Advertorial
Home » Tag Archives: ulu

Tag Archives: ulu

Jangan mendengar kata-kata negatif orang sekeliling

  Saya bukan dari keluarga yang berada atau terpelajar. Ibubapa saya hanya lulus darjah enam dan ayah saya terpaksa bertungkus lumus bekerja sebagai pemandu kren di sebuah kilang di Singapura untuk membesarkan lima orang adik beradik saya.   Kami tinggal di kawasan setinggan berdekatan dengan bandar Johor Bahru. (Alhamdulilah sekarang telah mendapat geran tanah dari kerajaan negeri)   Banyak cerita suka duka ketika saya menuntut ilmu. Saya ingin berkongsi cerita yang saya dengar dari guru saya.   Mungkin cerita ini bermanfaat pada adik-adik yang masih belajar dan pada sesiapa saja yang masih mengejar impian mereka.   Cerita ini biasa didengar dan saya ingin mengulang bercerita semula. Ia akan memberi kesan kepada jiwa kita yang selama ini mungkin gagal untuk meraih satu kejayaan kerana kita terpengaruh dengan kata-kata orang di sekeliling ... Read More »

Ubat Penahan Sakit yang lebih selamat

  “Salam doctor. Saya telah didiagnosakan sebagai pesakit Peptic Ulcer Disease. Malangnya saya juga pesakit sendi arthritis yang memerlukan ubat penahan sakit. Saya mendapat tahu ubat-ubat penahan sakit yang baru seperti Arcoxia sesuai untuk saya. Boleh doctor berikan pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ubat-ubat tahan sakit (painkiller) yang selalu diberikan oleh doctor dikategorikan sebagai “NSAIDs”, iaitu non steroidal anti inflammatory drugs atau ubat yang merawat keradangan yang bukan jenis steroids.   Apabila badan kita mengalami kecederaan sama ada kecederaan fizikal dari luar seperti terseliuh, atau kecederaan dalaman seperti jangkitan kuman, badan kita akan mengalami keradangan.   Ketika ini, bahan biokimia “prostaglandin” dikeluarkan dari sel-sel yang cedera bagi menghantar mesej bahawa tubuh sedang mengalami keradangan dan otak membacanya sebagai tubuh mengalami kesakitan.   “Prostaglandin” dalam tubuh dihasilkan ... Read More »

Dos Panadol dan Paracetamol yang selamat

  “Salam doctor, apakah dos paracetamol yang selamat digunakan. Bagaimana paracetamol boleh menyebabkan keracunan? Mohon penjelasan dan terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Keracunan akibat pengambilan paracetamol atau panadol boleh menyebabkan kerosakan hati.   Ini kerana paracetamol akan dileraikan dalam tubuh dan menghasilkan bahan terakhir “N-acetyl-p-benzoquinoneimine” (NAPQI) yang akan merendahkan tahap kandungan “glutathione” (antioksidan) dalam hati. NAPQI ini juga merosakkan sel-sel hati secara  langsung.   Kebanyakan individu yang mengalami kerosakan hati tidak dapat dikesan dalam masa 24 jam selepas pengambilan dos yang berlebihan kerana tidak menunjukkan tanda-tanda keracunan yang jelas.   Mereka hanya mengadu kembung perut atau dan rasa tidak selesa di  bahagian perut atau mengadu rasa loya saja.   Apabila kerosakan hati semakin teruk, pesakit akan berasa lemah dan kemungkinan akan pengsan akibat kandungan gula yang semakin ... Read More »

Ambil Panadol ketika hamil menyebabkan anak mendapat asthma?

  “Salam doctor. Baru-baru ini saya membaca satu penulisan di internet bahawa Panadol tidak boleh diambil oleh wanita hamil. Ini kerana ia meningkatkan risiko bayi mereka mendapat asthma. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya juga membaca penulisan itu yang mendakwa bahawa wanita hamil yang mengambil ubat paracetamol atau Panadol (di Amerika Syarikat dikenali sebagai acetaminophen) boleh meningkatkan risiko bayi mengalami asthma apabila mereka membesar kelak.   Kajian ini diterbitkan dalam Journal Clinical and Experimental Allergy, New Zealand.   Dalam kajian itu mendapati, pengambilan paracetamol (Panadol) oleh wanita hamil dalam mana-mana peringkat kehamilan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko sebanyak 21% untuk anak-anak mereka mendapat asthma.   Namun menurut Prof Dr Richard Beasley, dari Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand, pengambilan ubat ini adalah selamat ... Read More »

Bahaya Paracetamol

  “Salam doctor. Adakah ubat demam paracematol yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan kematian? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Paracetamol adalah ubat demam yang biasa dijual secara meluas di pasaran sama ada boleh dibeli dari farmasi, kedai runcit toko jamu, atau diberikan oleh doctor di klinik.   Keracunan paracetamol akibat pengambilan yang berlebihan merupakan salah satu keracunan yang biasa berlaku di seluruh dunia.   Di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, dan New Zealand, keracunan paracetamol akibat pengambilan dos yang berlebihan adalah keracunan ubat yang biasa berlaku.   (rujuk: The Medical Journal of Australia 188 (5): 296–301.)   Malah di Amerika Syarikat dan di United Kingdom, keracunan akibat pengambilan paracetamol yang berlebihan adalah punca utama kerosakan organ hati (acute liver failure).   (rujuk: “Acetaminophen-induced acute liver failure: results of ... Read More »

Madu mengelakkan masalah gastrik orang berpuasa

    “Salam doktor. Ibu saya sering mengalami pedih perut dan selalu muntah selepas berbuka pada tahun lepas. Yang hairan ketika berpuasa, beliau ok saja. Doktor mengatakan ia adalah disebabkan oleh asid berlebihan dalam perut. Beliau telah diberikan ubat gastrik, namun masih mengalami masalah yang sama. Ada suplemen yang dapat membantu? Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai di kalangan orang yang berpuasa mengalami “acid reflux” setelah beberapa jam berbuka dan bersahur.   Orang kita biasa menamakannya sebagai masalah gastrik apabila mengalami  rasa panas dan tidak selesa pada bahagian atas abdomen dan dada.   Bagi sesetngah individu pula ia menyebabkan muntah lender masam dan ‘melekat’ ke tekak dan mulut terutama apabila sedang berbaring.   Selain itu individu tersebut mungkin juga mengalami rasa kembung perut, dan sering sendawa.   ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!