Advertorial
Home » Tag Archives: vitamin E (page 3)

Tag Archives: vitamin E

Mengurangkan rasa loya dan muntah selepas kimoterapi dengan perahan halia

PERAHAN HALIA MENGURANGKAN RASA LOYA DAN MUNTAH PADA PESAKIT KANSER YANG MENJALANI RAWATAN KIMOTERAPI.     Ramai ibu yang memberikan anak mereka minum yang mempunyai ekstrak atau perahan halia untuk melegakan kembung anak mereka yang berumur 4 tahun ke atas.  Beberapa kajian terbaru menunjukkan bahawa perahan halia membantu mengurangkan rasa loya dan muntah jika diberikan kepada pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi. Hanya dengan memberikan suku suduteh perahan halia, sama ada dicampurkan dengan the, lemon atau madu, ia dapat mengurangkan rasa loya sebanyak 40%.       Kajian yang dilakukan oleh Assistant Prof Dr Julie Ryan, Pakar Dermatology dan Radiation Oncology di University of Rochester,  New York, Amerika Syarikat. Berbanding dengan pesakit yang menggunakan ubat sintetik untuk menahan muntah, 70%  dari pesakit yang menjalani rawatan kimoterapi masih lagi merasa loya dan muntah. Pembentangan ... Read More »

Aduh Peningnya Kepalaku

“ADUH PENINGNYA KEPALAKU”       1.APA BEZA ANTARA SAKIT KEPALA DAN PENING?   Ramai orang yang sering menggunakan perkataan pening apabila mengalami rasa tidak selesa pada bahagian kepala. Kadang kala istilah itu mengelirukan, bukan saja doctor yang merawat tetapi juga orang yang mendengar.   Sebagai contoh ramai yang mengatakan bahawa mereka pening apabila mereka sebenarnya sakit kepala. “Saya peninglah melihat telatah awak” Apa yang cuba dimaksudkan ialah sakit kepala melihat telatah kawan dia yang mungkin menyakitkan hatinya.   Sakit kepala sebenarnya rasa sakit pada bahagian kepala, sama ada rasa sakit berdenyut-denyut, rasa seperti ditekan atau dihempap kepala atau rasa menyucuk-nyusuk di dalam kepala.   Rasa pening pula adalah rasa seperti kita duduk di atas kerusi dan rakan kita memutarkan kerusi itu. Atau pun kita duduk di kerusi, seluruh bilik ... Read More »

Petua bagi menghilangkan pening

PETUA BAGI MENGHILANGKAN PENING     Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh da nada kala rasa seperti ‘mahu pengsan’.   Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simtom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kepalterbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormone dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.   Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita ... Read More »

Adakah pening berbahaya?

BILAKAH PENING PERLUKAN RAWATAN?       “Salam, doktor. Adakah rasa pening ini berbahaya dan perlu mendapatkan rawatan? Terima kasih”     Semua jenis masalah perimbangan badan akibat vertigo harus mendapat pemeriksaan yang sempurna dari doctor. Apatah lagi jika rasa pening (vertigo) ini berkaitan dengan masalah seperti di bawah.   vertigo berlaku secara serta-merta vertigo berlaku bersama dengan masalah lain seperti pandangan berkabur, rasa kebas pada bahagian muka, sukar menelan. vertigo yang tidak disebabkan oleh perubahan posisi kepala dan tubuh badan. vertigo yang tidak hilang dengan sendiri, berlaku secara berulang-ulang atau berlangsung sepanjang hari. vertigo tidak denot caused by something known to provoke dizziness, such disebabkan oleh pengambilan ubat, alcohol, atau disebabkan oleh dehidrasi (kekurangan air) atau kepekatan gula yang rendah dalam darah.   Semoga bermanfaat. Read More »

Kaitan pening dan masalah telinga?

ADAKAH PENING BERKAITAN DENGAN MASALAH TELINGA?     Ya, kebanyakan masalah pening (atau kita sebut sebagai vertigo) ini berpunca dari masalah dalam telinga. Apa yang saya maksudkan ‘dalam telinga’ ialah struktur di belakang gegendang telinga, yang hampir dengan otak. Lokasi ini disebut sebagai ‘inner ear’.       Bahagian ini sangat berkaitan dengan sistem perimbangan dan sistem pendengaran kita. Jika sistem ini tergangu, ia menyebabkan kita tidak boleh mendengar dengan baik dan kita rasa tidak seimbang. Ini menyebabkan kita  rasa persekitaran kita berputar, dan kita rasa mahu rebah.     Bahagian ‘inner ear’ ini mengandungi satu struktur tulang yang bentuknya seperti siput (dinamakan cochlear) dan di hujungnya berbentuk semibulatan (dinamakan vestibular). Cochlear bertanggungjawab dalam sistem pendengaran. Vestibular pula mempunyai 3 struktur yang penting iaitu anterior, posterior dan lateral semicircular canal ... Read More »

Perbezaan antara sakit kepala dan pening kepala

APA BEZA ANTARA SAKIT KEPALA DAN PENING?       “Salam doktor. saya ingin bertanya jika ada perbezaan antara pening dan sakit kepala? Terima kasih”   Ramai orang yang sering menggunakan perkataan ‘pening’ apabila mengalami rasa tidak selesa pada bahagian kepala. Kadang kala istilah itu mengelirukan, bukan saja doctor yang merawat tetapi juga orang yang mendengar.   Sebagai contoh ramai yang mengatakan bahawa mereka pening apabila mereka sebenarnya sakit kepala. “Saya peninglah melihat telatah awak” Apa yang cuba dimaksudkan ialah sakit kepala melihat telatah kawan dia yang mungkin menyakitkan hatinya.   Sakit kepala sebenarnya rasa sakit pada bahagian kepala, sama ada rasa sakit berdenyut-denyut, rasa seperti ditekan atau dihempap kepala atau rasa menyucuk-nyusuk di dalam kepala.   Rasa pening pula adalah rasa seperti kita duduk di atas kerusi dan rakan ... Read More »

endometriosis adalah peyakit akibat keradangan dan ketidakseimbangan hormon

ENDOMETRIOSIS ADALAH PENYAKIT AKIBAT KERADANGAN DAN KETIDAKSEIMBANGAN HORMON.     Ramai yang bertanya saya mengenai masalah endometriosis. Endometriosis adalah masalah yang dialami oleh ramai wanita dan doctor perubatan masih tidak mengetahui punca berlakunya masalah ini. Banyak teori yang diberikan. Namun teori yang diberikan tidak banyak membantu dalam merawat pesakit wanita yang mengalaminya.   Saya berpendapat bahawa endometriosis adalah gabungan dari dua masalah utama, iaitu keradangan (inflammation) daan ketidakseimbangan hormone.       Endometriosis berlaku apabila tisu normal dalam rahem (lapisan endoendometrium) berada di luar rahem. Tisu ini mengalami perubahan seperti mana tisu dalam rahem, iaitu membesar dan menjadi darah haid, dengan kesan hormone peningkatan estrogen. Ia menyebabkan rasa sakit dan pendarahan yang banyak dalam kawasan pelvik. Akhirnya menyebabkan lekatan pada organ dalam kawasan itu seperti usus, saluran fallopian dan pundi ... Read More »

Sperma yang berkualiti rendah

  “Assalamu alaikum, doktor, baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan air mani. Doktor mengatakan sperma saya rendah kualitinya sehingga menyebabkan isteri saya sukar dihamilkan. saya sangat sedih dan terkejut. Apa yang dimaksudkan sebagai sperma yang berkualiti rendah?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Sperma dibentuk di dalam organ testis, iaitu telur zakar. Pembentukan sperma bermula apabila seorang remaja mencapai akhil baligh sehingga usia tua.   Pada lelaki yang sihat, sperma dihasilkan  sebanyak 300 juta sehari, dan mampu bertahan hidup selama 48 jam setelah ditempatkan di dalam vagina.   Secara amnya, isipadu  air mani seorang lelaki apabila berlakunya  ejakulasi adalah 2.5 sampai 6 ml, dan  jumlah sperma yang dipancutkan  adalah 40-100 juta per ml.   Sperma  matang masak mempunyai stuktur  :   1.  Kepala,  yang  mengandung pati  nukleus yang penuh  dengan kromosom dan ... Read More »

Makanan Tambahan dan Rawatan Kanser: Antara Manfaat dan Mudharat

  Pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi untuk pelbagai penyakit kanser sering mengalami kesakitan dan ketidakselesaan, akibat kesan sampingan yang melemahkan tubuh mereka.   Sesetengah pesakit  sanggup mengambil apa saja suplemen tambahan bagi mengurangkan kesan-kesan sampingan ini atau bertujuan untuk membantu menyembuhkan penyakit mereka.   Tetapi harus diingat bahawa sesetengah suplemen atau makanan tambahan atau ubat-ubatan herba mempunyai interaksi negatif dengan rawatan kanser ditetapkan.   Satu kajian dari Klinik Onkologi Midwestern diterbitkan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa 65 peratus daripada pesakit yang menerima kemoterapi juga telah mengambil makanan tambahan , tidak termasuk vitamin.   Dua puluh lima peratus daripada mereka telah menggunakan satu atau lebih rawatan herba yang dianggap mempunyai interaksi negatif dengan ubat-ubatan kemoterapi. Majoriti pesakit tidak berunding dengan doktor yang merawat sebelum mengambil suplemen atau makanan tambahan ini.   ... Read More »

Menjaga luka pembedahan Ceserean

    “Salam doctor, apa yang boleh membantu untuk cepat sembuh dari luka pembedahan Ceserean? Ubat apa yg perlu diambil. Terima kasih, doctor”   Wa alaikum mus salam.   Saya ucapkan tahniah kerana puan telah selamat menjalani pembedahan Cesarean yang besar. Puan mula menjalani tanggungjawab yang besar, iaitu selain menanggung tanggungjawab sebagai seorang ibu, puan juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga luka yang puan alami.   Nasihat pertama saya ialah ialah cuba elakkan dari mengangkat barang-barang berat, selain dari bayi puan.   Mengangkat benda berat akan mengganggu proses penyembuhan luka puan kerana ia akan regangkan luka dan melonggarkan ikatan jahitan di situ.   Jahitan pada luka pembedahan Ceserean bukan saja terdapat pada kulit tetapi juga pada otot abdomen dan otot rahem. Dengan mengangkat benda-benda berat selepas pembedahan Cesarean akan melambatkan proses ... Read More »

Hubungan intim selepas pembedahan ceserean

    “Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor”       Wa alaikum mus salam.   Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu.   Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Begitu juga jika wanita itu mengalami masalah kronik semasa hamil seperti diabtes dan tekanan darah tinggi.     Secara amnya lakukan hubungan intim ... Read More »

Sakit pada luka lama

  “Asalamualaikum doktor saya nak bertanya ,  saya melahirkan anak yang ke 4 melalui pembedahan. Wlupn sudah  masuk 4 tahun kalau sya buat angkat berat2 atau buat keja kasar,  tempat pembedahan itu ade rasemacam mengigit-gigit ,ngilu dan pedih . Adakah ia normal?”       Wa alaikum mus salam.   Puan merasa tidak selesa pada luka pembedahan, kerana luka puan belum benar-benar sembuh atau parut  puan tidak berapa kuat menyambungkan dua bahagian yang dipotong ketika pembedahan.   Antara punca-puncanya ialah :   Setiap wanita mengalami proses penyembuhan yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Jika pesakit mengalami penyakit kronik seperti diabetes atau berat badan berlebihan, proses penyembuhan akan menjadi lambat.   Teknik jahitan yang dilakukan. Jika teknik jahit itu kemas dan tidak tergesa-gesa, proses penyembuhan akan berlangsung dengan ... Read More »

Hubungan intim selepas pembedahan Ceserean

  “Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor”   Wa alaikum mus salam. Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu. Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Begitu juga jika wanita itu mengalami masalah kronik semasa hamil seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.   Secara amnya lakukan hubungan intim bersama suami boleh dilakukan selepas 6-8 ... Read More »

Makanan yang tidak baik diambil ketika menyusukan bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.   Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.   Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang.   Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.   Saya menasihatkan agar para ibu membuat diari makanan untuk mengetahui tindak balas yang teruk terhadap susu ibu.   Antara makanan yang MUNGKIN tidak ... Read More »

Panduan untuk hamil selepas usia 35 tahun

    Lelaki dan wanita yang baru mendapat jodoh dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka harus melakukan lebih banyak usaha. Ini kerana tahap kesuburan mereka semakin menurun dan memerlukan lebih banyak suplemen untuk mengekalkan kesuburan mereka.   Kesuburan yang rendah akan menyebabkan kehamilan semakin sukar dan mengambil lebih banyak masa.   Ramai pasangan yang sudah berumur 35 tahun ke atas yang berputus harap. Padahal kebanyakan mereka masih berpeluang untuk menimang cahaya mata sendiri asalkan terus berusaha dan berdoa kepada ALLAH.   Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.   “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya  mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah Asy-Syura: 50)   Selagi belum cukup usaha kita, ALLAH akan menangguhkan kurniaanNYA. Inilah ... Read More »

Kacip Fatimah Membantu Kitaran Haid?

  “Assalamualaikum doktor,saya sudah berkahwin selama 2 tahun 3 bulan dan belum dikurniakan zuriat. Berat saya 88kg tinggi 158. Masalah saya ialah kitaran haid saya tak teratur, dan sekarang period saya yang terakhir ialah pada bulan dec tahun lepas, sehingga bulan Jun tahun ini, saya masih tidak datang haid.   Saya sudah mengambil suplemen EKF selama 5 minggu. Pada minggu ke4, bahagian bawah perut rasa sakit seperti mahu datang haid, rasa sakit selama 5 hari. Saya rasa ngilu dan mmg rasa mcm nak period, setiap kali buang air kecil, selalu check kalau-kalau ada darah keluar, tapi tak ada. Sekarang dah masuk minggu ke 5 makan pil suplemen EKF. Rasa sakit di bahagian bawah perut  sudah tidak ada. Sekarang rasa mcm biasa saja, adakah ia normal ?”   Jawapan: Wa alaikum ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!