Advertorial
Home » Tag Archives: wanita hamil

Tag Archives: wanita hamil

Kemudaratan Penyakit Kelamin ketika hamil

    Baru-baru ini saya ditemui oleh seorang wanita muda berusia awal 20an yang mendakwa dirogol oleh teman lelakinya yang bakal menjadi tunangnya.   Beliau tidak membuat laporan polis kerana mereka juga dijangka akan dinikahkan tidak lama lagi.   Malangnya ketika pemeriksaan antenatal di pusat kesihatan, doktor yang bertugas disana beliau menghidap penyakit kelamin yang belum ditentukan lagi jenisnya.   Walau bagaimana pun beliau bernasib baik kerana tidak dijangkiti oleh HIV.   Apa yang dirisaukan oleh beliau ialah  kesan penyakit kelamin kepada diri beliau sebagai wanita hamil, dan dan anak yang di dalam rahim.   Soalan yang beliau tanyakan ialah “apakah kesan penyakit kelamin terhadap kehamilan dan bayi?” Kebanyakan kesan penyakit kelamin terhadap wanita hamil adalah sama dengan  wanita yang tidak hamil.   Kebanyakan penyakit kelamin ini menyebabkan penyakit yang ... Read More »

Kesan Ketoconazole pada Wanita Hamil dan Menyusukan Anak

  As salam mu alaikum doktor, saya mengalami penyakit gatal dan telah mendapatkan rawatan dari doktor. Saya diberi ubat fungazol (ketoconazole 200mg).Masalahnya saya tidak sedar yang saya telah hamil 7 miggu kerana sering mengalami period yang tidak teratur. Adakah pengambilan ubat ini memberi kesan kepada kandungan saya.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Namun apa yang telah berlaku (puan mengambil ubat ketoconazole) tanpa menyedarinya  adalah suatu takdir, yang tidak dapat puan lakukan apa-apa lagi. Cuma saya mengharapkan puan banyak berdoa agar ia tidak memeberikan apa-apa kemudaratan pada anak yang puan hamilkan.   Ketoconazole sebenarnya dikategorikan dalam kategori C untuk wanita hamil. Ini bermakna, kajian yang dilakukan ke atas haiwan-haiwan dalam makmal menunjukkan kemudaratan pada janin-janin haiwan ini (embryotoxicity) dan menyebabkan kecacatan (teratogenicity).     Walau bagaimana ... Read More »

Ubat Zyrtec dan Kehamilan

“Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?”   Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya dan saya berpendapat eloklah penerangan saya dikongsikan agar dapat dimanfatakan oleh ramai wanita-wanita hamil yang mengalami masalah yang sama.   Zyrtec® (cetirizine hydrochloride) adalah ubat antihistamine yang biasa digunakan dan telah disahkan berkesan untuk merawat masalah alahan termasuk selsema. Ia dijual di farmasi tanpa preskripsi doctor. Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih mudah mengalami masalah ini kerana perubahan hormone yang menyebabkan penghasilan lebih banyak lendiran (mucous) terutama di saluran pernafasan, terutama hidung dan tekak.   Saya tidak menggalakkan pengambilan ubat ketika hamil, ... Read More »

Kacip Fatimah Tidak Sesuai untuk Wanita Hamil dan Menyusukan Anak?

Saya mendapat pertanyaan, adakah ekstrak Kacip Fatimah boleh digunakan untuk wanita hamil dan menyusukan anak? Ini kerana terdapat  isu yang ditanyakan oleh seorang wanita yang keliru dengan artikel yang terdapat dalam sebuah blog, yang mengatakan bahawa Kacip Fatimah memberikan ‘cleansing effect’ dan tidak sesuai untuk wanita hamil dan menusukan anak. Mengikut kata penulis blog itu, “Bagaimana pun perlu diketahui juga bahawa salah satu fungsi utama kacip fatimah iaitu cleansing effect ini menyebabkan ianya tidak sesuai digunakan oleh wanita mengandung dan wanita yang menyusukan anak. Ini kerana disebabkan oleh kesan cleansing effect melalui penggunaan kacip fatimah, ia menjadi agent penyahtoksikan atau detoxifying agent yang sangat berkesan” Sebenarnya “detoxification”bermakna  mengeluarkan bahan bahaya (toxic) dalam tubuh, jika dibiarkan berkumpul dalam akan menyebabkan kesan yang tidak baik terhadap kesihatan. (Detoxification is an alternative medicine ... Read More »

Zaditen (ketotifen) untuk mengurangkan lendir

  Assalamualaikum doctor, saya mohon pendapat mengenai ubat Zaditen. Saya disarankan oleh seseorang untuk membantu mengatasi masalah batuk anak berumur antara 18 bulan – 28 bulan. Mohon penjelasan. Terima kasih. Wa alaikum mus salam.   Zaditen bukanlah ubat batuk dan tidak digunakan untuk merawat batuk. Namun Zatiden boleh mengurangkan lendiran (kahak) pada kerongkong akibat tindak balas alahan akibat virus, habuk atau cuaca sejuk.   Apabila tiada lendiran di kerongkong, maka batuk akan hilang. Oleh itu Zaditen digunakan sebagai ubat untuk mencegah tindak balas alahan yang mungkin dihadapi oleh pesakit asthma, terutama jika pesakit asthma itu mengalami serangan asthma yang berpanjangan.   Zaditen sama ada yang berbentuk pil atau cecair, mengandungi bahan aktif yang dinamakan ketotifen hydrogen fumarate, yang merupakan sejenis ubat antihistamine.   Zaditen digunakan bagi merawat dan menghalang tindak ... Read More »

Plantar Fascitis menyebabkan sakit tumit

Pesakit kerap datang berjumpa saya bertanyakan tentang kaki mereka yang bengkak dan sakit. Terlalu banyak sebab yang mungkin menyebabkan kedua-dua keadaan itu. Tidak adil bagi pesakit menyoal saya bertanyakan sebabnya tanpa membenarkan saya melakukan bebarapa ujian. Antara ujian yang biasa dilakukan ialah pemeriksaan darah, untuk mengesan diabetes mellitus, rheumatoid atau rheumatic disease (dua penyakit berbeza), gouty arhtritis dan beberapa masalah sendi dan sistemic yang baik. XRAY juga harus dilakukan untuk melihat kecacatan (deformity) struktur tulang atau lebihan serpihan tulang (spur) yang mungkin melekat pada mana-mana tulang kaki. Namun apa yang sering berlaku segala ujian-ujian yang dilakukan adalah negatif. Kemungkinan kerosakan berlaku pada ligament kaki yang dikenali sebagai ligament Plantar Fascia. Kerosakan ligament ini dinamakan Plantar Fascitis. Ianya adalah masalah yag biasa berlaku pada tumit kaki. Keadaan ini berlaku apabila ligament ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!