Advertorial
Home » Tag Archives: usia kehamilan

Tag Archives: usia kehamilan

Punca tangan, kaki dan lidah menjadi bengkak dan kebas semasa hamil

    “Assalamualaikum doctor. Saya sedang hamil 38 minggu. Baru-baru ini secara tiba-tiba saya perasan tangan saya mengalami bengkakan (edema) yang mendadak. Saya perasan apabila cincin yang saya pakai menjadi terlalu ketat. Tangan dan kaki saya juga terasa membengkak. Mohon pencerahan. Terima kasih, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Wanita yang hamil, biasa mengalami rasa kebas dan bengkak pada pelbagai bahagian tubuh mereka, terutama pada lengan, tangan, jari tangan, kaki  dan jari kaki, mulut dan lidah.   Rasa kebas dan bengkak seperti ini biasanya disebabkan oleh ‘water retention’ atau pengekalan air dalam tubuh. Oleh itu merasa bengkak dan kebas  dan akan hilang sebaik saja anak yang dkandung dilahirkan. Jadi dalam kebanyakan kes, tiada rawatan yang diperlukan.   Punca-punca kebas semasa hamil berbeza dari seorang ke seorang, bergantung kepada bahagian ... Read More »

Rahim tidak kuat

  “Assalammualaikum Dokter. Saya ingin bertanya tentang ‘cervical incompetence”. Adakah benar, apabila seorang wanita yang pernah mengalami masalah ini, akan menjalani cerclage pada kehamilan yang berikutnya? Mohon pencerahan. Terima kasih doktor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Seorang wanita yang mempunyai ‘cervical incompetence’ bermakna pangkal rahemnya (cervik) di mana ‘jalan’ di mana bayi dikeluarkan dari rahem, sebelum melalui faraj, mengembang lebih awal sebelum tiba masanya, menyebabkan proses kelahiran pramatang bermula.   Dalam bahasa yang lebih mudah, pangkal rahem menjadi tidak kuat untuk ‘memegang’ bayi dalam rahem, sehingga menyebabkan bayi mudah keluar (lahir), sebelum waktu yang sepatutnya.   Seorang wanita didiagnosakan sebagai ‘cervical incompetence’ apabila beliau sebelum ini pernah mengalami keguguran pada trimester kedua atau kelahiran pramatang tanpa sebab yang diketahui.   Masalah ‘cervical incompetence’ selalunya berlaku pada trimester kedua atau ... Read More »

Bayi kepada ibu diabetes perlu lahir lebih awal

    Semakin ramai wanita hamil yang menghidap kencing manis. Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini antaranya pemakanan, genetic keturunan, persekitaran dan stress.   Dalam keadaan kehamilan yang normal, lebih banyak hormone insulin yang akan dikeluarkan oleh tubuh untuk menampung keperluan ibu dan bayi dalam rahim.   Apabila tubuh wanita hamil tidak mampu mengeluarkan insulin tambahan, akan menyebabkan terlalu banyak gula dalam darah dan mengakibat diabetes ketika hamil.   Diabetes sebegini akan sembuh dengan sendiri selepas bayi dilahirkan. Namun wanita itu mempunyai risiko untuk mendapat semula diabetes apabila hamil semula.   Bagi wanita yang tidak hamil, risiko wanita ini mengalami diabetes akan meningkat apabila berusia 35 tahun ke atas.   Doktor akan melakukan ujian untuk mendiagnosis seorang wanita yang hamil mengalami diabetes pada usia kehamilan selepas 20 minggu, dengan menggunakan ... Read More »

Batuk dan selesema ketika hamil

    “Assalamualaikum doktor. Saya hamil 16 minggu. Saya mengalami selsema. Kepala saya asyik berdenyut-denyut dan saya mengalami batuk berpanjangan. Saya mohon penerangan doctor . Terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Apabila seorang wanita sedang hamil, sistem pertahanan badan akan menjadi rendah. Ini bertujuan untuk melindungi bayi dalam rahem, tetapi   puan akan lebih mudah terkena jangkitan kuman yang menyebabkan batuk dan selesema.   Ini bermakna, ketika hamil sistem pertahanan badan puan anda menjadi rendah dan demam selesema akan menjadi lebih teruk.   Selesema adalah antara tanda puan diserang penyakit sinuditis. Antara tanda lain ialah: 1. sakit tekak 2. batuk 3. hidung tersumbat 4. sakit kepala 5. demam     Bagi wanita yang hamil, saya tidak menggalakkan penggunaan ubat-ubatan kecuali jika ianya perlu dan boleh mengancam nyawa ibu atau ... Read More »

Darah Haid, Darah Nifas atau Darah Istihadah Selepas Keguguran

  “ Salam Ramadan Dr. 1 ) Saya ada kemusykilan. Saya mengalami keguguran  kali kedua pada tahun ini.  Kedua-dua keguguran saya berusia 5 minggu.  Masa keguguran saya kali ini,  darah saya kering pada 3/08/13 dan kemudian keluar lagi pada 18/08/13 dan berlarutan sehingga sekarang 29/8/13. Adakah  darah kali ini adalah darah haid atau darah nifas?   2) Saya pernah tanyakan kepada 2 org doktor perempuan tentang status darah keguguran saya yang baru berusia 5 minggu, adakah darah itu dianggap nifas atau darah penyakit? Saya masih keliru untuk mengerjakan solat. Saya ada terbaca tentang darah setelah keguguran nie, jika yang keluar itu janin ia diangap nifas tetapi jika darah tu sekadar ketulan darah ia tidak dianggap nifas… Adakah saya perlu solat atau perlu menunggu darah itu habis dan kering?   Bantulah ... Read More »

Kebocoran Air Tuban

Salam doktor.  Saya hamil 15 minggu. Dua minggu lepas saya mengalami pendarahan yang serius. Alhamdullillah sekarang sudah tiada pendarahan. Sekarang ini, saya risau dengan mengenai air yang keluar melalui faraj saya dan sering membasahi ‘panty liner’ saya. Kuantitinya sedikit sedikit. Doktor membuat pemeriksaan dan confirm air ketuban saya bocor. Persoalan saya adakah bayi saya akan selamat? Mohon jawapan dan pendapat daripada doktor.   Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Kehamilan puan telah diuji dua kali, pertama dengan pendarahan di awal kehamilan, dan sekarang kebocoran air tuban.   Kebocoran air tuban boleh berlaku apabila terdapat koyakan kecil pada selaput ketuban (amniotic membrane), mungkin bersaiz kepala jarum saja. Apabila seorang wanita hamil itu bergerak atau melakukan aktiviti yang lasak, kebocoran air tuban akan menjadi lebih besar.   Namun jika kepala ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!