Advertorial
Home » Tag Archives: ustaz (page 4)

Tag Archives: ustaz

Makan Pil Perancang Selepas Hubungan Intim

MAKAN PIL PERANCANG SELEPAS HUBUNGAN INTIM “SALAM Dr Zubaidi, Minta maaf mengganggu. Saya ingin bertanya,  saya dan isteri melakukan hubungan intim pada lima hari lepas,  dan melakukan pancutan dalam rahim. Tetapi pada hari khamis selepas itu isteri saya makan pil perancang, dengan harapan tidak mahu hamil. Adakah berkesan cara begitu?  Saya mengharap jawapan doktor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pil perancang yang biasa digunakan, biasanya diambil beberapa hari sebelum seorang wanita bersih dari haid.   Ini kerana selalunya pil perancang ini mengambil sekurang-kurangnya dua hari untuk ‘masuk ke dalam badan’ dan berkesan untuk  mencegah kehamilan. Jika ia diambil selepas persetubuhan dan berlaku persenyawaan, maka ia tidak lagi berkesan. Kecuali jika isteri saudara menggunakan pil perancang yang dinamakan ‘Post-Pill”yang mempunyai kandungan hormone yang tinggi. Kebarangkalian untuk hamil adalah bergantung kepada ... Read More »

Memahami konsep Istihalah (Pembahagian dan Model Istihalah dalam Proses Pembuatan Makanan)

PEMBAHAGIAN DAN MODEL ISTIHALAH DALAM PROSES PEMBUATAN MAKANAN   Kerancakan perkembangan sains dan teknologi secara tidak langsung menyebabkan para fuqaha lebih bersikap progresif dan peka dengan perkembangan yang ada.   Ini kerana sains diambil kira sebagai nilai semasa dalam menetapkan sesuatu ketetapan hukum yang lebih tepat. Ia selaras dengan dinamisme fiqh yang merentasi masa dan tempat terhadap penentuan persoalan-persoalan baru.   Pengaplikasian teori istihalah sebagai instrumen purifikasi alternatif dapat membantu dalam menyelesaikan beberapa polemik baru yang dikembangkan oleh kemajuan sains dan teknologi khususnya terhadap penghasilan dan pemprosesan makanan secara moden di Malaysia.   Walaupun begitu, ia memerlukan penelitian serta kajian yang lebih mendalam dan terperinci supaya pengaplikasiannya dapat dilakukan dengan berjaya.   Justeru, instrumen ini perlu dikembangkan dalam mengiringi kemajuan sains dan teknologi. Sungguhpun begitu, para sarjana hukum Islam perlu ... Read More »

Air Ketuban yang banyak

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi puan berkaitan sama ada air ketuban itu terlalu banyak atau terlalu sidikit. Jadi puan tidak perlu risau. Ini kerana jumlah air ketuban yang maksima adalah pada usia kehamilan tujuh hingga ... Read More »

Pengalaman seorang pesakit SLE

    “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin berkongsi pengalaman dan cerita. Setahun yang lepas, adik perempuan saya mengalami ‘penyakit misteri’ dan dikatakan buatan orang. Ini kerana adik saya menolak pinangan orang. Beberapa hari selepas itu, adik saya   mengalami demam yang agak kuat. Beliau tidak boleh bangun dan dihantar ke hospital. Doktor tidak dapat mengenalpasti punca sebenar punca demam adik saya. Beliau disuruh pulang. Keadaannya bertambah baik.   Selang beberapa hari, adik saya demam semula. Dia tidak mampu bergerak untuk beberapa minggu dan terpaksa berhenti kerja.   Dia tidak boleh berjalan, dan terpaksa merangkak ke bilik air. Saya sangat sedih dan menagis melihat keadaannya.   Kami membawanya ke hospital semula. Saudara-mara semua mahukan adik saya dihantar berjumpa bomoh atau ustaz bagi membuang sihir.   Saya berkeras membawa adik saya ke hospital. ... Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.   Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.   Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang.   Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.   Saya menasihatkan agar para ibu membuat diari makanan untuk mengetahui tindak balas yang teruk terhadap susu ibu.   Antara makanan yang MUNGKIN tidak ... Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis Rasulullah SAW: Maknanya: “Berqailulahlah kamu semua, kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.” (Abu Nu’aim di dalam al-Tibb) Dalam hal ini, Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani menghukumnya sebagai HASAN di dalam Sahih al-Jami’ ... Read More »

Bahaya Kencing Kotor Bagi Ibu Hamil

BAHAYA KENCING KOTOR BAGI IBU HAMIL Pada hari itu, Pusat Kesihatan Ibu dan Anak yang merawat dan menyaring ibu yang hamil bermasalah, penuh. Dari tempat parking kereta, ruang menunggu, ruang farmasi sehingga ke toilet, semuanya penuh sesak.   Para ibu beratur di pintu toilet menunggu giliran mereka untuk kencing dalam bekas urine container. Air kencing kemudiannya di hantar ke makmal kecil untuk pemeriksaan sebelum dipanggil oleh doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. ”Apa pasal doktor ni menyusahkan kita? Kalau tak periksa air kencing, tak boleh ke? Ini nak masuk toilet pun beratur macam anak itik” rungut seorang ibu muda. “Alah ikut je lah arahan doktor…” ”Saya bukannya ada kencing kotor. Kalau tak sakit, tak payah lah periksa kencing!” Suara wanita itu menegakkan hujahnya. Menyusahkan. Itulah kata-kata kekecewaan yang diluahkan. Namun penggunaan perkataan ... Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu kelancaran pentadbiran awam. Saya tidak perlu menceritakan pengalaman pahit berurusan dengan kakitangan awam, kerana tahap kelancaran pergerakan pentadbiran awam telah diketahui umum. Bayangkan jika ada pekerja yang cuti di jabatan-jabatan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!