Advertorial
Home » Tag Archives: youtube (page 4)

Tag Archives: youtube

Benarkah suntikan epidural boleh menyebabkan sakit belakang yang kronik?

BENARKAH SUNTIKAN EPIDURAL BOLEH MENYEBABKAN SAKIT BELAKANG YANG KRONIK?       “Salam doctor. Saya mempunyai anak berumur 2 tahun. Semasa melahirkan anak saya secara pembedahan Caserean, saya mendapat bius setengah badan iaitu suntikan di belakang saya. Ketika suntikan di tulang belakang, rasa ada merasa sakit sikit. Selepas pembedahan, ketika berada di rumah, saya mula mengalami sakit belakang di bahagian tempat disuntik sehingga sekarang. Adakah saya suntikan epidural boleh menyebabkan saya mengalami rasa sakit belakang. Mohon pencerahan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya banyak menerima soalan seumpama ini.   Selepas melahirkan anak melalui pembedahan Caserean dengan bius epidural, seseorang wanita itu mungkin mengalami rasa sakit pada bahagian tulang belakang yang disuntik itu.   Kesakitan ini hanya bersifat sementara. Rasa sakit ini akan hilang dalam masa beberapa ... Read More »

Apa pilihan selain pembedahan tulang belakang untuk pesakit spinal stenosis?

APA PILIHAN SELAIN PEMBEDAHAN TULANG BELAKANG UNTUK PESAKIT SPINAL STENOSIS?     “Asalamualaikum Doktor,  saya mengalami masalah sakit pinggang pada tahun lalu semasa mengangkat barang di tempat kerja. Saya terus mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Doktor di situ mengesyorkan saya membuat pembedahan untuk memasang plate dengan kos RM20,000. Saya menangguhkannya kerana bimbang akan kesan jangka masa panjang. Setelah itu saya hanya mendapatkan rawatan fisioterapi. Pada tahun ini, kesakitan merebak ke bahagian leher dan memerlukan saya memakai penyokong leher. Rasa sakit ini merebak ke bahagian bahu, tulang belakang hingga ke kaki. Kadangkala sakitnya seakan mencucuk-cucuk. Laporan MRI tulang belakang saya menyatakan: 1. ”Postero central disc protrusion at L3/L4, L4/L5 and L5/S1. Severe narrowing of the neural foramine.” 2. “Posterior bulge of C4/5, C5/6 and C6/7 disc that moderately indent the central ... Read More »

Meredakan sakit belakang tanpa ubat

MEREDAKAN SAKIT BELAKANG TANPA UBAT       “Salam doctor. Saya mula mengalami sakit belakang kerana saya mempunyai berat badan yang berlebihan. Saya juga bekerja duduk sepanjang waktu kerja saya. Apabila saya ke klinik, saya sering diberikan ubat penahan sakit. Ada tak cara lain untuk mengurangkan sakit belakang, kerana pernah satu ketika sedang saya cuba mengangkat anak saya berumur 2 tahun yang terjatuh di atas lantai, tiba-tiba saya mendapat sakit pinggang yang kuat. Terima kasih atas nasihat”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kita sering mengalami rasa sakit belakang. Tidak kiralah sama ada disebabkan oleh struktur di sekeliling tulang belakang seperti  otot, ligamen atau tulang belakang itu sendiri.   Ada kalanya sakit belakang seolah-olah menangkap pada bahagian pinggang secara tiba-tiba, sehingga kita rasa terkedu dan tidak boleh bergerak.   Apa ... Read More »

Bolehkah hamil ketika melakukan hubungan intim ketika haid

BOLEHKAH HAMIL KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM KETIKA HAID   “Salam, doctor. Bolehkah saya hamil ketika saya melakukan hubungan intim sedang saya mengalami haid?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Untuk hamil, seorang wanita itu haruslah berada dalam tempuh subur, iaitu ketika telur wanita ovum keluar dari kelenjar ovary. Proses ini dinamakan ovulasi.   Kemudian ia disenyawakan oleh sperma yang dikeluarkan dari alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan intim.   Pada kebiasaannya telur ovum tidak akan dikeluarkan ketika seorang wanita sedang mengalami haid. Tetapi proses ovulasi boleh berlaku pada awal dalam kitaran anda, terutamanya jika seorang wanita itu mempunyai kitaran haid yang singkat.   Setelah dikeluarkan (dipencutkan), sperma boleh bertahan sehingga lima hari dalam rahem. Jadi  jika seorang wanita itu melakukan hubungan seks semasa haid dan mengalami ovulasi beberapa hari kemudian, ... Read More »

Kandungan gula tinggi dalam darah ketika hamil, perlukah rawatan insulin

KANDUNGAN GULA TINGGI DALAM DARAH KETIKA HAMIL, PERLUKAH RAWATAN INSULIN?     “Assalamualaikum Doktor. Saya telah disahkan hamil dan usia kehamilan saya sekarang adalah 7 minggu. Setelah membuat ujian darah seperti biasa, doktor memberitahu kandungan gula dalam darah tinggi (1st blood test) iaitu 164. Dan telah dirujuk kepada doc internal medicine. Setelah mengambil ujian darah 2hpp doc memberitahu hasil ujian 2 bulan lepas menunjukkan glucose  tinggi.   Untuk ujian kali ke3 iaitu selepas berpuasa hasil menunjukkan 114. Doc suggest saya mengambil insulin on the spot for the sake of my baby. Tp saya takut untuk mengambil insulin walaupun dibekalkan dgn insulin dirumah sehingga usia kandungan 37wks   Sekarang saya berada dalam keadaan tertekan. Dan berusaha untuk mengawal pemakanan. Persoalan saya bolehkah saya mengawal pemakanan atau apakah makanan yang saya boleh ... Read More »

UPT mulanya negatif kemudian positif. Adakah saya hamil?

UPT MULANYA NEGATIF KEMUDIAN POSITIF. ADAKAH SAYA HAMIL?   “Salam doktor. Saya harap doktor dapat membalas email saya ni. Saya ingin bertanya pasal pregnancy test kit. Beberapa hari lepas saya ada  buat ujian UPT. Keputusannyanya selepas 15 minit adalah negative. Saya tidak buang kit UPT itu dan masih menyimpannya. Bila saya tengok semula test kit tersebut setelah 7 jam, ia berubah. Satu jalur pada C merah pekat dan jalur pada  T warna putih pekat, tapi tiada warna. Tetap nampak jelas jalurnya. Soalan saya, adakah saya hamil. Saya harap doktor balas ye..tq doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya sebenarnya tertanya-tanya bilakah tarikh hari pertama haid puan, supaya saya dapat mengira ‘usia kehamilan’ puan  jika puan hamil.   Ujian UPT adalah ujian saringan. Ia bukanlah pengesahan pada suatu kehamilan. Pemeriksaan ... Read More »

mengambil ubat kurus phenteramine semasa tempuh menyusukan bayi

MENGAMBIL UBAT PHENTERAMINE (UBAT LANGSING) SEMASA TEMPUH MENYUSUKAN ANAK  “Salam doctor, saya seorang ibu yang menyusukan bayi saya berusia  11 bulan dengan susu ibu. Tanpa sengaja saya mengambil pil phentermine (30mg), jadi saya berhenti menyusukan bayi saya untuk 78 jam lepas (saya pam dan membuang susu). Adakah ia selamat untuk menyusukan bayi ini? terima kasih & salam mesra”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Phentermine merupakan ubat yang hanya dapat diperolehi secara preskripsi dari doctor. Ia biasa digunakan untuk menggalakkan penurunan berat badan dengan menyebabkan tidak berselera untuk makan dan tidak berasa lapar.   Ubat itu perlu diambil setelah diperiksa bahawa orang yang ingin mengambilnya selamat menggunakan ubat ini. Ia harus diambil sebagaimana yang ditetapkan.   Mengambil lebih daripada dos yang dibenarkan boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya atau yang ... Read More »

Lewat haid, hubungan intim dan kemudian berdarah seperti haid

LEWAT HAID, HUBUNGAN INTIM KEMUDIAN BERDARAH SEPERTI HAID   “Assalamualaikum dr, saya berumur 30 tahun, sudah berkahwei selama dua tahun dan masih belum dikurniakan zuriat. Sepanjang perkahwinan, alhamdulillah haid saya sentiasa tepat. Di awal perkahwinan dulu saya penah lewat 2-7 hari tetapi lepas itu haid macam biasa. Sepanjang berkahwin saya tidak pernah buat UPT.   Bulan ini saya telah lewat period 2 hari. Saya tidak buat UPT kononnya nak tunggu lewat sampai seminggu. Tetapi selepas bersama suami pada hari ke 3 haid saya lewat, saya dapati ada kesan darah selepas melakukan hubungan intim,dan keesokan hari memang kelaar darah yang banyak macam darah haid. Perkara seperti ini sudah dua kali berlaku. Bila lewat haid, lakukan hubungan intim, kemudian dating haid. Adakah ia normal. Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS ... Read More »

Mengenalpasti Makanan yang Menyebabkan Alahan Pada Anak

 MENGENALPASTI MAKANAN YANG MENYEBABKAN ALAHAN PADA ANAK     “Salam doktor. Saya tiada alahan. Baru-baru ini anak saya mengalami alahan yang teruk, berpunca dari makanan. Bagaimana saya mahu mengetahui makanan yang mana menyebabkan alahan. Terima kasih     WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang sukar untuk mengenalpasti makanan yang menyebabkan alahan kerana bayi dan kanak-kanak ini diberikan pelbagai jenis makanan. Satu cara untuk mengenalpasti makanan yang memberikan alahan ini ialah menyediakan jadual makanan harian. Berikan makanan yang tidak mengandungi bahan -bahan menyebabkan alahan. Jika terdapat tanda alahan, bermakna ada bahan yang disyaki boleh menyebabkan alahan dan cuba hentikan makanan tersebut. Berikan masa sehingga satu minggu, bagi melihat sama ada tanda -tanda alahan itu reda atau berkurangan. Ia ia berkurangan, bermakna makanan tersebut sememangnya menyebabkan alahan. Pemeriksaan di klinik juga boleh ... Read More »

Bagaimana mengelakkan anak dari alahan

BAGAIMANA  MENGELAKKAN ANAK DARI MENDAPAT ALAHAN?   “Salam doktor. Saya hamil dan mempunyai alahan teruk pada seafood. bagaimana saya boleh mengurangkan risiko alahan ini pada bayi yang akan saya lahirkan. Terima kasih” Jika masalah alahan berlaku dalam keluarga , pastikanlah bayi yang baru lahir diberikan susu badan sahaja. Pemberian susu formula, terutamanya berasakan susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi mula mengalami alahan. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa jika bayi yang diberikan susu formula (susu lembu) dan mengalami cirit -birit dalam tempoh dua bulan pertama kelahirannya , dia berkemungkinan besar bayi itu sedang mengalami alahan. Ramai pakar yang menyarankan supaya bayi -bayi dari keluarga yang mempunyai baka alahan tidak diberi makan sehingga berumur antara sembilan bulan dan setahun, pada peringkat awal kelahiran untuk mengelakkan reaksi alahan terhadap kanak -kanak ... Read More »

Alahan makanan bermula di peringkat janin

ALAHAN MAKANAN BERMULA DI PERINGKAT JANIN   “Salam doktor. Maaf bertanya, sebenarnya bila bermulanya proses rangsangan alahan pada bayi. adakah selepas diberikan makanan selain susu ibu? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Doktor telah lama mengetahui bahawa sesetengah kanak -kanak boleh mendapat gatal -gatal kulit , lelah resdung , cirit , muntah -muntuah dan sebagainya setap kali mereka makan bahan -bahan yang tidak serasi dengan mereka.   Ketidakserasian ini disebabkan oleh masalah penghadaman atau oleh alahan makanan ( food allergy ).   Keadaan ini boleh berlaku pada peringkat bayi lagi , malah ada para penyelidik yang berpendapat bahawa ia boleh berlaku pada peringkat janin lagi.   Ini berdasarkan pengalaman beberapa orang wanita hamil yang mengadu bahawa setiap kali mereka meminum banyak susu lembu , janin dalam rahim mereka ... Read More »

Air mani berwarna kuning 2

AIR MANI BERWARNA KUNING 2   “Assalamualaikum doktor. Saya sering melakukan onani dan baru-baru ini saya mengalami kegatalan pada alat sulit saya. Apabila saya kencing, terasa pedih dan air mani saya berwarna kekuningan. Saya ada pergi ke klinik swasta dan doktor mengatakan tiada apa yg membimbangkan dan memberi antibiotic. Saya ingin mendapat penjelasan,adakah masalah saya serious atau tidak?. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Warna air mani dan kepekatannya boleh berubah-ubah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya factor umur, pemakanan dan kekerapan melakukan pancutan.   Ia boleh jadi normal, dan boleh jadi terdapat jangkitan kuman atau masalah dalam saluran air mani.   Kebiasaannya air mani yang normal berwarna jernih, sedikit keputihan dan keruh seperti telur separuh masak.   Air mani juga selalunya pekat, dan akan cair setelah 20-30 minit ... Read More »

Kesan sampingan lactulose bagi bayi yang sensitif

KESAN SAMPINGAN LACTULOSE BAGI BAYI YANG SENSITIF   “Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai bayi saya yang jarang membuang air besar. Kekerapannya ialah 4-5hari sekali. Saya menyusukan dia sepenuhnya dan dia belum makan makanan bayi. Usia 6 bulan. Saya bawa ke klinik dan doc suruh berikan lactulose. Saya risau kalau kerap beri,akan menyebabkan anak saya bergantung kepada ubat untuk membuang air besar. Perutnya tidak keras. Apa pendapat Dr? Saya kerap juga buat senaman kayuhan supaya anak saya mudah membuang air besar. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit jarang berlaku pada bayi yang masih kecil, terutamanya yang masih menyusu badan. Ia mula berlaku pada bayi yang yang berusia enam bulan ke atas apabila dia mula makan makanan separuh pejal.   Bayi-bayi yang diberi susu ibu akan membuang air ... Read More »

Bagaimana mengesan batu karang?

BAGAIMANA MENGESAN BATU KARANG ?   “Salam doktor, saya mengalami sakit di bahagian belakang sebelah kiri. Doktor memeriksa saya mengesyaki saya mengalami batu karang pada buah pinggang sebelah kiri. Bagaimana saya memastikan saya mengalami batu karang itu? Mohon pencerahan, terima kasih     WA ALAIKUM MUS SALAM 90% batu karang boleh dikesan dengan x-ray abdomen. Ia boleh disahkan dengan pemeriksaan x-ray yang di ambil selepas sejenis pewarna disuntik ke dalam badan. Ujian Ultrasound dilakukan jika pemeriksaan tidak dapat mengesan batu itu. Prosedur yang dikenali sebagai Intravenous Pyelogram (IVP) untuk melihat pada di mana batu karang itu berada. Kaedah yang lebih tepat adalah dengan imbasan CT (CT Scan) abdomen, tetapi ini hanya ada di hospital yang besar sahaja. Ujian darah dilakukan untuk menilai fungsi buah pinggang, paras asid urik dan kalsium ... Read More »

Tanda-tanda anak berbakat dan berkebolehan luar biasa

TANDA-TANDA ANAK KITA DIBERIKAN BAKAT DAN MEMPUNYAI KEBOLEHAN YANG LUAR BIASA Tanda-tanda tersebut dimiliki oleh anak pada usia antara 2- 4 tahun ialah:   1. Mempunyai bakat tertentu, seperti kebolehan melukis atau kebolehan luar biasa dengan nombor.   2. Mencapai tahap perkembangan fizikal dan berfikir lebih awal dari rakan-rakan.   3. Mempunyai perkembangan menguasai bahasa yang lebih baik berbanding dengan rakan-rakan, seperti perbendaharaan kata yang luas atau keupayaan untuk bercakap dalam ayat yang lebih awal daripada kanak-kanak lain yang sebaya.   4. Mempunyai keinginan untuk tahu dan tidak pernah berhenti bertanya.   5. Sangat aktif (tetapi tidak hiperaktif). Walaupun kanak-kanak hiperaktif sering mempunyai tahap tumpuan (focus) yang singkat, kanak-kanak aktif dan berbakat pula boleh menumpukan perhatian kepada satu tugas yang diberikan untuk jangka masa yang lama, bersemangat untuk menghabiskan tugas ... Read More »

Sakit di tempat jahitan luka episiotomy

SAKIT DI TEMPAT JAHITAN LUKA EPISIOTOMY “Salam doctor. Saya mengalami rasa sakit dan pedih di tempat jahitan luka episiotomy. Saya baru melahirkan anak 3 hari lepas. Oleh kerana saya menyusukan anak, saya bimbang kesan ubat pada bayi saya. Ada cara lain untuk menghilangkan rasa sakit pada tempat jahitan ini. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan wanita yang baru melahirkan anak secara normal, mengalami koyakan pada faraj, sama ada disebabkan oleh guntingan episiotomi atau disebabkan koyakan akibat kepala bayi yang agak besar.   Selalunya luka yang minima akan pulih tanpa masalah. Calar-lebam biasanya pulih selepas beberapa hari dan jahitan harus pulih dalam tiga hingga empat minggu selepas kelahiran bayi.   Rasa sakit yang kuat di bahagian luka jahitan selepas seminggu, bukanlah suatu yang normal. Rasa sakit ini seharusnya ... Read More »

PCOS dan Kacip Fatimah

PCOS DAN KACIP FATIMAH   “Assalamualaikum dr. Saya berumur 24 tahun dgn ketinggian 163cm dan berat 53kg. sy mula membaca info-info dari blog dr. selepas kakak sy yg mengalami PCOS berjaya melahirkan baby boy yg sihat dan sempurna setelah mengamalkan kacip fatimah phyto plus (hamil secara normal selepas 2 kali gagal dgn cara IUI, selepas 2 kali keguguran dari kehamilan secara normal, selama 7tahun usia perkahwinan). Beliau ada masalah berat badan berlebihan.   sejarah keluarga : ibu dan kakak sy yg lain tidak menghidap PCOS. ibu dan ayah sy adalah pesakit diabetis.   sy mula haid pada umur 13tahun dan mengalami haid tidak teratur dgn durasi 5-7 hari haid untuk setiap kitaran. tetapi haid dtg setiap bulan walaupun kitaran yg tidak menentu. plg lama sy tidak haid adalah dlm masa ... Read More »

Haid lewat, tetapi tidak hamil. Adakah ia berbahaya?

HAID LEWAT, TETAPI TIDAK HAMIL. ADAKAH IA BERBAHAYA?   “Salam Doktor.  Saya ingin bertanya pada doktor.  Saya sudah berkahwin selama setahun dan sekarang sudah lewat haid selama 16hari. Saya pernah cuba buat UPT, tp keputusannya negative.  Dan pagi ni, saya didatangi darah seperti period (warna hitam kemerahan). Adakah saya perlu dapatkan rawatan di klinik atau ini adalah darah period yang delay tue. Cycle period saya adalah 30 hari.  Mohon pencerahan dari doktor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya faham keadaan puan. Apabila seorang wanita yang sudah berkahwin cuba untuk hamil, kelewatan haid adalah suatu yang mendebarkan. Namun apabila ujian UPT adalah negatif, ia amat mengecewakan pula.   Banyak punca kelewatan haid, dan selalunya ia dianggap normal selagi kitaran haid berlangsung selama 21 hingga 35 hari.   Antara  puncanya ialah ... Read More »

Bagaimana mempercepatkan proses pemulihan pada luka di faraj atau luka episiotomy

BAGAIMANA MEMPERCEPATKAN PROSES PEMULIHAN PADA LUKA KOYAKAN DI FARAJ ATAU LUKA EPISIOTOMY     “Salam doctor, saya mengalami koyakan faraj yang teruk (darah ketiga) semasa melahirkan anak 3 minggu lepas. Malangnya, tiada tanda-tanda luka jahitan itu sembuh. Boleh doctor beritahu cara mempercepatkan penyembuhan luka. Saya ucapkan terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bagi mempercepatkan penyembuhan luka episiotomy atau luka pada faraj ketika melahirkan anak, pastikan jahitan pada luka betul-betul bersih, bagi mengurangkan mengurangkan risiko jangkitan kuman pada luka tersebut.   Saya mencadangkan agar wanita yang baru melahirkan anak secara normal agar melakukan pergerakan ringan seperti berjalan secepat mungkin. Paling lewat untuk melakukan pergerakan ialah tiga hari.   Bagi wanita yang sihat dan kuat, pernah melahirkan anak beberapa kali, tidak mengalami koyakan faraj yang besar dan tiada mengalami kehilangan ... Read More »

Perlukah luka episiotomy di faraj dijahit?

PERLUKAH LUKA EPISIOTOMY DI FARAJ  DIJAHIT ?   “Salam doctor, saya telah melahirkan anak secara normal pada minggu lepas. Saya telah memberitahu pada doctor agar tidak melakukan guntingan episiotomy. Namun apa yang saya hairan, doctor memberitahu bahawa luka saya agak besar dan perlu dijahit. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Proses kelahiran yang biasa secara normal adalah proses kelahiran bayi melalui faraj. Pembedahan Cesarean bukanlah proses kelahiran yang normal.   Ketika proses kelahiran melalui faraj, lubang bukaan faraj mungkin tidak cukup besar bagi membenarkan laluan bagi saiz kepala bayi yang lebih besar. Ini boleh menyebabkan koyakan pada bahagian di antara lubang faraj dan lubang dubur. (Bahagian ini disebut sebagai perineum).     Bagi mengelakkan koyakan besar sehingga melibatkan lubang dubur, selalunya doctor akan melakukan guntingan pada ... Read More »

Perlukah cuci rahem setelah keguguran

PERLUKAH LAKUKAN D&C (CUCI RAHEM) BILA KEGUGURAN “Salam doktor. Saya sedang hamil buat kali ke2 sekarang. Semsa kehamilan pertama, saya keguguran kerana kantung janin saya tidak menjadi. Untuk kehamilan ke-2, pada minggu ke 6, doctor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati jantung janinsudah kelihatan. Sebulan kemudian saya ke klinik semula untuk pemeriksaan susulan, malangnya apbila scan melalui faraj doktor memberitahu kantung saya sudah membesar namun janin saya tetap kecil dan menunjukkan saiz  8 minggu padahal saya hamil 12minggu. Degupan jantung juga tidak kelihatan. Doktor menasihatan saya untuk cuci pada keesokkan harinya. Apa perlu saya lakukan, adakah saya perlu saya cuci rahem? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya bersimpati dengan masalah puan. Saya doakan agar ALLAH permudahkan usaha puan untuk hamil semula. Apabila puan keguguran, melalui ujian UPT yang ... Read More »

Mempercepatkan proses penyembuhan episiotomy selepas melahirkan anak

MEMPERCEPATKAN PROSES PENYEMBUHAN EPISIOTOMY SELEPAS MELAHIRKAN ANAK  “Salam doktor, baru-baru ini saya melahirkan anak. Doktor telah melakukan episiotomy dan kemudian menjahit semula luka itu. Masalah saya itu luka itu agak besar dan  mengeluarkan lendiran kuning kehijauan seperti nanah. Setakat ini tiada lagi rasa demam. Bagaimana saya boleh mempercepatkan kesembuhan luka episiotomy itu, doktor? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Secara ringkas puan boleh ikut tips berikut. 1. Menjaga jahitan supaya betul-betul bersih bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman pada luka. Bersihkan menggunakan air suam dab kain yang bersih, bagi membersihkan tempat jahitan. Boleh guna swap beralkohol yang dijual di farmasi. Minta bantuan suami atau ibu untuk membersihkannya. 2. Mandi sekurang-kurangnya satu kali sehari walaupun badan rasa lemah. Minta pertolongan ahli keluarga jika tidak takut bergerak. 3.Tukarlah tuala wanita secara kerap dan ... Read More »

Kesan ubat escitalopram (lexapro) semasa menyusukan bayi

KESAN UBAT ESCITALOPRAM SEMASA MENYUSUKAN BAYI   “Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya berkenaan kekeliruan yang saya hadapi. Saya adalah pesakit yang mempunyai penyakit panic attack. Saya telah berjumpa dengan doctor psychiatry  dan telah diberikan ubat Lexapro. Walaubagaimanapun saya masih menyusu anak yang berusia 6 bln. Adakah bahaya kalau saya teruskan penyusuan kerana doctor psychiatry  saya beritahu saya boleh membuat penyusuan pada sebelah petang memandangkan kesan ubat mungkin telah sedikit demi sedikit hilang. Saya juga ada membuat bacaan di internet mengatakan amat sedikit kesan ubat terhadap susu ibu. Mohon dr beri pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah kemurungan selepas melahirkan anak, atau dikenali sebagai “Post Pasrtum Depression”adalah suatu masalah yang sering berlaku. Ini kerana proses melahirkan itu sendiri, yang menyebabkan perubahan hormone yang ketara dan merangsangkan kecelaruan emosi dan ... Read More »

Penggunaan spray ubat nyamuk ketika hamil

PENGGUNAAN SPRAY UBAT NYAMUK KETIKA HAMIL   “Salam doctor. Baru-baru ini kawasan perumahan saya dilanda bencana banjir. Setelah banjir surut, saya dapati banyak nyamuk di rumah saya. Kami terpaksa menggunakan ubat membunuh nyamuk (mosquito coli) dan adakalanya menggunakan spray. Adakah ia merbahaya kepada saya, yang sedang hamil ? Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Saya tidak nafikan kadang kala kita terpaksa menggunakan ubat nyamuk untuk membunuh nyamuk. Apatah lagi sekarang banyak kes denggi, ada yang terpaksa dimasukkan ke dalam wad dan ada yang meninggal dunia.   Banyak jenama ubat nyamuk yang ada di pasaran. Nama yang sering kita gunakan iaitu “ubat”, amat mengelirukan kerana ubat nyamuk ini digunakan bukan untuk melindungi dan menyembuhkan nyamuk, tetapi untuk membunuh nyamuk.   Ia dijual dalam bentuk lingkaran yang dibakar ... Read More »

Rawatan pembedahan bagi tongue-tie

RAWATAN PEMBEDAHAN UNTUK TOUNGE-TIE “Salam doctor, saya berumur 25 tahun dan mempunyai masalah tounge-tie.Saya sukar untuk bertutur dengan laju dan jelas, terutama ketika bekerja. Apabila saya membaca surah al fatihah, ada beberapa perkataan yang bunyi lain. Persoalannya apakah rawatan untuk merawat tougue-tie untuk orang dewasa seperti saya. Terima kasih atas penjelasan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tongue-tie atau dalam bahasa perubatannya ankyloglossia, ada suatu keadaan apabila pergerakan lidah dalam mulut menjadi terhad (disebut frenulum) kerana terdapat satu tisu yang menghubungkan hujung lidah dengan lantai mulut. Selalunya tisu ini menghubungkan tengah lidah, jadi hujung lidah bebas bergerak.   Masalah ini akan kesan pada pertuturan, dan penyusuan jika ia berlaku pada bayi.Ia dapat dikesan apabila:   Sukar mengangkat hujung lidah ke bahagian belakang gigi kacip atas atau ke kiri dan ke ... Read More »

Kesan Bayi dan kanak-kanak jatuh dan terhentak kepala

KESAN BAYI DAN KANAK-KANAK JATUH DAN TERHENTAK KEPALA   “Salam doktor. Saya ingin bertanya, Bayi atau kanak-kanak sering terjatuh dan kerap terhentak kepala. Adakah perkara ini memberikan kesan tidak baik kepada mereka? Apakah tanda  bahaya pada kanak-kanak ini? Perlukah dibawa segera berjumpa doktor? Apakah apakah kesannya sama ada jangka masa pendek dan panjang. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Setiap kali bayi atau anak kecil kita jatuh dari sofa atau katil, kita berasa runsing jika mereka mengalami kecederaan terutamanya kecederaan kepala. Bagi kanak-kanak yang masih kecil dan masih tidak stabil berjalan, kemalangan lebih kerap berlaku di dalam rumah.   Walaupun sofa dan katil itu tidak tinggi, mungkin setakat ketinggian lutut kita, tetapi secara relative berbanding dengan saiz bayi, ketinggian sebegitu boleh disamakan dengan ketinggian aras kepala ... Read More »

Kesan benjol akibat hantukan beberapa kali

KESAN BENJOL AKIBAT HANTUKAN BEBERAPA KALI Salam doktor, saya mempunyai anak saudara berumur 3 tahun dan dia sangat aktif sehingga kerap terjatuh dan terhantuk. Di kepala sudah mempunyai beberapa benjol. Adakah ini boleh membawa kesan buruk kepada perkembangan dan pertumbuhan anak saudara dan perlukah kami membawa dia ke klinik? Johor, Malaysia   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebarang kecederaan kepala yang hanya melibatkan kulit kepala tidak mendatang sebarang kesan jangka panjang. Kecederaan pada kulit kepala biasanya dalam bentuk luka, lebam dan bengkak atau benjolan.   Jadi  bayi yang beberapa kali jatuh dan tidak mengalami kecederaan atau hanya mengalami kecederaan kulit kepala, tidak perlu dirisaukan.   Namun jika bayi mengalami kecederaan gegaran otak (concussion), ia lebih membimbangkan apatah lagi jika mereka setiap kali jatuh beberapa kali dan mengalami gegaran.   Gegaran ... Read More »

Langkah-langkah mudah memandikan bayi yang baru lahir

LANGKAH-LANGKAH MUDAH MEMANDIKAN BAYI   “Salam doktor. Saya baru melahirkan anak sulong 3 hari lepas secara normal. Saya telah kematian ibu tahun lepas, jadi saya bersendirian menjaga anak, dan suami saya sudah kembali bekerja. Ibu mertua saya menjaga suaminya yang menghidap stroke. Mohon doktor mengajar saya memandikan bayi sulong saya dengan cara yang betul. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah yang biasa dihadapi oleh ibubapa muda yang pertama kali memandikan bayi mereka ialah perasaan takut dan tidak yakin untuk memandikan bayi mereka yang bertubuh kecil.   Mereka bimbang akan mencederakan bayi mereka ketika membersihkan tubuh bayi atau bayi yang dimandikan terjatuh ke lantai dan menyebabkan cedera di kepala.   Masalah ini dapat diatasi jika ibubapa baru ini diberikan penerangan dan latihan oleh jururawat atau bidan terlatih, sebelum bayi dilahirkan. ... Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my Bagi lelaki ... Read More »

Punca sakit belakang ketika hamil

  “Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.   Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.   Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan postur dan menyebabkan puan berasa sakit pada bahagian belakang.   Jika puan mengangkat barang yang berat, sakit belakang akan bertambah anda.  Dibimbangi posisi yang tidak seimbang menyebabkan tekanan pada ... Read More »

Beli katiL urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari inframerah  dan teknik chiroparactic (tulang belakang).   Teknik  urutan yang digunakan berdasarkan kepada pronsip rawatan perubatan timur Chi. Dalam tubuh manusia ada aliran chi. Jika aliran chi ini tidak disekat, ... Read More »

Rasa jantung berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit.   Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang kurang dari 60 seminit dinamakan ‘bradycardia’.   Antara punca yang tidak berbahaya ialah masalah dehidrasi (kurang minum air) menyebabkan elektrolit dalam darah yang tidak seimbang. Ketidakseimbangan ... Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

  “Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk memberikan lebih banyak buah, serat dan jus buah-buahan.   Kanak-kanak yang makan banyak makanan ringan, dan makanan yang rendah serat dan tinggi lemak, boleh mengalami masalah sembelit yang kronik. ... Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya dengan kaki yang besar seperti gajah.   Penyakit untut disebabkan jangkitan cacing parasit Wuchereria bancrofti, Brugia malayi dan Brugia timori yang sangat halus, hidup dalam persekitaran panas lembap seperti negara ... Read More »

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” (Surah Al-Nahl 16:78)   Bayi itu dinamakan Rumaisa Rahman, dilahirkan oleh ibunya yang berumur 23 tahun, secara pramatang pada usia kelahiran ... Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

  “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama.   Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.   Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan  doktor. Namun saya mengucapkan syukur kerana ahli farmasi hari ini sangat prihati dan berhati-hati memberikan sebarang ubatan kepada pembeli, terutama untuk bayi.     ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!