesuatu yang sukar dirawat. Apatah lagi ada beberapa jenis ... Read More »

Bila Masa Sesuai untuk Mendapat Anak Kedua?

Semenjak balik dari kursus keibubapaan yang diadakan baru-baru ini, saya berasa berkobar-kobar untuk berkongsi input-input yang boleh memperkasakan kita sebagai ibubapa. Sebelum ini saya mendengar frasa “membesarkan keluarga, meramaikan umat, memperbanyakkan zuriat”…dan pelbagai retorik lagi yang disebut-sebut oleh penceramah lelaki. Apabila saya memandang pada realiti masyarakat, saya mendapati bahawa ianya suatu yang ‘indah khabar dari rupa’. Terlalu ramai anak-anak Islam yang tidak dibentuk menjadi tunjang kekuatan Islam malahan ramai pula yang menjadi sampah masyarakat. Saya tidak pasti sama ada semua ini adalah laungan keegoaan lelaki untuk membuktikan ‘kejantanan’ mereka atau mengikuti sunnah? Apakah selama ini Islam mengajar kita agar mementingkan kuantiti dari kualiti? Saya mendapati Rasulullah s.a.w juga tidak mempunyai ramai anak sampai berbelas-belas. Saya belum mendengar kata-kata ulamak yang membenarkan umat Islam ramai tetapi menjadi bangkai tidak bernyawa akibat ... Read More »

Bahaya Kencing Kotor Bagi Ibu Hamil

BAHAYA KENCING KOTOR BAGI IBU HAMIL Pada hari itu, Pusat Kesihatan Ibu dan Anak yang merawat dan menyaring ibu yang hamil bermasalah, penuh. Dari tempat parking kereta, ruang menunggu, ruang farmasi sehingga ke toilet, semuanya penuh sesak.   Para ibu beratur di pintu toilet menunggu giliran mereka untuk kencing dalam bekas urine container. Air kencing kemudiannya di hantar ke makmal kecil untuk pemeriksaan sebelum dipanggil oleh doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. ”Apa pasal doktor ni menyusahkan kita? Kalau tak periksa air kencing, tak boleh ke? Ini nak masuk toilet pun beratur macam anak itik” rungut seorang ibu muda. “Alah ikut je lah arahan doktor…” ”Saya bukannya ada kencing kotor. Kalau tak sakit, tak payah lah periksa kencing!” Suara wanita itu menegakkan hujahnya. Menyusahkan. Itulah kata-kata kekecewaan yang diluahkan. Namun penggunaan perkataan ... Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

  Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia difikirkan perlu oleh doctor. Kali ini saya menumpukan isu ubat batuk dan kesannya pada kehamilan. Saya mengharapkan ianya akan mengurangkan kebimbangan yang dihadapi oleh bakal-bakal ibu yang masih berada di ... Read More »

Peluh Berlebihan dan Bau Badan

Peluh Berlebihan dan Bau Badan

  ”Baguslah kalau kita selalu berpeluh. Itu tandanya kita sihat, betul tak doktor?” Saya hanya mendiamkan diri. Berfikir laju tentang berpeluh dan sihat. Orang yang sihat selalunya berpeluh kerana bersenam. Orang yang berpeluh, tanpa bersenam adakah beliau sihat? Saya memutarkan ayat 180 darjah. Seorang rakan FB pula bertanya “Apa yang harus saya buat, tangan saya ni kerap berpeluh. Segan nak bersalam denga pelanggan dan kenalan baru” “Doktor, kalau saya makan pedas, mesti saya berpeluh. Itu tanda saya sihat ke berpenyakit?” ”Suami saya beratnya 110kg, selalu berpeluh. Bau badannya masam memalukan!. Tolong minta nasihat, doktor” Itu semua soalan yang biasa saya dengar. Namun satu soalan yang membuatkan saya terpinga-pinga ialah “Bila saya masuk bilik stor (yang gelap dan sempit) tu, saya terus berpeluh-peluh macam orang berlari doktor. Saya rasa bilik stor ... Read More »

Kecederaan Kepala Kanak-kanak dan CT SCAN Otak

Saya pernah ditanya oleh seorang ibu muda yang membawa anaknya yang baru belajar bertatih. Beliau bertanyakan tentang kesan sampingan terhadap ‘kecederaan’ kepala pada anaknya seminggu yang lalu. Bila saya meminta beliau menerangkan lebih jelas mengenai ’kecederaan’ itu, beliau memberitahu hanyalah benjol kecil di dahi dan telah pun hilang. Berapa minggu selepas itu saya mendengar seorang rakan memberitahu ada satu kes yang dibawa ke hospital di mana seorang kanak-kanak berusia 3 tahun jatuh dari katil bertingkat dan meninggal dunia sebaik saja sampai di hospital. Kecederaan pada kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke bawah amat kerap berlaku. Baru-baru ini saya merawat dua orang kanak-kanak yang cedera ketika bermain sesama sendiri. Seorang luka di dahi dan seorang lagi luka di dagu. Saya sendiri pernah luka di kening kiri ketika berumur 5-6 tahun ketika ... Read More »

Kerap Kencing

KERAP KENCING Seorang pesakit bertanya “Saya mengalami perasaan untuk membuang air kecil (kencing) berterusan. Saya tidak pernah rasa leakage (terlepas air kencing akibat tak dpat dikawal), pemeriksaan air kencing UFEME dan urine culture juga telah saya lakukan apabila berjumpa doctor dan didapati ianya normal. Apa masalah saya doktor? “ Oleh kerana semua ujian telah dilakukan, puan kemungkinan tidak mempunyai masalah pada stuktur saluran kencing atau masalah jangkitan kuman. Masalah saluran kencing puan mungkin disebabkan oleh masalah fungsi yang kita namakan ”Overactive Bladder” yang mana kerap berlaku pada wanita. Apa yg berlaku adalah pengecutan (contraction) pada pundi kencing puan tanpa ransangan yg bisanya berlaku apabila pundi penuh. Selalunya apa yang dirasa ialah rasa hendak kencing (rasa pundi kencing penuh) tetapi bukanlah sakit yang teruk. Kemudian puan melepaskan kencing dan merasa lega. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!