Tag Archives: wanita

Pendarahan haid yang lama menyebabkan mudah letih

  “Assalammualaikum dokter. Saya mempunyai isteri yg sering mengalami pendarahan haid yg byk setiap bulan semenjak remaja. Masalahnya dia akan keletihan sepanjang hari sehingga mc setiap kali period. Apakah supplement atau makanan yg dapat membantu mengatasi keletihan ini. Bulan 1 yg lepas dia baru menjalani laparskopi utk membuang normal cyst sebesar 4cm. Harap dokter dpt membantu. Terima kasih.”       WA ALAIKUM MUS SALAM     Pendarahan haid yang banyak boleh menyebabkan kekurangan sel darah merah (anemia) sehingga puan mengalami rasa penat dan mudah letih.     Saya percaya tentu isteri tuan telah menjalani pemeriksaan darah untuk menentukan tahap …

Read More »

Bolehkah wanita hamil makan sushi?

“Assalamualaikum dr, saya ingin bertanya tentang wanita hamil yg suka makan sushi. sy diberitahu, bahawa wanita hamil tidak boleh makan ikan mentah. sejak kebelakangan ini saya yg hamil 6 bulan suka makan sushi. adakah ia akan memberi kesan kepada bayi dan kesihatan? saya terfikir bagaimana pula dgn org jepun, adakah wanita mereka tidak makan sushi ketika hamil? selalunya saya akan ke restaurant jepun yg halal atau ke ISETAN utk membeli sushi dimana sy rasa mereka menyediakan makanan yg bersih dan halal. Harap doc dapt memberi pencerahan dan informasi. terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Susah saya hendak menyatakan sama ada …

Read More »

Perlukah Mengepam Susu di Tempat Kerja?

    “Salam doctor. Saya menyusukan anak dan masalah saya payudara cepat penuh dengan susu. Kalau di tempat kerja saya, adakalanya sampai baju saya basah. Ia memalukan. Perlukah saya mengepam susu saya? Bolehkah ia diberikan kepada anak saya nanti bila pulang di rumah? ”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bagi wanita yang menyusukan anak seperti puan, mengepam susu badan di tempat kerja ada kalanya tidak menyenangkan kerana ada kalanya puan tidak mendapat tempat yang lebih privasi.   Walau bagimanapun, ia banyak memberikan faedah kerana susu itu boleh puan simpan untuk diberikan kepada anak puan apabila pulang nanti.   Cuma …

Read More »

Wanita Hamil dan Kafeine

“Salam doktor. Saya hendak bertanya. Bolehkah wanita hamil minum kopi kerana saya amat meminati kopi. Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM, Semua wanita  yang hamil tidak digalakkan meminum kopi ketika hamil. Namun ia dibenarkan dalam kuantiti yang sederhana. Ini kerana kafein yang terdapat dalam air kopi yang diminum adalah satu bahan perangsang dan diuretic (yang menyebabkan mudah rasa mahu kencing akibat pundi kencing yang cepat penuh). Kesan kafein sebagai perangsang, akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Kafein juga menyebabkan kerap membuang air kecil, akhirnya menyebabkan pengurangan di dalam cecair badan dan akhirnya menyebabkan dehidrasi. Kafein melintasi …

Read More »

Wanita hamil perlu mengelakkan mengambil produk haiwan terutama hati dalam pemakanan

  Bagi wanita hamil, saya mencadangkan mengelakkan dari mengambil hati haiwan seperti hati lembu dan hati ayam dalam menu makanan.   Ini kerana terdapat banyak dos vitamin A di dalamnya. Dos vitamin A yang berlebihan akan menggangu perkembangan bayi dalam rahem.   Perkataan vitamin A merujuk kepada dua jenis nutrien iaitu retinol (atau juga dipanggil retinoids), dan provitamin A carotenoid.   Retinol (atau retinoid) terdapat dalam menu yang berasakan haiwan seperti telur , susu, dan hati. Ia boleh digunakan secara langsung oleh tubuh.   Sementara carotenoid pula banyak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia harus ditukar dahulu kepada vitamin A …

Read More »

Benarkah bayi sedawa dalam rahem?

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya hamil bayi pertama. Baru-baru ini saya telah berjumpa doctor dan telah menjalani pemeriksaan ultrasound. Kami diberitahu bahawa anak kami sihat dan telah mengalami “hiccup” walaupun masih berada dalam rahem. Saya agak pelik dengan kenyataan doctor itu tetapi saya tidak mendapat penjelasan yang baik dari doctor tersebut.   Benarkan bayi dalam rahem boleh “hiccup” atau sedawa?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bayi sememangnya boleh sedawa dalam rahem, tetapi sedawa bayi tidaklah seperti sedawa orang dewasa.   Apabila bayi semakin matang di dalam rahem, secara semulajadinya mereka akan mula belajar bernafas bagi memudahkan mereka bernafas dengan …

Read More »

Umur 17 Belum Datang Haid

“Assalam..doktor. adik perempuan saya yang kini sudah berusia 17 tahun. Yang menjadi persoalan saya ialah, adik saya masih lg belum datang period…sedang kami adik beradik lain datang period sewaktu sekolah rendah lg. Buat pengetahuan doktor jugak, adik saya telah pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian..tetapi jawapan yang kami perolehi daripada doktor ialah..ia perkara biasa. Adakah normal ape yang dialami oleh adik saya. Di harapkan doktor dapat memberi penjelasan. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam Apabila seorang remaja wanita sudah mencapai umur 16 tahun, tetapi tidak pernah datang haid, dan telah menunjukkan sifat kewanitaan, ia bukanlah perkara yang normal. Keadaan ini …

Read More »

Memotong kuku semasa hadas besar

      “Ustazah, apakah benar seseorang yang datang haid  atau berhadas besar (berjunub) tidak boleh potong kuku atau gunting rambut? Saya mendengar seorang ahli agama berkata, jika berbuat juga anggota itu akan datang di akhirat kelak dlm keadaan kotor  jika tidak dimandikan kemudiannya. Apakah terdapat dalil-dalil yang demikian itu?”   Dijawab oleh  Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad,   Soalan ini selalu ditanya pada guru-guru agama dan sudah dijawab dengan jelas sekali. Namun saya cuba menjelaskan sekali lagi dalam ruangan ini. Semoga Allah Taala menguatkan iman kita untuk beramal dengan yakin selepas ini tanpa mempersoalkan hukum-hukum ranting ini kerana banyak lagi perkara asas …

Read More »

Jenama susu terbaik untuk wanita hamil

  “Salam doktor. Saya sedang hamil sulong dua bulan, bolehkah doktor cadangkan jenama susu yg terbaik bagi ibu hamil?”   Wa alaikum mus salam.   Saya merasakan bahawa tidak ada keperluan untuk wanita hamil minum susu tepung berjenama kerana jika mereka boleh mengambil susu segar yang puan boleh beli dari pasaraya besar. Minum susu segar adalah lebih baik.   Namun begitu puan telah mengambil pemakanan yang seimbang, beserta dengan suplemen lain seperti kalsium, omega 3 dan multivitamin, tidak perlu puan minum susu lagi.   Jadi bagi menambah kalsium dalam pemakanan puan, selain dari pemakanan yang seimbang dan mendapat kalsium dari …

Read More »

Batuk ketika hamil

“Salam 1Malaysia doctor, saya ingin bertanya, saya mengalami batuk yang lama, lebih kurang sebulan. Minggu lalu batuk saya telah reda dan kemudian ia berulang, terutama pada waktu malam. Sekarang ini saya hamil 35 minggu, dan telah melakukan pemeriksaan kahak dan doctor mengesahkan kahak saya tiada kuman. Tiga minggu yang lalu, doctor telah memberikan saya ubat batuk dan antibiotik. Saya bercadang ini menggunakan gula-gula untuk merawat batuk saya tetapi mengandungi AMBROXOL HYDROCHLORIDE. Mohon penjelasan dan nasihat. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Bagi ibu yang hamil yang mengalami batuk, saya selalu mencadangkan agar minum air secukupnya, lebih baik dari mengambil mana-mana …

Read More »

Masalah jari yang tidak boleh diluruskan semula

      “Asalamualaikum doktor. Saya mohon penjelasan mengenai masalah jari saya. Sebelum ini jari tangan kanan suami bermasalah. Bila dibengkokkan ia tidak  boleh ditegakkan semula. Kena tarik baru boleh. Selepas diberi suntikan steroid oleh doctor, baru jari tersebut telah pulih. Apa masalahnya, doctor?”   Wa alaikum mus salam. Suami puan mungkin mengalami masalah yang melibatkan tendon dan sendi jari beliau yang dinamakan “Trigger Finger”.   Secara mudahnya, ´trigger finger´ berlaku apabila jari tersangkut semasa dibengkokkan dan apabila diluruskan ia berbunyi.   Jika terlalu teruk, jari tersebut mungkin tidak dapat diluruskan dan perlu dihantar ke hospital.   Ia berpunca dari …

Read More »

Haid tidak normal dan sukar hamil walaupun telah mencuba pelbagai produk

  “As Salam mu alaikum. Mohon doktor boleh bantu menasihatkan saya. Saya telah berkahwin hampir dua tahun, dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Pada tahun pertama perkahwinan, haid saya teratur dan tiada masalah untuk datang haid setiap bulan. Doktor sakit puan yang memeriksa saya juga mendapati rahim saya normal dan subur.   Tapi masuk tahun kedua, ditambah dengan stress kerja, haid saya mula tidak teratur. Kali terakhir saya bertemu dengan doktor pada bulan Jun 2013 yang lepas dan doktor sakit puan mendapati ada ketumbuhan polyp di dalam rahim saya yang menyebabkan dinding rahim tebal dan tidak haid. Jadi doktor memberikan …

Read More »

Krim Dermovate tidak sesuai untuk wanita hamil

  Salam doktor, saya hamil 31minggu dan mengalami dermatitis sejak umur 20tahun. Saya mendapati bahawa ubat krim paling berkesan untuk saya guna adalah kream Dermovate. Sekarang saya di UK dan kream itu tidak boleh dibeli di farmasi kerana memerlukan preskripsi doctor. Mohon penjelasan.     Wa alaikum mus salam. Bahan aktif dalam kream Dermovate adalah clobetosol propionate iaitu sejenis steroid yang agak kuat.   Ia selalu digunakan untuk meredakan masalah kekeringan kulit akibat penyakit eczema, psoriasis dan dermatitis. Kream Dermovate sangat berkesan untuk mengurangkan bengkakan, kegatalan dan keradangan pada kulit.   Sayangnya kream ini tidak sesuai untuk wanita hamil dan …

Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …

Read More »

Mahu cantik dengan pil hormon

  “Saya memiliki bentuk badan kurang menarik dan terlalu kurus. Saya teringin untuk memiliki bentuk badan yang cantik dan mengiurkan. Rakan saya mencadangkan penggunaan pil hormon estrogen untuk membentuk payu dara dan punggung yang lebih menawan. Adakah pengambilan pil hormon ini memberi kesan sampingan?” Jawapan: Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan saudari. Siapa yang tidak mahu kelihatan cantik. Sekurang-kurangnya ia meningkatkan rasa “self-esteem” pada diri seorang wanita apabila berhadapan dengan suaminya. Namun begitu tidak semua wanita diberikan bentuk badan yang mengiurkan seperti yang diidamkan. Antaranya disebabkan oleh factor keturunan. Jika saudari dilahirkan dari keluarga yang bertubuh rendah, berkemungkinan saudari …

Read More »

Serangan Sakit Jantung boleh berlaku pada Wanita Muda

Dua tahun lepas seorang wanita berusia 40an berjumpa saya kerana mengalami sakit dada. Wanita ini mempunyai sejarah keluarga di mana bapanya meninggal dunia akibat sakit jantung. Abangnya juga mengalami masalah yang sama, dan telah menjalani pembedahan pintasan saluran darah di jantung awal tahun lepas. Sebelum ini doctor memberitahunya dia mungkin mengalami gastrik. Namun pemeriksaan OGDS telah dilakukan dan tiada luka pada permukaan dalam perutnya. “Doktor, mungkinkah saya mengalami sakit jantung?” Saya diam dan kemudian menjawab, “mungkin”. Saya tidak mahu merisaukan beliau tetapi harus berterus terang agar beliau lebih berjaga-jaga. “Bolehkah usia macam saya ada penyakit itu? Lagi pun ada doktor …

Read More »

Bayi kepada ibu diabetes perlu lahir lebih awal

Semakin ramai wanita hamil yang menghidap kencing manis. Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini antaranya pemakanan, genetic keturunan, persekitaran dan stress. Dalam keadaan kehamilan yang normal, lebih banyak hormone insulin yang akan dikeluarkan oleh tubuh untuk menampung keperluan ibu dan bayi dalam rahim. Apabila tubuh wanita hamil tidak mampu mengeluarkan insulin tambahan, akan menyebabkan terlalu banyak gula dalam darah dan mengakibat diabetes ketika hamil. Diabetes sebegini akan sembuh dengan sendiri selepas bayi dilahirkan. Namun wanita itu mempunyai risiko untuk mendapat semula diabetes apabila hamil semula. Dapatkan Pemanis Tanpa Kalori KLIK DI SINI Bagi wanita yang tidak hamil, risiko wanita ini …

Read More »

Punca saluran fallopian tersumbat

  Dua punca utama berlakunya sumbatan saluran fallopian.   Pertama,  ialah jangkitan kuman samada bakteria, virus, kulat atau trichomonas.   Jangkitan ini lebih sering berlaku pada wanita berbadan besar, pesakit kencing manis, wanita yang memakai alat IUD, wanita yang lepas keguguran atau pesakit yang mengalami daya ketahanan tubuh yang rendah seperti pesakit autoimmune atau kanser.   Tanda-tanda jangkitan pada rahem dan organ reproduktif ialah keluaran keputihan yang berwarna kuning atau hijau dan berbau, serta merasa gatal.   Kuman akan naik kedalam rahim dan terus masuk saluran fallopian dan menyebabkan sumbatan.   Punca kedua ialah penyakit endometriosis, yang disebabkan darah haid …

Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya …

Read More »

Perlukah Pemeriksaan Ultrasound untuk Mendiagnosa Kehamilan

  “Doktor, saya telah melakukan ujian UPT dan saya disahkan hamil. Doktor di klinik telah memeriksa dan mengesahkan umur kehamilan saya 14 minggu. Perlukah saya melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengesahkan kehamilan saya?” Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan tahniah pada puan kerana puan telah disahkan hamil dengan ujian UPT. Selalunya pemeriksaan UPT hampier pasti puan telah pun hamil. Ada beberapa kes di mana ujian UPT positif tetapi wanita itu tidak hamil. Ini disebabkan oleh kesilapan teknikal, tetapi ia jarang berlaku. Ujian Urine pregnancy Test atau UPT dilakukan untuk menguji kehadiran kadar hormon HCG (Human Chorionic Gonadotropin) yang dikeluarkan dari uri …

Read More »

Wanita juga boleh diserang penyakit jantung

Setiap seorang daripada tiga orang wanita di dunia dijangka akan mengalami masalah jantung dalam hidup mereka. Ini bermakna bahawa pembunuh nombor satu wanita di dunia bukan lagi kanser payudara atau kanser pangkal rahim, tetapi penyakit jantung. Fakta ini mungkin mengejutkan ramai orang kerana selalunya penyakit jantung hanya dialami oleh orang lelaki sahaja. Namun tiada yang menyangka bahawa tanda-tanda yang dihadapi oleh orang wanita juga sebenarnya menandakan mereka sering mengalami serangan sakit jantung. Simptom sakit jantung di kalangan wanita mungkin berbeza sedikit dengan lelaki. Antaranya ialah sakit atau rasa tidak selesa pada bahagian dada, dan sakit pada lengan kiri atau belakang. …

Read More »

Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?

Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. 3-Sejak akhir-akhir …

Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …

Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti …

Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat …

Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis …

Read More »

Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik …

Read More »

Hormone Progestrone dan Kesuburan

Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi. Seorang rakan FB bertanya pada saya. “Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali” Begitu juga seorang lagi. “Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah …

Read More »

PENAMBAHAN BERAT BADAN KETIKA HAMIL

Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. …

Read More »

Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda

“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat …

Read More »

Kehamilan dan Ubat Batuk Diphenhydramine (Benadryl®)

Diphenhydramine, ubat batuk yang selamat untuk wanita hamil dengan syarat mengikut dos yang ditetapkan. Saya rasa sungguh kasihan melihat ramai yang batuk dan selsema akibat perubahan cuaca dan pencemaran udara. Kita baru saja terlepas dari pencemaran udara akibat pembakaran ladang. Kini berlaku pula letupan Gunung Merapi di Pulau Jawa, yang sudah tentu akan menjejaskan persekitaran dan udara di Malaysia tidak lama lagi. Ramai juga yang mengeluh apabila ubat batuk di farmasi tidak lagi berkesan. Mereka datang ke klinik kerana menyangkakan antibiotic boleh membantu melegakan batuk mereka. Ini adalah pendapat yang salah. Pemberian antibotik tidak membantu melegakan batuk kecuali ia difikirkan …

Read More »

Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita pertengahan 20an, mengadu sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya. Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak “Tolong doktor,  kawan saya pengsan!”. Saya rasa mungkin mereka …

Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu …

Read More »

Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Sakit kepala akibat tumor otak tidak akan lega dengan menelan ubat penahan sakit.

Read More »

KERAP KENCING

Seorang pesakit bertanya “Saya mengalami perasaan untuk membuang air kecil (kencing) berterusan. Saya tidak pernah rasa leakage (terlepas air kencing akibat tak dpat dikawal), pemeriksaan air kencing UFEME dan urine culture juga telah saya lakukan apabila berjumpa doctor dan didapati ianya normal. Apa masalah saya doktor? “ Oleh kerana semua ujian telah dilakukan, puan kemungkinan tidak mempunyai masalah pada stuktur saluran kencing atau masalah jangkitan kuman. Masalah saluran kencing puan mungkin disebabkan oleh masalah fungsi yang kita namakan ”Overactive Bladder” yang mana kerap berlaku pada wanita. Apa yg berlaku adalah pengecutan (contraction) pada pundi kencing puan tanpa ransangan yg bisanya …

Read More »
error: Content is protected !!