Advertorial
Home » Tag Archives: yahoo

Tag Archives: yahoo

Air kencing saya berbuih

AIR KENCING SAYA BERBUIH     “Salam doctor, baru-baru ini saya perasan bahawa air kencing saya berbuih di mangkuk tandas. Ia ada sedikit berbau dan warnanya agak pekat. Adakah ia tanda berbahaya? Untuk pengetahuan doctor saya kerap ke Gymansium dan sekarang mengamalkan suplemen minuman berprotein tinggi. Mohon pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM.       Air kencing terhasil dari proses yang berlaku dalam ginjal, di mana air akan ditapis dari saluran darah yang melalui ginjal dan kemudiannya dikumpulkan ke dalam ruang takungan di dalamnya. Semasa penapisan ini, banyak bahan-bahan toksik yang dibuang.   Jika kandungan toksik dalam air kencing terlalu banyak, ia akan menyebabkan perubahan pada fizikal air kencing. Antaranya terdapat buih pada air kencing yang kelihatan apabila seseorang itu mengeluarkannya pada takungan atau mangkuk tandas.   Buih ... Read More »

Platelet rendah ketika hamil

PLATELET RENDAH KETIKA HAMIL     “Assalamualaikum  Dr Zubaidi.  Saya Anis, sedang hamil anak pertama 34 minggu dan baru-baru ini saya demam, batuk dan selesema. Saya ke hospital dan cek darah. Jumlah platelet sy 151 dan border line untuk kena denggi. So doktor masuk air dan hantar ke darah ke makmal untuk kali kedua. Bacaan platelet 155. Dua hari selepas itu saya diperiksa darah lagi dan bacaan platelet menurun lagi ke 134. Adakah keadaan ni merbahaya untuk saya dan baby dan macam mana untuk menaikkan bilangan platelet dalam darah. Combo test untuk denggi semuanya negative, tapi platelet rendah. Harap doktor dapat bantu saya. terima kasih.”     WA ALAIKUM MUS SALAM     Saya percaya puan mungkin dijangkiti oleh kuman virus yang biasa menjangkiti saluran pernafasan. Itu yang menyebabkan puan ... Read More »

Tidak datang haid selepas melahirkan anak

 TIDAK DATANG HAID SELEPAS MELAHIRKAN ANAK   Salam doktor . Saya ingin bertanya, selepas melahirkan anak yang kedua pada bulan Mei 2011, saya diberikan suntikan pencegah kehamilan. Selepas suntikan itu, haid saya menjadi tidak menentu. Beberapa bulan selepas dicucuk, haid saya ada datang, tetapi selepas itu haid saya tidak datang langsung. Saya mengambil kaedah perancang kehamilan itu selama 2 tahun setengah. saya berhenti mengambilnya kerana ingin mendapatkan seorang anak lagi. Saya menunggu agak lama, iaitu setahun, sebelum saya hamil semula. Saya telah melahirkan anak pada Mei 2015 tetapi haid saya belum datang. Adakah ia normal atau disebabkan oleh kesan sampingan suntikan yang dulu. Mohon pencerahan. Terima kasih”       WA ALAIKUM MUS SALAM Apa yang saya faham tentang soalan yang diajukan ialah, puan telah melahirkan anak pada bulan Mei ... Read More »

Tanda ubat rangsangan seks berbahaya

AWAS DENGAN PIL RANSANGAN SEKS ” Salam doktor. Saya lihat banyak produk kuat yang dijual secara berleluasa di internet, termasuk fb. Adakah ia selamat?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai lelaki tidak mengetahui bahawa pil rangsangan seks dijual di psaran, hampir kesemuanya mengandungi bahan terlarang yang berbahaya Sildenafil dan Taladafil yang sepatutnya diambil dengan nasihat doktor.   Bagaimana hendak tahu sama ada pil perangsang itu mengandungi bahan terlarang? 1. Tindak balasnya sangat cepat, dan selalunya diambil beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks bersama isteri. 2. Ada kesan sampingan, seperti: Sakit kepala Pening Rasa panas pada bahagian muka, leher dan dada Hidung tersumbat    Bahan terlarang ini  termasuk dalam bahan terkawal dan penjualannya tertakluk pada Akta Racun 1952. Jadi dapatkan nashat doktor sebelum mengambil apa-apa ubat atau pil perangsang seks ini. ... Read More »

Darah haid berwarna coklat dan berketul-ketul

PERSOALAN DARAH HAID BERWARNA COKLAT DAN BERKETUL-KETUL   Seorang wanita mungkin mendapati bahawa darah haid beliau menjadi warna perang gelap atau hampir berwarna hitam apabila menghampiri hari-hari terakhir haid. Ini adalah satu perubahan warna yang normal. Ia berlaku apabila darah adalah lama, tidak dapat dikeluarkan dari rahem dengan cepat.   Jika darah haid ini (berwarna perang atau kehitaman) berlangsung hingga beberapa hari atau minggu melebihi hari kebiasaan haid, maka selalunya disebabkan oleh tahap hormon dalam badan yang tidak stabil. Ini tidak normal.   Lapisan endometrium yang gugur sebagai haid hanya keluar sedikit demi sedikit menyebabkan ia lambat berhenti. Ini menyebabkan “darah haid” keluar agak lama, secara sedikit dan berwarna coklat. Jika darah haid keluar melebihi 15 hari, ia mungkin tidak dianggap sebagai darah haid lagi tetapi darah istihadah.   Ramai wanita ... Read More »

onani menyebabkan batang zakar patah

KUAT BERONANI BOLEH MENYEBABKAN BATANG ZAKAR PATAH   “Salam doktor, saya berumur 23 tahun. Saya mengalami masalah ketagihan untuk beronani walaupun saya sedang cuba untuk menghindarkannya. Ketika ini amalan onani saya saya agak pelik iaitu ketika onani, saya akan  membengkokkan zakar saya sedikit  untuk menambah keseronokan. Saya dapati selepas ejakulasi, saya akan merasa sakit pada zakar. Jika saya tidak membengkokkan zakar ketika masturbasi, saya tidak akan berasa sakit selepas ejakulasi. Apa yang saya tahu, lelaki boleh melakukan banyak posisi dan gaya  ketika melakukan masturbasi atau hubungan seks. Saya risau tidak boleh memberi kepuasan kepada isteri pada masa depan kerana saya tidak boleh beraksi seperti membengkok di sana-sini. Adakah kesakitan ini memudaratkan dan tindakan membengkokkan zakar boleh menyebabkan ia lembik? Mohon pencerahan doktor. Terima kasih”  WA ALAIKUM MUS SALAM   Beronani ... Read More »

Ramai lelaki Malaysia mati pucuk

RAMAI LELAKI MALAYSIA MATI PUCUK   Bilangan lelaki Malaysia yang menghadapi masalah disfungsi erektil atau Erectile Disfunction (ED) iaitu mati pucuk semakin meningkat saban tahun dan kini mencecah lebih 3.5 juta orang (2004).   Masalah kelakian itu agak membimbangkan dengan bilangan penghidapnya hanya 1.7 juta pada 1997, meningkat kepada 2.3 juta pada 2003 dan 3.5 juta pada tahun lalu. Daripada angka tersebut, 15 peratus melibatkan lelaki berumur antara 25 dan 34 tahun manakala 23 peratus lagi di kalangan lelaki lingkungan umur tersebut mengalami kesukaran mengekalkan ereksi.   Pakar Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Dr. Ismail Thambi yang mendedahkan perkara itu bimbang dengan perkembangan terbaru tersebut kerana ramai di kalangan lelaki muda tidak mengetahui mereka menghadapi masalah berkenaan. “Baru-baru ini ada laporan dari Universiti Columbia yang menyatakan lelaki yang mula aktif dalam ... Read More »

Kentut dari faraj

KENTUT DARI FARAJ   ” Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya 36 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Masalah saya ialah saya mengeluarkan bunyi ketika bersama suami saya. Seolah-olah saya kentut, padahal ia keluar dari faraj, bukannya dubur. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ada kalanya angin boleh keluar dari faraj. Ia sebenarnya adalah pembebasan udara yang terperangkap di dalam faraj semasa atau selepas hubungan seks dengan suami, menyebabkan ia berbunyi seperti kentut.   Ia tidak mengandungi gas berbahaya dan dan tidak mempunyai bau tertentu. Ia hanya udara dari atmosfera.   Puncanya adalah otot-otot di sekitar faraj yang lemah  akibat telah melahirkan anak yang ramai, hormon dalam tubuh yang berkurangan dan faktor umur.   Selain dari senaman Kagel, saya mencadangkan menggunakan Ekstrak Kacip Fatimah, dan ... Read More »

Sopak bukan penyakit berjangkit

SOPAK ATAU VITILIGO   SOPAK atau dalam bahasa perubatannya vitiligo merupakan sejenis penyakit kulit yang membuatkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok-tompok putih yang tidak mempunyai pigmen. Kehadirannya dipercayai berpunca daripada masalah pigmentasi, yang mana sel-sel yang menghasilkan pigmen, iaitu melanosit, dirosakkan oleh auto antibody atau antibodi yang dihasilkan oleh pesakit itu sendiri.   Tanda utama penyakit ini ialah timbulnya tompok-tompok putih di atas kulit, tetapi ia juga boleh melibatkan kawasan yang mempunyai rambut atau bulu seperti kening, misai, bulu roma dan sebagainya, selain boleh menukarkan rambut menjadi putih. Penyakit vitiligo ini tidak menyebabkan rasa sakit atau gatal.   Kebanyakan kes yang melibatkan penyakit sopak ini sering berlaku kepada mereka yang berumur di bawah 20-an, Namun, ia boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat usia atau jantina.  Ia juga bukanlah suatu penyakit berjangkit. ... Read More »

Khasiat peria untuk penyakit kronik

KHASIAT PERIA Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.   Peria juga mengandungi lemak dan mineral. Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya yang dicampur dengan perahan limau nipis. Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.   Ini boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis. Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, boleh cuba meminum perahan daunnya.   Namun peria bukanlah ubat yang dicadangkan untuk penyakit-penyakit tersebut. Ia adalah suplemen yang membantu mempercepatkan penyembuhan bagi pesakit dan mencegah dari mengalami penyakit tersebut bagi orang yang ... Read More »

Tidak datang haid selepas pembedahan hamil luar rahim

TIDAK DATANG HAID SELEPAS PEMBEDAHAN HAMIL LUAR RAHIM   “Assalam mu alaikum doktor, saya ada pertanyaan sikit. Pada  bulan 5 lepas saya baru menjalani pembedahan laparoscopy d sebabkan kehamilan luar rahim. Tiub falllophian  saya dipotong sebelah kanan. Sekarang sudah 2 bulan saya tidak datang haid. Bila saya lakukan pemeriksaan UPT, ia negatif. Boleh saya tahu kenapa saya lambat datang haid, adakah sebab ubat antibiotic yg saya makan selepas operation. Mohon pencerahan , saya sangat risau. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya ucapkan simpati atas ujian yang melanda puan. Semoga ALLAH menggantikan kehilangan puan dengan sesuatu yang lebih baik.   Puan masih lagi boleh hamil kerana saluran fallopian sebelah kiri masih lagi berfungsi dan telur (ovum) yang dilepaskan dari kelenjar ovari sebelah kiri pada setiap masih boleh disenyawakan. ... Read More »

Bahaya tidur dengan bayi

BAHAYA TIDUR DENGAN BAYI   Ramai ibu bapa beranggapan tidur bersama bayi dengan berkongsi katil atau tilam adalah cara paling selamat untuk melindungi si kecil, di samping dapat mengeratkan lagi ikatan antara kedua-dua pihak. Memang benar tidur bersama bayi membolehkan ibu bapa lebih rapat dengan si kecil kerana langkah itu memberi ibu bapa masa tambahan bersama bayi. Tidur dengan bayi juga membolehkan ibu bapa segera bertindak jika si kecil mula batuk atau menangis pada waktu malam. Malah, bayi yang tidur berkongsi katil dengan ibu mereka dikatakan cenderung untuk menyusu lebih kerap dan tempoh lebih lama berbanding bayi yang tidur bersendirian. Bayi yang tidur dengan ibu bapa juga dikatakan tidak kerap terbangun pada waktu malam dan berjaga dalam tempoh masa lebih pendek serta kurang menangis. Namun, amalan tidur bersama jika tidak ... Read More »

Ubat “viagra untuk wanita” diluluskan oleh FDA

UBAT “VIAGRA UNTUK WANITA” DILULUSKAN OLEH FDA   Hubungan intim antara suami isteri adalah suatu perkara yang penting. Boleh dikatakan hamper 30% punca penceraian berlaku apabila suami atau isteri atau kedua-duanya tidak lagi menikmati hubungan intim ini.   Sebab itu, apabila dalam hubungan suami isteri tiada lagi “chemistry” atau rasa seronok ingin bersama, selalunya nasib rumahtangga itu tidak bertahan lama, kecuali ada usaha untuk menyelamatkannya.   Tanpa rasa ingin bersama dengan suami atau isteri masing-masing, maka perasaan ini akan dikogsikan dengan orang lain.   Lelaki selalunya mengalami masalah ketegangan alat kelamin (erectile dysfunction) yang mana alat kelamin tidak mampu tegang secara maksima sehinggakan kemasukkannya dalam faraj tidak dapat dirasakan oleh siisteri, menjadikan hubungan itu menjadi hambar.   Bagi wanita, masalah utama mereka ialah tiada nafsu atau keinginan untuk melakukan hubungan ... Read More »

Anak selalu mengalami pembengkakan tonsil

ANAK SELALU MENGALAMI PEMBENGKAKAN TONSIL   Terima kasih kerana membaca email saya,di sini saya ingin mengajukn soalan mengenai masalah tonsil yang di alami anak saya yang berumur 2 tahun 6 bulan. Sewaktu dia berumur 1 tahun, dia kerap demam, batuk dan selsema  sehingga kini. Pada usia 1 tahun 4 bulan,dia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami “febrile fits”, dan berulang pada usia 2 tahun 3 bulan. Apa y merisaukan saya, tiap kali demam, doctor akan memberikan ubat antibiotic kerana jangkitan kuman pada tonsil, dan boleh dikatakan 2 bulan sekali diberikan antibiotics. Saya risau akan ada kesan sampingan jika ubat tersebut diambil dgn kerap. Sehingga kini, tonsil anak saya bengkak wlupun tidak demam. Dari segi makan dan minum, tiada masalah. Cuma ketika tidur saja berdengkur. Pada pandangan doctor, perlukah pembedahan buang ... Read More »

Kecederaan anterior cruciate ligamen (ACL) tidak semestinya memerlukan pembedahan

KECEDERAAN ANTERIOR CRUCIATE LIGAMENT   “ Salam dr. Saya nk tanya pandangan dr. Saya mengalami masalah koyak ACL, tetapi belum lagi melakukan pembedahan kerana ingin beubat kampong. Alhamdulillah, sudah boleh jalan seperti biasa dalam tempuh sebulan. Cuma saya ingin bertanya apakah supplement apa yang bagus untuk pulih dan kuat kan lutut sy? Terima kasih atas pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Anterior Cruciate Ligament (ACL) adalah ligamen di dalam sendi yang menjaga kestabilan sendi lutut. Kecederaan ACL sering terjadi kepada pemain sukan yang lasak, seperti pemain bola sepak, futsal, tenis, badminton, bola tampar dan sukan mempertahankan diri. . Pada umumnya ACL boleh tercedera apabila seseorang itu sedang berlari dan berhenti secara mendadak sehingga menyebabkan lutut tercedera.   Lutut yang tercedera biasanya pesakit akan mendengar bunyi dalam sendi seperti ... Read More »

kitaran haid tidak menentu setelah 8 bulan menghentikan pengambilan suntikan dan pil perancang keluarga

KITARAN HAID MASIH TIDAK MENENTU SETELAH 8 BULAN MENGHENTIKAN PENGAMBILAN SUNTIKAN DAN PIL PERANCANG KELUARGA   “Assalamulaikum. Dr saya nak bertanya, saya bersalin secara pembedahan Ceaser pda tahun 2014, Saya pernah mengambil suntikan perancang depo selama 3 bulan, kemudian saya berhenti dan mengambil pil prancang selama 8bulan. Setelah berhenti mengambil pil prancang, kitaran haid saya jadi tidak menentu. Saya mengalami pendarahan selama sebulan. Berapa lama kesan pil perancang akan hilang,dan boleh hamil. Sebab saya sudah 7 bulan tidak lagi mengambil pil perancang. Terima kasih”   WAALAIKUM MUS SALAM   Masalah puan berkaitan dengan kitaran haid tidak menentu setelah menggunakan suntikan perancang dan pil pencegah kehamilan. Dan puan mengalami masalah kitaran haid haid ini selama 8 bulan.   Pengambilan hormon sintetik bagi tujuan merancang keluarga ada kalanya menyebabkan masalah ketidakseimbangan hormon ... Read More »

Pesakit hyperthyroidism sukar bernafas

PESAKIT HYPERTHYROIDISM SUKAR BERNAFAS   “Saya di sahkan menghidap HYPERTHYROIDISM. Doktor yang merawat telah membuat pemeriksaan di leher dan keadaan saiz thyroid saya normal tiada bengkak.Saya diberikan ubat anti thyroid hormone makan 11 biji sehari. Dalam masa yang sama saya mengalami masaalah “tak puas bernafas” atau “nafas x cukup”. Adakah itu sebab kesan dari throid itu sendiri atau kesan sampingan yang biasa. Doktor juga telah membuat x-ray paru paru dan ujian paru paru/pernafsan.Katanya normal.Bila jdi keadaan kurang/x puas bernafas saya baring sekejap untuk dapatkan puas tarik nafas.harap dokto dapat bantu saya mengatasi masaalah saya dan dapat bagi panduan untuk penghidap thyroid dari segi pemakanan dan pengambilan ubat dan supplements.Terimakasih doctor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kelenjar thyroid adalah kelenjar yang berada di depan leher kita. Dia mengawal metabolisme tubuh, ... Read More »

Darah nifas bermula selepas proses kelahiran

DARAH NIFAS BERMULA SELEPAS PROSES KELAHIRAN   “Assalamualikum Dr, saya nak bertanya. Kawan saya mengandung dan sedangmenggu hari untuk bersalin, tapi hari ni ada darah berwarna coklat keluat tapiDr kata tak belum masnya untuk bersalin lagi. Persoalan saya, bolehkan kawan saya solat seperti biasa sbb tidaktahu status darah berkenaan sama ada haid atau nifas. Sekian Terima Kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Banyak pendapat ulamak mengenai masalah ini. Saya mengambil satu pendapat iaitu darah nifas bermula apabila darah keluar dari rahem melalui faraj apabila proses kelahiran bermula sehingga sampai 60 hari..   Ada ulamak yang mengatakan darah yang keluar pada permulaan itu adalah darah wiladah, sementara darah yang berterusan sepanjang 60 hari (mengikut mazhab syafie) itu darah nifas.   Ada ulamak yang kata perlu mandi wiladah, dan mandi nifas. ... Read More »

Berapa cepat saya boleh menguji kehamilan dengan UPT?

BERAPA CEPAT SAYA BOLEH MENGUJI KEHAMILAN SAYA DENGAN UPT?   “Salam doc. saya ingin bertanya. Haid saya telah lambat selama 7 hari dan payudara saya agak menegang dan sakit. Saya juga mengalami keputihan yang banyak dan berwarna sedikit kuning. Adakah saya hamil? Bila masa sesuai untuk saya memeriksa UPT? Atau adakah gejala nak datang haid? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM   Tanda payudara menegang dan sakit tidak bermakna puan sedang hamil. Mungkin juga puan akan mengalami kedatangan darah haid. Jadi cara terbaik untuk menguji puan hamil atau tidak ialah dengan melakukan pemeriksaan UPT.   Ketepatan ujian UPT ini bergantung kepada jenis dan jenama ujian kehamilan yang puan gunakan. Semua ujian kehamilan UPT akan mengukur jumlah hormon chorionic gonadotrophin manusia (hCG), hormon yang dikeluarkan ketika hamil dan dikeluarkan dari ... Read More »

Keguguran lalu menjejaskan peluang hamil semula?

KEGUGURAN LALU MENJEJASKAN PELUANG HAMIL SEMULA?   “Salam, saya telah melakukan beberapa kali D&C ketika saya masih belajar di universiti. Atas kesilapan saya, saya menjalani prosedure itu kerana kami suami isteri belum bersedia untuk hamil. Sekarang kami telah bekerja dan umur pekahwinan kami memasuki 6 tahun. Adakah saya sukar hamil akibat prosedure D&C yang lepas? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah sukar hamil yang puan alami mungkin tiada kaitan dengan keguguran dan prosedure D&C yang pernah puan jalani. Kebiasaanya prosedure itu selamat dan tidak mendatangkan komplikasi.   Namun ada beberapa peratusan kecil, di mana prosedure D & C ini menyebabkan parut di bahagian atas pangkal rahem atau di dalam rahem. Jika doktor mengesyaki ada parut yang mengganggu kehamilan, doktor akan memeriksa rahem puan dengan memasukkan alat kamera. ... Read More »

Bayi berak dalam rahem

BAYI BERAK DALAM RAHEM   Ramai yang bertanya tentang masalah bayi mereka dikatakan berak dalam rahem.   Dalam kes-kes yang biasa, air ketuban (cecair amniotik) yang berada di dalam rahem, akan ditelan dan masuk ke dalam paru-paru. ia tidak berbahaya kepada bayi dalam rahem, kerana ia bersifat sterile (bersih dari kuman).   Meconium ialah najis awal (tahi) yang dikeluarkan oleh bayi yang baru lahir tidak lama selepas kelahiran. Kebiasaannya ia keluar dari badan sebelum bayi tersebut mula mencerna susu ibu (atau susu formula) yang diberikan sebaik saja atau beberapa jam selepas dilahirkan.   Dalam beberapa kes, ada bayi yang mengeluarkan meconium ketika masih di dalam rahem. Ini akan berlaku apabila bayi adalah “di bawah tekanan” kerana bekalan darah dan oksigen berkurangan. Ia selalunya disebabkan oleh masalah dengan plasenta (uri).   Jadi ... Read More »

Berapa banyak penambahan berat badan ketika hamil?

BERAPA BANYAK BERAT BERTAMBAH SEMASA HAMIL?   Ada beberapa ibu hamil yang risau dengan penambahan berat badan yang agak perlahan. Hal ini telah ditegur oleh jururawat/bidan terlatih yang bertugas. Penambahan berat badan ini sangat penting kerana ia menunjukkan bayi dalam rahem sedang membesar dengan baik. Agak sukar saya memberikan komen kepada hal ini, kerana ia bergantung kepada ketinggian, bentuk tubuh dan berat sebelum hamil. Namun pada amnya di akhir kehamilan, penambahan berat badan sebanyak kira-kira 12.5kg (27,6 lb) berbanding sebelum hamil. Daripada penambahan berat ini, satu pertiga datangnya dari berat bayi, uri dan cecair ketuban. Sebagai contoh, penambahan berat badan disebabkan oleh: 1. Berat bayi kira-kira 3.3kg 2. Uri kira-kira 0.7 kg 3. Cecair ketuban 0.8 kg   Dua pertiga daripada penambahan berat badan ini adalah disebabkan oleh : 1. ... Read More »

Demam selepas rawatan chemotherapy

DEMAM SETELAH RAWATAN CHEMOTHERAPY   “Salam doctor. Anak saya mengalami penyakit kanser dan baru menghabiskan rawatan satu kitaran dari empat pusingan chemo. Result darah anak saya FBC anak saya menunjukkan peningkatan di mana WBC-9.6, Hb-10.6, Platelat -315. Sekarang ini anak saya berada di rumah sementara menunggu rawatan seterusnya minggu depan. Sepanjang di rumah, saya dapati suhu badannya tidak menentu. Saya mohon Dr Zubaidi boleh berikan pendapat dan jika boleh beritahu apa patut saya lakukan utk pastikan anak saya tidak demam sepanjang di rumah?  Terima kasih atas masa dan perhatian Dr.”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Rawatan kanser secara chemoteraphy adalah antara rawatan yang sangat berkesan untuk sesetngah kanser. Saya telah melihat ramai pesakit mendapat manfaat dari rawatan ini, dengan izin ALLAH.   Walau bagimana pun rawatan chemotherapy mempunyai ... Read More »

Hamil disyaki diabetes kena buat BSP

HAMIL DISYAKI DIABETES KENA BUAT BSP     “Salam doktor. Saya sekarang hamil anak ketiga tapi baru-baru ini saya terpaksa buat ujian BSP kerana doktor kata saya ada kencing manis. Saya sangat risau. Macam mana hendak turunkan gula dalam darah? Bagaimana pula dgn kesihatan anak saya dalam rahem. Terima kasih doktor saya dahulukan atas kesudian menjawab soalan.”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya percaya puan belum lagi disahkan mengalami penyakit diabetes mellitus (kencing manis). Jika puan telah disahkan mengalami diabetes mellitus, sudah tentu doctor telah memberikan rawatan, dan tidak perlu lagi pemeriksaan BSP. Pemeriksaan BSP adalah sebahagian cara (prosedur) pemeriksaan gula bagi mendiagnosa pesakit diabetes. Ia bukan pemeriksaan saringan.     Jadi saya puan hanya disyaki mengalami diabetes mellitus saja.     Pemeriksaan gula dalam darah dilakukan kepada ... Read More »

Rahem ke dalam, adakah sukar hamil?

RAHEM KE DALAM, ADAKAH SUKAR HAMIL?   “Salam .dan salam syawal Dr. Harap Dr menjawab persoalan saya. Semasa bulan puasa. Period saya berlarutan sehingga 15hari. Kemudian saya pergi hospital pakar puan. Doktor melakukan pemeriksaan scan dan tiada apa kelihatan yang tidak normal termasuk rahim, cuma kata “rahim berada dalam keadaan ke dalam” katanya. Saya tidak berkesempatan untuk bertanya lebih lanjut sebab pada masa itu saya agak keliru. Sekarang baru saya khuwatir .Adakah bahaya jika rahim ke dalam dan tidak kelihatan. Adakah sukar untuk hamil? Mohon penjelasan”   WA ALAIKUM MUS SALAM DAN SELAMAT HARI RAYA.   Puan mengalami dua kemusykilan, pertama posisi rahem puan yang dikatakan “ke dalam” setelah doktor melakukan pemeriksaan ultrasound. Saya percaya rahem puan berada dalam posisi “retroflexed” di mana posisi fundal rahem membongkok menghadap tulang belakang. ... Read More »

Anak demam melebihi 10 hari

ANAK DEMAM “ON AND OFF” BATUK DAN BERKAHAK MELEBIHI 10 HARI   “Assalammualaikum doktor. Anak saya mula batuk pada 8hb Feb kemudian pada 10hb Feb saya membawa anak saya ke klinik kerajaan. Doktor yang bertugas memberikan ubat antibiotik amoxycilin dgn ubat batuk bromehexine. Lepas habis ubat antibiotic, anak saya masih tidak sembuh.   Pada 13hb Feb saya pergi klinik swasta dan doctor tidak berikan antibiotik, Cuma memberikan ubat salbutamol dan prednisolone, namun anak saya masih tidak sembuh juga.   Pada 24hb Feb saya membawa anak saya ke klinik kerajaan semula. Doktor memberikan nebulizer dan melakukan pemeriksaan x-ray. Doktor memberitahu ada kuman dalam paru-paru dan kahaknya terlampau banyak. Doktor memberikan ubat ubat antibiotik EES, dan salbutamol.   Hari ini anak saya mengalami demam panas yang tinggi (39°C), berkahak kuning meleleh keluar ... Read More »

Kesan jangka panjang onani, melancap dan masturbasi

KESAN JANGKA PANJANG MASTURBASI, MELANCAP DAN BERONANI   “Salam doktor, saya ingin bertanya apakah kesan beronani?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Onani, masturbasi dan melancap merujuk pada perkara yang sama, iaitu mendapat kepuasan seksual bersendirian atau bersama pasangan dengan menggunakan tangan atau alat bantuan seks.   Perbuatan ini memang akan menyebabkan seorang lelaki mengalami tanda-tanda awal mati pucuk, seperti sukar mendapat kepuasan (lambat pancutan), sukar mendapat ketegangan zakar atau ketegangan zakar yang tidak maksima.   Bagi wanita pula selalunya sukar dikesan kerana mereka lebih suka mendiamkan diri walaupun tidak mendapat kepuasan seksual. Kebiasaanya wanita juga mengalami masalah ini kerana faktor wanita itu sendiri memang lambat mendapat kepuasan seksual dan faktor khitan yang keterlaluan di mana ada wanita yang dibuang keseluruhan clitorisnya.   Masalah ini berlaku apabila mereka yang melakukan ... Read More »

Kesan tidur selepas subuh pada waktu puasa

KESAN TIDUR SELEPAS SUBUH PADA WAKTU PUASA “Salam doktor. Apa kesan kesihatan seseorang yang tidur selepas bersahur?”   WALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja. Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang. Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi. Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, ... Read More »

Pendarahan selepas keguguran

PENDARAHAN SELEPAS KEGUGURAN   Assalamualaikum doktor. Terima kasih kerana sudi membaca permasalahan saya.saya mengalami keguguran semulajadi pada 24/5/15,usia kandungan 13minggu lebih.kemudian melalui proses d&c pada hari berikutnya 25/5/15.pendarahan pada 2 minggu pertama kemudian hanya lendir keruh/coklat tidak berbau dgn kuantiti yg sgt sedikit sehingga hari ke 39.hari ke 40 sudah kering sepenuhnya.kemudian sy mandi hadas dan bersama suami pada hari ke 41.keesokan hari,pada sebelah petang,keluar lendir bercampur darah keruh/coklat(bukan darah fresh) semula tp sedikit,berlarutan seharian kemudian kering semula.persoalan saya: 1)adakah normal begitu?atau rahim saya luka?utk pengetahuan doktor,saya tidak merasa sebarang kesakitan di ari2,atau semasa bersama suami. 2)adakah pendarahan ringan itu masih dikira hadas nifas?kerana masih dalam tempoh 60 hari. 3)apakah yang perlu saya lakukan? Saya berharap mendapat jawapan bagi persoalan saya ini.terima kasih.     WA ALAIKUM MUS SALAM   ... Read More »

Berzikir dengan suara yang kuat dan ubat penenang

BERZIKIR DENGAN SUARA YANG KUAT DAN UBAT TENANG   “Assalamualaikum Doktor, saya ingin ajukan soalan berkaitan pengambilan ubat penenang dan ubat tidur. Baru-baru ini salah seorang ahli keluarga saya mengalami gangguan. Pada awalnya, beliau menunjukkan sikap yang aneh dan tidak seperti keadaan normal iaitu kerap berzikir dengan suara yg kuat, tidak tidur malam, dan tidak makan. Keluarga saya telah pun membawanya ke hospital dan dirujuk ke bahagian psikiatri. Beliau juga diberikan ubat penenang dan ubat tidur. Selain rawatan moden, kami juga ikhtiar dengan rawatan islam, dan alternatif. Namun masih belum menunjukkan tanda untuk sembuh. Doktor juga mengatur temujanji untuk melakukan pemeriksaan. Persoalan saya, apakah kesan pengambilan ubat penenang dan ubat tidur ini jika diambil berterusan? Mohon pencerahan. Terima kasih doktor.”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah yang dihadapi ... Read More »

Ambil POSTINOR kitaran haid tidak menentu

 AMBIL POSTINOR KITARAN HAID JADI TIDAK MENENTU   “Salam Doktor, saya ingin bertanya satu masalah. Saya menggunakan pil pencegah kehamilan POSTINOR, dan saya mengambilnya 4 biji sebulan.  Sejak mengambil POSTINOR kitaran haid saya menjadi tidak teratur, kadang kala sedikit dan ada masanya dua kali dalam sebulan. Soalan saya apakah ini kesan sampingan pengambilan POSTINOR? Sebelum ini saya tidak pernah ada masalah kitaran haid yang tidak teratur. Soalan kedua,  apakah kesan sampingan lain POSTINOR? Bolekah saya terus mengambil pil postinor ini? Adakah ini akan memberi masalah kesuburan sekiranya saya ingin hamil pada masa akan datang? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   POSTINOR adalah pil pencegah kehamilan yang sangat berkesan jika diambil dalam masa 72 jam (3 hari) selepas melakukan hubungan intim dengan suami jika tidak menggunakan kaedah ... Read More »

Tunggu sejam UPT ada jalur halus

UPT MENGELIRUKAN TUNGGU SEJAM ADA JALUR HALUS   “”Assalamualaikum. Doktor, saya ada buat ujian UPT. Bersama ini saya tunjukkan gambar ujian UPT saya. Kalau macam ini adakah saya hamil? Saya menjadi keliru kerana saya telah menunggu hampir sejam, jalur halus itu tidak hilang. Mulanya jalur itu tidak ada. Selepas setengah jam, baru timbul jalur haus itu. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ujian UPT seharusnya dibaca dalam masa 5 min selepas contoh air kencing telah dititiskan. Jika UPT positif, bermakna ada dua jalur. Jika UPT negatif hanya ada satu jalur di bahagian C sahaja.   UPT tidak harus dibaca melebihi 5 minit kerana ia akan mengelirukan. Semakin lama puan tunggu, semakin puan akan keliru.   Dari gambar yang puan tunjukkan, saya percaya ujian UPT itu adalah negatif.   ... Read More »

Anak tidak mahu menyusu ibu lagi sebab puting kecil

ANAK TIDAK MAHU MENYUSU IBU LAGI SEBAB PUTING KECIL   “ Assalammualaikum Dr. Zubaidi,  saya ingin bertanya berkenaan dgn susu badan dimana Ada kwn mengesyorkn injection utk hormon yg menghasilkn susu badan..Sy berharap doctor dpt memberi pandangan utk Sy.   Untuk pengetahuan doctor, saya mempunyai bayi berusia 56 hari. Di awal kelahiran susu masih ada sehingga hari ke 6 bayi saya ada sedikit  kekuningan (jaundice). Oleh kerana  kekurangan susu badan saya memberi susu formula & disebabkan itu bayi saya tak mahu breast feed akibat puting saya yang kecil berbanding puting tiruan.   Mohon doktor bantu saya utk breast feeding kerana dua anak yang sebelum ini saya mengalami masalah yang sama payudara dan puting yang kecil sedangkan susu banyak sehingga saya pernah mengalami bengkak payudara hingga demam yg teruk. Terima kasih ... Read More »

Suntik Rubella secara tidak sedar telah hamil dan anak dikatakan akan cacat

SUNTIK RUBELLA SECARA TIDAK SEDAR TELAH HAMIL DAN ANAK DIKATAKAN AKAN CACAT    “Assalamualaikum. Saya nak ucapkan terima kasih pada doktor.. kerana dgn penulisan dan penerangan doktor dlm blog dan juga di fb byk membantu sy.. terutama semasa sy mengandungkan anak sy yg ke 2 yg mana nurse desa memberi sy suntikan rubella yg ketika tu sy tak sedar sy sedang hamil 4 minggu.. bila sy tahu dan sy rujuk semula pada klinik desa berkenaan semua kata2 negetif dr diorg.. dia ckp anak sy akak cacat dan soh sy pergi mana2 klinik swasta utk cuci.. tp sy tak sanggup sbb bg sy anak yg sy kandung tu tak de dosa.. sy down sgt.. satu hari sy google dan terjumpa blog doktor.. jawapan doktor buat sy yakin dan positif.. dan dpt ... Read More »

Anak meninggal ketika lahir, adakah ubat menghenti susu menghalang kesuburan?

ADAKAH BROMOCRIPTINE MENGGANGGU KESUBURAN     ” salam dr. Saya berumur 26thun, dan telah melahirkan anak. Malangnya anak saya telah meninggal dunia dan dapat hidup selama 2jam akibat kecacatan semasa lahir yang telah didiagnosa lebih awal. Saya diberikan sejenis ubat berhenti susu. Adakah ubat berhenti susu itu boleh menyebabkan saya lambat utk hamil lagi? Mohon penecerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan takziah terhadap apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH kepada puan. Banyakkan bersabar dan semoga ALLAH berikan ganti yang lebih baik. Hanya ALLAH yang tahu hikmah di sebalik apa yang berlaku.   Saya percaya doktor telah memberikan ubat bromocriptine yang selalunya diberikan kepada wanita yang mempunyai susu yang banyak agar dapat menghentikan susu. Ini kerana susu ibu yang dihasilkan tidak dapat diberikan kepada anak puan. Susu ibu ... Read More »

Tidak hamil akibat air mani meleleh selepas hubungan intim

TIDAK HAMIL AKIBAT AIRMANI SUAMI MELELEH SELEPAS HUBUNGAN INTIM   “Assalammualaikum Dr..saya sudah 4tahun berkahwin masih belom dikurniakan zuriat. Saya ada kemushkilan, setiap kali saya bersama suami. Selepas sesi tersebut, tekak saya pasti gatal disertai dengan batuk. Disebabkan tekanan dari batuk, saya anggarkan air mani yang berkualiti serta pekat keluar disebabkan tekanan ketika batuk. Pada mulanya saya menganggap perkara ini biasa. Setelah 4tahun saya perhatikan, keadaan sebegini sentiasa berlaku. Saya agak kuatir dan rasa perkara ini tidak boleh di ambil mudah lagi. Dr, adakah ini normal? Perlukah saya bimbang dengan situasi ini? Adakah ini juga penyebab peluang untuk saya mengandung berkurangan?”       WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai yang menyangka air mani yang menyebabkan seseorang wanita hamil. Sebenarnya air mani atau dalam bahasa Inggerisnya disebut semen dan istilah ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!