Advertorial
Home » Tag Archives: zaid

Tag Archives: zaid

Cara menguruskan kemarahan

CARA MENGURANGKAN KEMARAHAN   Salah satu cara untuk mengawal kemarahan , selain kita mengingati ALLAH SWT dan mengambil wudhu’, ialah dengan cara mengamalkan “konsep diam dan berfikir “.   Konsep ini adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan dengan cara rasional. Dengan ini kita dapat berfikir secara rasional tentang diri kita. Oleh itu, konsep ini sangat membantu diri menjadi rasional semasa marah.   Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:   1) Diam   2) Berfikir     Langkah yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.   Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.   1. Mengapa aku perlu marah?   2. Apakah kesan kemarahan ... Read More »

Boleh suntik ubat penahan sakit dua kali dalam sehari?

BOLEH SUNTIK UBAT PENAHAN SAKIT DUA KALI DALAM SEHARI?   ” Salam doktor, ibu saya jatuh di bilik mandi. Bila saya bawakan ke klinik, doktor memberikan suntikan penahan sakit. Rasa sakit telah berkurang tetapi ibu saya masih tidak mampu menahan kesakitan. Bolehkah saya bawa ke klinik semula untuk satu lagi suntikan? Jika tidak boleh disuntik, bilakah tempoh perlu djarakkan dengan tarikh suntikan yg pertama tu. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya tiada bezanya sama ada disuntik atau dimakan melalui mulut (untuk ubat berbentuk tablet, kapsul atau cecair).   Ubat yang disuntik lebih cepat masuk ke dalam sistem tubuh kita, berbanding dengan ubat yang dimakan. Suntikan ke dalam saluran darah (intravenous) lebih cepat dari suntikan ke dalam otot (intramuscular).   Masa yang diambil untuk voltaren memberikan ... Read More »

Kencing tidak lawas

KENCING TIDAK LAWAS     “Salam doctor. Saya mohon doctor menjawab persoalan saya ini. Saya sangat risau kerana abah saya sakit, sedangkan saya sedang menduduki peperiksaan. Abah saya asyik kembung perut, sakit angin, dan kencing tak lawas. Masalahnya dia tidak mahu pergi hospital. Bolehkah saya ikhtiar dengan sakanjabeen, kerana dia juga menghidap penyakit darah tinggi juga. Terima kasih”   WALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya agak sukar saya menjawab soalan ini kerana saya tidak mengetahui biodata diri pesakit, terutamanya umur dan sejarah rawatan sebelum ini. Masalah yang dihadapi oleh bapa juga diberitahu hanya secara ringkas.   Saya mencadangkan, jika dia tidak mahu ke hospital, boleh bawa dia ke Pusat Kesihatan Kerjaan atau mana-mana klinik swasta bagi memeriksa masalah yang dihadapi oleh beliau.   Ramai yang keliru dengan kencing tidak lawas dengan ... Read More »

PCOS dan Rahem Terbalik

PCOS DAN RAHEM TERBALIK     “Assalamualaikum Doktor. Saya Sabirah. Berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya telah didiagnos mempunyai PCOS dan juga mengalami retroverted uterus. Saya juga ada membaca dari blog-blog mengenai kedua penyakit ini. Namun saya mempunyai sedikit kemusykilan mengenai kedua penyakit ini. 1) adakah PCOS berhubungkait dengan retroverted uterus? 2) adakah retroverted uterus berhubungkait dengan masalah usus/penghadaman? Untuk makluman doktor, saya juga mempunyai masalah sembelit dan kembung perut yang berpanjangan. Jujurnya setelah membaca pelbagai cerita di blog, saya rasa seolah-olah hidup saya sampai disini sahaja. Majlis perkahwinan yang bakal berlangsung juga saya rasa nak batalkan. Saya betul-betul perlukan pencerahan dan motivasi. Harap doktor mampu memberikan pencerahan. Sekian, Terima Kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya harap cikpuan tidak berputus asa dengan ujian yang diberikan kepada puan. ALLAH ... Read More »

ketika ujub menyelimuti hati

KETIKA UJUB MENYELIMUTI HATI Assalamualaikum, Sekadar perkongsian bersama sebelum solat terawih…..   Penyakit ujub ialah perasaan kagum dan bangga diri dengan kelebihan dan kebaikan yang dimilikinya. Ia adalah muqaddimah kepada takabbur(sombong/angkuh) apabila dia mula membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain. Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyah rahimahullah (691H1270M) berkata dalam nasihatnya; “Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur.” “Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak bepuasa dengan tatapan menghinakan.” “Jika Allah memudahkan bagimu pintu utk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan.” “Jika Allah mudahkan pintu rezeki bagimu, maka janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yg mengejek dan mencela. Kerana itu adalah titipan Allah yang kelak akan dipertanggungjawabkan.” “Jika Allah mudahkan pemahaman agama ... Read More »

Anak meninggal ketika lahir, adakah ubat menghenti susu menghalang kesuburan?

ADAKAH BROMOCRIPTINE MENGGANGGU KESUBURAN     ” salam dr. Saya berumur 26thun, dan telah melahirkan anak. Malangnya anak saya telah meninggal dunia dan dapat hidup selama 2jam akibat kecacatan semasa lahir yang telah didiagnosa lebih awal. Saya diberikan sejenis ubat berhenti susu. Adakah ubat berhenti susu itu boleh menyebabkan saya lambat utk hamil lagi? Mohon penecerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan takziah terhadap apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH kepada puan. Banyakkan bersabar dan semoga ALLAH berikan ganti yang lebih baik. Hanya ALLAH yang tahu hikmah di sebalik apa yang berlaku.   Saya percaya doktor telah memberikan ubat bromocriptine yang selalunya diberikan kepada wanita yang mempunyai susu yang banyak agar dapat menghentikan susu. Ini kerana susu ibu yang dihasilkan tidak dapat diberikan kepada anak puan. Susu ibu ... Read More »

Air Ketuban yang banyak

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi puan berkaitan sama ada air ketuban itu terlalu banyak atau terlalu sidikit. Jadi puan tidak perlu risau. Ini kerana jumlah air ketuban yang maksima adalah pada usia kehamilan tujuh hingga ... Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis Rasulullah SAW: Maknanya: “Berqailulahlah kamu semua, kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.” (Abu Nu’aim di dalam al-Tibb) Dalam hal ini, Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani menghukumnya sebagai HASAN di dalam Sahih al-Jami’ ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!